omniture

Kraton Umum Pembukaan Kilang HSBC di Taiwan

Kraton Corporation
2017-05-10 21:47 502

HOUSTON, 10 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Kraton Corporation (NYSE: KRA), pengeluar utama bertaraf dunia bagi kopolimer blok stirena, polimer khusus dan produk berprestasi nilai tinggi yang diperoleh daripada produk bersama pulpa kayu pain, mengumumkan pembukaan kilang kopolimer blok stirena terhidrogen (HSBC) 30 kiloton di Mailiao, Taiwan pada hari Jumaat, 12 Mei.

generated by system

Kilang Mailiao akan menyokong segmen perniagaan bergred inovasi Kraton, khususnya bagi produk HSBC dengan berat molekul rendah. Polimer ini memberikan ciri-ciri berprestasi seperti kekuatan dan kejernihan dalam sebatian berasaskan olefin yang disasarkan untuk kegunaan dalam bidang automotif, perubatan dan filem, selain berkelikatan rendah untuk perekat, pengedap dan salutan yang stabil haba.

Ciri-ciri utama kemudahan ini termasuk makmal proses dan produk dengan keupayaan pengeluaran produk berkelikatan rendah. Kira-kira 100 kakitangan digajikan di kilang ini, yang telahpun mencapai lebih 1.8 juta jam bekerja tanpa sebarang insiden direkodkan sejak kerja-kerja pembinaan dimulakan pada awal tahun 2014. Kini, kilang ini berada dalam peringkat pengeluaran komersial selepas kejayaan tempoh percubaan pengeluaran.

"Kilang Mailiao akan membolehkan Kraton menyediakan perkhidmatan untuk pasaran Asia yang semakin berkembang dan juga pasaran eksport dengan lebih berkesan berbanding sebelum ini melalui kapasiti pengeluaran lebih tinggi untuk gred HSBC kami yang berbeza," kata Kevin M. Fogarty, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kraton. "Kilang ini merupakan demonstrasi komitmen berterusan kami terhadap inovasi melalui pelaburan yang dibuat dalam infrastruktur moden dan pertumbuhan organik dalam pasaran-pasaran utama."

Kilang Mailiao dimiliki dan dikendalikan oleh Kraton Formosa Polymers Company, satu usaha sama antara Kraton dan Formosa Petrochemical Corp.

Latar Belakang Kraton Corporation  
Kraton Corporation (NYSE "KRA") ialah pengeluar utama bertaraf dunia bagi kopolimer blok stirena, polimer khusus dan produk berprestasi nilai tinggi yang diperoleh daripada produk bersama pulpa kayu pain. Polimer Kraton digunakan dalam pelbagai jenis kegunaan, termasuk perekat, salutan, produk pengguna dan penjagaan peribadi, pengedap dan pelincir, serta produk perubatan, pembungkusan, automotif, turapan, bumbung dan juga kasut. Sebagai penyedia terbesar dunia untuk industri bahan kimia pain, produk khusus berasaskan pain daripada syarikat dijual dalam pasaran perekat, jalan raya dan pembinaan serta tayar, dan ia turut mengeluarkan dan menjual pelbagai jenis perantaraan kimia ke dalam pasaran termasuk aditif bahan api, bahan kimia lapangan minyak, salutan, cecair dan pelincir kerja logam, dakwat, perasa dan juga perlombongan. Kraton menawarkan produknya kepada pelbagai kumpulan pelanggan di lebih 70 negara seluruh dunia. Kraton, logo dan reka bentuk Kraton kesemuanya merupakan tanda dagangan Kraton Corporation, subsidiari atau anggota gabungannya.

Maklumat Perhubungan Media: Thao Pham; T: (281) 770-1380
Maklumat Perhubungan Pelabur: Gene Shiels; T: (281) 504-4886

 

 

Logo: http://mma.prnewswire.com/media/450318/kraton_corporation_logo.jpg

Source: Kraton Corporation
Related Stocks:
NYSE:KRA
Related Links:
Keywords: Chemical Corporate Expansion