omniture

Bagaimana Layanan 787 Dream Jet Dengan Tambang RMB5000,000 se Jam?

Deer Jet
2017-05-11 01:20 662

BEIJING, 11 Mei 2017 / PRNewswire / -- Deer Jet, syarikat jet perniagaan terbesar di Asia, baru-baru ini melancarkan "Perjalanan Impian Hong Kong-Tahiti ". Selain menikmati 7 malam penginapan di suit presiden di sebuah hotel tempatan terbaik bertaraf lima bintang, penumpang akan menaiki 787 Dream Jet yang unik di antara Hong Kong dan Tahiti.

787 Dream Jet secara rasmi diambil alih oleh Deer Jet pada 19 September 2016. Jet ini mempunyai keluasan kabin 220m2. Penumpang boleh menikmati hidangan disediakan oleh Hotel Four Seasons ketika terbang tinggi di atas awan dan dapat menghargai Tiara Primrose (terdapat hanya empat mahkota Tiara Primrose di dunia) di ruang tidur atas kapal. Jet 787 dipuji sebagai "jet perniagaan yang paling sempurna di dunia" ketika kali pertama ia dilancarkan.

Zhang Peng menganggap 787 Dream Jet yang diperkenalkan oleh HNA Group dan diambil alih oleh Deer Jet sebagai satu peluang untuk pengukuhan strategik Deer Jet. Berdepan dengan pasaran penerbangan komersial global yang kembali pulih, Deer Jet akan mencuba model perniagaan baharu, dengan hasrat menjadi sebuah syarikat terkemuka di dunia dalam pasaran penerbangan perniagaan.

Tidak syak lagi, perkhidmatan jet 787 ini mahal harganya. Perkhidmatan luaran yang ditawarkan oleh pesawat perniagaan dikenakan bayaran setiap jam. Yuran standard untuk Gulfstream G550 adalah kira-kira RMB100,000 / jam, manakala 787 Dream Jet mencecah kira-kira RMB500,000 / jam. Walau bagaimanapun, penerbangan bagi Dream Jet telah ditempah sehingga bulan Jun.

Selama beberapa tahun, HNA Group mempelbagaikan hala tuju serta memperolehi beberapa sumber berkualiti tinggi dan secara tidak langsung memasuki satu peringkat integrasi sumber. Dalam hal ini, Deer Jet mencadangkan idea penjenamaan baharu  "jadikan perjalanan sebagai seni" dan menggunakan idea ini di setiap aspek perjalanan perniagaan bertaraf mewah.

"Masih terdapat perubahan dalam pasaran luar negara. Ketika China mengemukakan 'Jalur dan Jalan', kami mengambil keputusan untuk membuat pelarasan strategik dan meletakkan tumpuan kami pada pasaran antarabangsa dan bukannya pasaran tempatan, mempercepatkan pengantarabangsaan dan meluaskan rantaian industri penerbangan keluar kami," kata Chang Peng.

Malah, 787 Dream Jet mendahului operasi di pasaran antarabangsa. Menurut Zhang Peng, Deer Jet akan menempatkan pesawat di Timur Tengah sepanjang tahun, dengan tujuan untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan tempatan.

Menurut Zhang Peng, "Kami komited untuk membina jenama mewah perkhidmatan perjalanan perniagaan yang terkemuka di dunia bagi pihak China dalam masa terdekat."

 

Source: Deer Jet
Keywords: Airlines/Aviation Leisure/Travel/Hotels Passenger Aviation Travel