SHANGHAI, 8 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Resn Asia mengumumkan kenaikan pangkat Ted Meng daripada Pengurus Besar China menjadi Ketua Pegawai Eksekutif untuk Asia. Kenaikan pangkat ini menandakan bermulanya lembaran baharu untuk agensi digital ini demi menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakan kongsi agensi serta pelanggan sewaktu ia berkembang pesat di China dan juga Asia Pasifik.
"China begitu pantas menjadi lokasi paling menarik di dunia untuk industri digital," kata Ketua Pegawai Eksekutif Resn Global, Rik Campbell. "Tidak lama lagi ia akan menerajui industri ini." Kedudukannya yang kukuh di China adalah penting dalam strategi pertumbuhan serantau Resn dan dalam pencarian globalnya untuk menyediakan penyelesaian dan reka bentuk tahap seterusnya. Pelantikan En. Meng adalah penting bagi tujuan melaksanakan strategi tersebut dan ia turut menjadi jawatan eksekutif peringkat tinggi pertama Resn di Asia.
En. Campbell menambah, "Ted memainkan peranan penting dalam mengukuhkan operasi China kami. Kenaikan pangkat beliau memastikan kami mempunyai generasi pemimpin baharu yang dapat menawarkan penyelesaian digital yang transformatif kepada rakan kongsi kami." En. Meng telah berkhidmat dalam industri digital selama 10 tahun, memimpin syarikat-syarikat baharu yang berprestasi tinggi di Beijing, Shanghai dan Shenzhen. Jaringan perkhidmatan beliau menyediakan penyelesaian meliputi mudah alih, web, video, animasi, permainan digital dan pemasangan untuk pelanggan termasuk Huawei, China Tower, China Telecom dan China Mobile.
En. Meng menjelaskan, "Setelah menghabiskan masa pada tahun lalu menubuhkan Makmal Resn di Shenzhen, saya memang mengetahui bahawa reka bentuk dan hasil ciptaan antara muka pengguna kami adalah benar-benar yang terbaik dalam kategorinya. Kami mempunyai tawaran hebat untuk membantu pelanggan kami mengembangkan perniagaan dan jenama mereka. Saya yakin industri kami berada di ambang revolusi sebenar dan Resn akan mendepani perubahan ini. Saya berasa teruja untuk menjadi sebahagian daripada usaha ini."
Resn terus mencari bakat terbaik bagi mengisi jawatan kepimpinan kanannya untuk bersiap sedia membuat pelancaran rasminya di China lewat tahun ini.
Latar Belakang Resn -- Resn ialah sebuah agensi digital kreatif yang mempunyai pejabat-pejabat di seluruh dunia. Ia terpilih sebagai Agensi Terbaik Tahunan oleh Awwwards dan CSS Design Awards pada tahun 2017. Sejak 13 tahun lalu, Resn berkhidmat dalam pembangunan dan reka bentuk interaktif, menjalin kerjasama dengan beberapa jenama paling terkenal di dunia demi menjadi salah satu agensi digital paling diiktiraf di dunia.
Untuk Maklumat Lanjut Hubungi:
Global: Rik Campbell |
Asia: Peter Bakker |
T: +64 43850705 |
T: +65-9757372 |
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170508/1845219-1
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20170508/1845219-1LOGO