omniture

Deer Jet Pamer 787 Dream Jet di UK

Jet perniagaan terbaik di dunia kini boleh disewa
Deer Jet
2017-05-10 08:15 570

BEIJING, 10 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Pada 4 Mei, sebuah kapal terbang menarik minat orang ramai di UK. Deer Jet, syarikat penerbangan perniagaan terkemuka global, menandakan penampilan sulung Eropah bagi 787 "Dream Jet" pertama di dunia, yang membuat perhentian sebentar di Lapangan Terbang Stansted London (Harrods Aviation FBO) sebelum meneruskan dengan siri pameran "Dreams Encounter the World" ("Impian Bertemu Dunia") di seluruh dunia.

B787-8 Dream Jet ini mampu terbang tanpa henti selama 18.5jam, 16,000km, bersamaan dengan London ke Perth, Australia, tanpa henti.

Tekanan kabin 787 ditetapkan pada 6,000kaki pada ketinggian 30,000kaki. Ujian membuktikan bahawa antara paras laut dan 6,000kaki orang ramai kekal selesa di dalam kapal walaupun dalam perjalanan selama 18 jam.

Pada bulan Mei 2016, Deer Jet mengambil alih operasi VVIP BBJ 787 yang pertama di dunia, dan melakukan penerbangan sulungnya ke Hong Kong pada bulan September.

Deer Jet juga melancarkan, pakej pelancongan tempahan khas eksklusif 787 Dream Jet bermula dengan "Perjalanan Impian Hong Kong ke Tahiti". Ia merancang untuk menambah lebih banyak jadual perjalanan pada masa akan datang sebagai sebahagian daripada matlamat untuk mewujudkan perjalanan yang lancar untuk memenuhi visinya "Menjadikan perjalanan suatu kesenian", melalui perkhidmatan terbaik dalam kelasnya yang diilhamkan oleh nilai-nilai Deer Jet iaitu "keanggunan", "prestasi" dan "kecemerlangan".

Frank Fang, Naib Presiden Deer Jet berkata: "Kami gembira membawakan pesawat yang unik ini ke London. Ia mempamerkan perkhidmatan utama Deer Jet yang diilhamkan oleh nilai prestasi, keanggunan dan kecemerlangan. Matlamat kami ialah untuk memberikan pengalaman penerbangan yang terbaik bagi pelanggan-pelanggan kami dan 'menjadikan perjalanan suatu kesenian'."

Pesawat ini dikendalikan pada pendaftaran pesawat Guernsey (2-DEER), di bawah AOC BAS Guernsey. Kebiasaannya, pesawat ini berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong yang dikendalikan oleh anak syarikat Deer Jet, Hong Kong Jet. Harga untuk menempah 787 Dream Jet, walaupun laporan sebelumnya menyebut ia dianggarkan sekitar GBP20,000, sebenarnya ialah RMB500,000/jam (kira-kira GBP55,000).

Latar Belakang Deer Jet

Dengan kepakaran selama 22 tahun, Deer Jet bermula sebagai syarikat jet swasta pertama di China dan telah berkembang dengan pesat menjadi kumpulan perniagaan penerbangan yang terbesar di Asia. Syarikat ini beroperasi sebagai sebuah anak syarikat milik penuh HNA Group, syarikat Global Fortune 500 dan salah satu jenama yang paling dikenali dan bertanggungjawab sosial di China. Syarikat ini mengurus dan mengendalikan armada 90 pesawat yang mengagumkan termasuklah satu-satunya 787 Dream Jet di dunia.

Source: Deer Jet
Keywords: Airlines/Aviation Leisure/Travel/Hotels Passenger Aviation Transportation Travel New products/services