omniture

NFL dan Perform Group Meterai Hubungan Media Strategik

The National Football League (NFL) and Perform Group
2017-05-10 12:25 537

LONDON, 10 Mei 2017 /PRNewswire/ --

National Football League (NFL) dan Perform Group mencapai persetujuan untuk Perform memasarkan hak-hak siaran televisyen NFL di pelbagai wilayah global serta produk langganan digital premium NFL Game Pass di luar kawasan Amerika Syarikat dan Eropah. Persetujuan ini akan terus memacu penggunaan tawaran global bagi sukan paling banyak ditonton di Amerika Syarikat dalam kalangan peminat tegarnya, merentasi semua platform media.

Di bawah perjanjian selama beberapa tahun, dan dalam pasaran-pasaran terpilih, Perform akan memasarkan secara strategik hak-hak televisyen permainan secara langsung, termasuk permainan Sunday Afternoon yang dimainkan pada jam 1 petang dan 4 petang (waktu EST AS), Thursday Night Football, Sunday Night Football, Monday Night Football dan Perlawanan Penentuan termasuk Super Bowl. Fokus utama berhubung hak-hak televisyen diberikan kepada Brazil, Pan-Asia dan Timur Tengah menjelang musim 2017.

Selain itu, Perform akan terus mempercepatkan penggunaan NFL Game Pass di luar AS dan Eropah, produk digital terus kepada pengguna yang menawarkan semua permainan secara langsung, NFL RedZone, NFL Network serta program NFL yang memenangi anugerah. Ketika NFL terus memperluas kumpulan peminatnya di seluruh dunia, Perform akan memanfaatkan kepakaran tempatan mereka demi mendorong langganan Game Pass dalam kalangan peminat tegar NFL.

Hubungan media yang strategik ini meliputi lebih 100 negara dan wilayah, termasuk pasaran-pasaran lebih besar seperti Argentina, Australia, Brazil, Kanada, Hong Kong, India, Israel, Jepun, Mexico, New Zealand, Korea Selatan dan Turki.

Simon Denyer, Ketua Pegawai Eksekutif Perform Group berkata, "Perform berbesar hati dapat memperluas hubungan kami dengan NFL. Kami komited terhadap kolaborasi jangka panjang yang akan memanfaatkan kedua-dua bidang sukan dan juga peminatnya. Kami teruja kerana dapat bekerjasama untuk mengembangkan jenama ini buat penonton seluruh dunia." 

Mark Waller, Naib Presiden Eksekutif Antarabangsa & Acara NFL berkata, "Kami berasa teruja dapat bekerjasama dengan Perform Group dalam beberapa pasaran global keutamaan kami demi memacu pengedaran dan penggunaan tawaran media kami merentasi pelbagai platform. Ia merupakan peluang bersama yang menarik dalam menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada kumpulan peminat global NFL yang terus berkembang."

Latar Belakang Perform Group:

Perform ialah syarikat kandungan sukan digital dan media terkemuka.

Misi kami adalah untuk menghubungkan dunia sukan dengan menyediakan sebahagian daripada kandungan terpantas, paling terperinci dan paling menarik, mengurus jaringan jenama media global milik penuh dan membawakan kandungan sukan premium terus kepada peminat.

Perform menjalin kerjasama dengan pemegang-pemegang hak global utama seperti WTA, FIBA dan NFL bagi tujuan mewujudkan hubungan komersial jangka panjang dan telus, yang dapat membantu meningkatkan penonton global, dan memanfaatkan kebaikan jangka panjang daripada sukan.

Baru-baru ini, Perform melancarkan perkhidmatan penstriman sukan secara langsung, DAZN, di Jerman, Austria, Switzerland dan Jepun.

http://www.performgroup.com

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: 

Sarah Butler, Pengurus Perhubungan Awam Perform Group: Sarah.butler@performgroup.com, +44-7432631237

Sumber: National Football League (NFL) dan Perform Group

Source: The National Football League (NFL) and Perform Group
Keywords: Multimedia/Online/Internet Sports Television Contracts Licensing/marketing agreements New products/services