omniture

Jenama Global Semakin Sasarkan Pengguna Digital Cina, Data Terkini Dedahkan China sebagai Tempat Jenayah Siber Utama di Rantau Asia Pasifik

ThreatMetrix
2017-05-11 23:02 857

Serangan jenayah siber global meningkat 35 peratus pada suku lepas manakala penjenayah siber menyasarkan persekitaran rentas sempadan yang kompleks di China

SAN JOSE, California, 11 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Data terkini daripada ThreatMetrix®, The Digital Identity Company®, mendedahkan tahap serangan yang sangat tinggi di China pada suku lepas. China mempunyai kadar tertinggi urus niaga yang ditolak sebagai penipuan di seluruh rantau Asia Pasifik. Hal ini terjadi kerana perniagaan global semakin menyasarkan pasaran domestik Cina - walaupun terdapat kerumitan disebabkan oleh sekatan ketat dalam talian.

"Jenama global menghadapi cabaran pencegahan penipuan yang unik di China. Pengguna sah memaparkan tingkah laku yang secara tradisinya dikaitkan dengan penipu, seperti mempunyai peranti sudah dipecah penjara (jailbroken) dan menggunakan proksi, untuk memintas sekatan web," kata Pascal Podvin, Naib Presiden Kanan operasi di ThreatMetrix. "Perniagaan harus mengambil kira kerumitan ini apabila menerima urus niaga merentas sempadan dari China, tanpa membuatkan diri mereka terdedah kepada jenayah siber yang meningkat."

Di rantau Asia secara keseluruhannya, tahap jenayah siber semakin meningkat disebabkan oleh kecurian dan pelanggaran data identiti yang boleh didapati secara meluas oleh penjenayah siber. Asia juga mempunyai tahap global tertinggi serangan perdayaan (spoofing) identiti dan serangan ke atas akaun log masuk, kerana kumpulan penjenayah siber cuba untuk mendapatkan wang daripada data identiti yang dicuri ini.

Teknik jenayah siber baharu menyebabkan peningkatan tahap serangan

Laporan Jenayah Siber Suku Pertama 2017 mendapati bahawa vektor serangan dan corak serangan sedang berkembang dan menjadi semakin memudaratkan:

  • Jejak kukuh Trojan Akses Jauh (RAT) dalam industri perkhidmatan kewangan.
  • Teknologi kewangan (Fintech) saksikan serangan perdayaan identiti disasarkan kepada pinjaman perangkai padan (peer-to-peer) dan platform baru muncul.
  • 80 peratus peningkatan dalam urus niaga dompet digital berbanding tahun sebelumnya dan peningkatan 180 peratus dalam serangan bot yang berkaitan
  • Empat puluh lima peratus daripada urus niaga kini datang dari platform peranti mudah alih
  • Perkhidmatan kewangan mempunyai tapak peranti mudah alih yang paling kukuh dan penglibatan pelanggan yang sangat tinggi daripada pengguna peranti mudah alih, yang log masuk tiga kali lebih kerap

"Kerumitan dan kelajuan perkembangan vektor serangan terus menjadi kejutan bagi kami," kata Vanita Pandey, Naib Presiden pemasaran produk di ThreatMetrix. "Perniagaan harus menjadi seperti sang singa yang gagah perkasa dalam menewaskan penipu yang diumpamakan sebagai gazel, mengakali mereka dengan kecerdasan dinamik bagi memahami identiti digital unik pelanggan."

Laporan Jenayah Siber Suku Pertama 2017 – muat turun sekarang

Laporan Jenayah Siber Q1 ThreatMetrix ialah berdasarkan serangan jenayah siber sebenar dari Januari hingga Mac 2017 yang dikesan oleh ThreatMetrix® Digital Identity Network®.

ThreatMetrix ialah penyelesaian awan terkemuka pasaran bagi mengesahkan persona digital dan urus niaga dalam talian. www.threatmetrix.com.

HUBUNGI:
Ken Lam
ThreatMetrix
klam@threatmetrix.com
+852-61800905

Source: ThreatMetrix
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Public Safety Survey, Polls & Research