Daftar sekarang untuk ikuti kursus persediaan dalam talian percuma: TOEFL® Test Preparation: The Insider's Guide (Persediaan Ujian TOEFL®: Panduan Maklumat Dalaman)
PRINCETON, New Jersey, 9 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Melanjutkan pengajian ke luar negara di universiti berbahasa Inggeris memberi peluang tanpa batasan kepada kejayaan masa depan pelajar, dan laluan untuk mencapai kejayaan ini bermula dengan ujian TOEFL®. Bagi membantu pelajar meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris mereka dan memahami selok belok tentang ujian TOEFL, Educational Testing Service, pencipta ujian ini kini menjalankan Kursus Dalam Talian Terbuka Besar-Besaran (MOOC) secara percuma selama enam minggu yang berakhir pada 12 Jun.
MOOC TOEFL akan membantu pelajar memahami apa yang dapat mereka lakukan untuk memperoleh markah terbaik. Khususnya, kursus ini bermula dengan maklumat umum tentang ujian tersebut dan minggu-minggu berikutnya akan memberi tumpuan terhadap empat kemahiran yang diuji — membaca, mendengar, bertutur dan menulis — dan akan diakhiri dengan maklumat hari ujian serta panduan berguna yang lain. Sepanjang minggu-minggu mempelajari kandungan ujian Bertutur dan Menulis, ETS dan program TOEFLnya akan meneliti beberapa jawapan dan memberi penilaian serta maklum balas.
Kandungannya dikeluarkan setiap minggu, iaitu pada hari Isnin jam 12:00 UTC. Peserta kursus tidak perlu melog masuk pada waktu tertentu; mereka boleh menyelesaikan kerja kursus mengikut kesesuaian masa mereka. Komitmen terhadap masa adalah kurang daripada dua jam seminggu dan pelajar akan pulang dengan pemahaman luas tentang bahagian-bahagian dalam ujian tersebut, panduan persediaan berguna dan juga maklumat pendaftaran.
Selain itu, kursus ini merupakan satu suasana kolaboratif yang menyediakan pelbagai ceramah, video dan contoh soalan daripada ujian-ujian terdahulu yang lengkap dengan penjelasan jawapan. Forum perbincangan terbuka pula membolehkan interaksi dalam bilik darjah bersama tenaga pengajar dan menyediakan pengambil ujian dengan peluang tersendiri untuk bertemu dan berkongsi maklumat bersama pelajar dari seluruh dunia. Mereka boleh membentuk kumpulan belajar, berkongsi panduan peribadi mengenai pembelajaran bahasa Inggeris dan persediaan untuk belajar di luar negara. Ia diwujudkan sebagai sebuah bilik darjah global bagi memudahkan interaksi pelajar dengan cara dan masa yang sesuai dan menyenangkan mereka.
MOOC TOEFL telah menarik 450,000 pelajar dari lebih 200 negara dan dinilai tinggi — memperoleh 4.5 daripada 5 bintang — oleh para peserta terdahulu.
Walaupun kursus ini adalah percuma, pelajar mempunyai pilihan untuk mendaftar bagi mendapatkan sijll berbayar yang akan menonjolkan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh setelah menyempurnakan kursus MOOC.
Pendaftaran kursus kini dibuka dan boleh diakses melalui platform edX di sini: https://www.edx.org/course/toeflr-test-preparation-insiders-guide-etsx-toeflx-1. Kursus ini boleh diakses melalui sambungan internet pada kebanyakan peranti. Sekiranya anda berminat untuk memperoleh markah TOEFL terbaik anda, daftarlah hari ini.
Latar Belakang Ujian TOEFL
Ujian akademik bahasa Inggeris TOEFL ialah penilaian bahasa Inggeris yang paling diperakui secara meluas di seluruh dunia, serta diiktiraf oleh lebih 10,000 institusi yang berada di lebih 130 negara. Sehingga kini, lebih 30 juta pelajar telah menduduki ujian TOEFL. Maklumat lanjut tentang ujian TOEFL, termasuk pendaftaran, panduan belajar dan contoh soalan disediakan di laman sesawang TOEFL Go Anywhere menerusi www.toeflgoanywhere.org.
Latar Belakang ETS
Di ETS, kami meningkatkan kualiti dan ekuiti dalam pendidikan untuk orang ramai di serata dunia dengan menghasilkan penilaian berasaskan penyelidikan yang teliti. ETS menyediakan perkhidmatan buat individu, institusi pendidikan dan agensi kerajaan dengan menyediakan penyelesaian yang disesuaikan, bagi tujuan pensijilan guru, pembelajaran bahasa Inggeris serta pendidikan rendah, menengah dan setelah tamat sekolah menengah, serta dengan menjalankan penyelidikan pendidikan, analisis dan juga kajian dasar. Ditubuhkan sebagai pertubuhan bukan untung pada tahun 1947, ETS membangun, mengendali dan memberi markah kepada lebih 50 juta ujian setiap tahun — termasuk ujian TOEFL® dan TOEIC ®, ujian GRE® dan penilaian The Praxis Series ®— di lebih 180 negara dan di lebih 10,000 lokasi seluruh dunia. www.ets.org
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20120110/DC33419LOGO