omniture

Satu Lagi Inovasi daripada Turkish Airlines untuk Penerbangan ke A.S. dan U.K.

Turkish Airlines
2017-05-11 01:16 750

ISTANBUL, 11 Mei 2017 /PRNewswire/ --

Syarikat penerbangan global perkenal tawaran komputer riba terkini dalam pesawat untuk penumpang kelas perniagaan bagi penerbangan ini.  

Syarikat penerbangan negara kini mula menawarkan komputer riba untuk penumpang kelas perniagaannya bagi penerbangan menuju ke A.S. bermula hari ini. Ia akan turut melancarkan amalan yang sama untuk penumpang kelas perniagaan menuju ke U.K. bermula 12 Mei 2017.

generated by system

generated by system

Menerusi perkhidmatan baharu ini, penumpang akan berpeluang mengisi masa tanpa halangan dengan perkara-perkara peribadi mereka melalui komputer peribadi ketika terbang di atas awan, di samping dapat menikmati Planet, sistem hiburan dalam pesawat yang lancar daripada Turkish Airlines.

Dalam konteks amalan baharu ini, penumpang yang menyerahkan komputer riba peribadi mereka sebelum penerbangan kepada kakitangan TK yang dibenarkan, boleh meminta sebuah komputer riba daripada anak kapal bagi mengetahui perkembangan perniagaan mereka atau proses peribadi dalam pesawat semasa penerbangan.

Komputer riba ini, yang dapat berfungsi sebagai tablet apabila dilipat dan mempunyai ciri-ciri skrin sentuh, akan ditawarkan melalui sistem keselamatan tinggi yang melindungi maklumat peribadi/kerja penumpang dengan memadamkan kesemuanya daripada sistem secara automatik dan kekal apabila komputer riba ditutup. Walau bagaimanapun, sekiranya penumpang berkenaan berhasrat membuat salinan daripada kerja-kerja peribadi kepada jalur ingatan USB, mereka boleh melakukannya dengan mudah.

Turkish Airlines, Inc.
Perhubungan Media 

Latar Belakang Turkish Airlines:  

Ditubuhkan pada tahun 1933 dengan armada yang terdiri daripada lima pesawat, ahli Star Alliance, Turkish Airlines ialah syarikat penerbangan 4 bintang masa kini dengan armada yang terdiri daripada 337 pesawat (penumpang dan kargo) yang membuat penerbangan ke 299 destinasi seluruh dunia, menerusi 250 penerbangan antarabangsa dan 49 penerbangan domestik. Menurut tinjauan Skytrax 2016, Turkish Airlines terpilih sebagai "Syarikat Penerbangan Terbaik Eropah" buat kali keenam dan "Syarikat Penerbangan Terbaik di Eropah Selatan" buat kali kelapan berturut-turut. Setelah meraih anugerah "Khidmat Katering Ekonomi Terbaik" dunia tahun 2010, pada tahun 2013 dan juga tahun 2014 menerusi anugerah "Khidmat Katering Perniagaan Terbaik", dan "Ruang Istirehat Menjamu Selera Kelas Perniagaan Terbaik", "Ruang Istirehat Syarikat Penerbangan Perniagaan Terbaik" dunia dalam kaji selidik tahun lalu, Turkish Airlines sekali lagi dianugerahkan dengan anugerah "Ruang Istirehat Menjamu Selera Kelas Perniagaan Terbaik" dan "Katering Dalam Pesawat Kelas Perniagaan Terbaik" dunia bagi tinjauan tahun ini. Maklumat lanjut tentang Turkish Airlines boleh didapati melalui laman sesawang rasminya http://www.turkishairlines.com atau akaun media sosial melalui Facebook, Twitter, Youtube, Linkedin, dan Instagram.  

Turkish Airlines Inc.
Pejabat Perhubungan Media
Bangunan Pengurusan Am
34149, Yesilköy-Istanbul
Tel:  +90-(212)-463-63-63 - 11153 / 11173
Faks: +90-(212)-465-20-78
press@thy.com

Source: Turkish Airlines
Keywords: Airlines/Aviation Passenger Aviation Travel New products/services