SAINT PETERSBURG, Rusia, 12 Mei 2017 /PRNewswire/ --
Ulmart, peruncit dalam talian terbesar Rusia, merancang untuk mula menerima bitcoin sebagai satu kaedah pembayaran mulai 1 September 2017 sewaktu teknologi terus berkembang dan blockchain menjadi semakin penting berbanding mata wang yang diciptanya.
Kini, Ulmart menjual hampir 150,000 SKU dalam format "penjual pihak pertama". Dengan pelancaran pasaran, syarikat membangunkan inventori dalam talian secara berdikit-dikit. Menjelang akhir tahun, satu juta item tambahan akan dapat ditawarkan daripada "penjual pihak ketiga".
"Ulmart mula memantau pasaran serta situasi pengawalseliaan dengan teliti bagi penggunaan mata wang kripto di Rusia seawal Mac 2014. Sewaktu teknologi blockchain mula memasuki operasi kami bagi membanteras barangan palsu, kami dapat melihat bahawa misteri yang timbul berhubung bitcoin tiga tahun lalu telah berkurangan dengan ketara," jelas Dmitry Kostygin, Pengerusi dan pemegang saham majoriti Ulmart.
Walaupun syarikat masih belum memutuskan produk yang akan disediakan untuk dibeli menggunakan bitcoin, ia menjangkakan produk berharga lebih tinggi akan lebih dahulu disasarkan. Barangan seperti kereta terpakai dan pangsapuri, yang tidak lama lagi akan dijual melalui pasaran, akan mempunyai kedudukan yang baik untuk pembelian menggunakan bitcoin.
Brian Kean, Ketua Pegawai Antarabangsa Ulmart mengulas: "Kehidupan sentiasa berubah-ubah. Bitcoin dicipta untuk menawarkan ciri keselamatan terhadap turun naik nilai mata wang kertas. Memandangkan teknologi di sebalik mata wang kripto menyelinap tanpa dapat dilihat dalam kehidupan seharian kita melalui Internet Komunikasi Benda, ia menjadi salah satu detik 'mengapa tidak'. Masa depan ialah hari ini dalam dunia blockchain dan selaku peneraju, Ulmart berusaha mendepani pasaran. Kami mengalu-alukan kesanggupan yang ditunjukkan oleh kerajaan Rusia berhubung penilaian terhadap teknologi bitcoin dan berharap dapat bekerjasama dengan pihak kerajaan bagi bidang ini. Ulmart percaya inisiatif seperti bitcoin dapat menjadi sebahagian daripada usaha untuk membangunkan ekonomi dan bandar-bandar 'pintar' serta ia akan menyasarkan untuk memainkan peranan utama dalam proses ini."
Latar Belakang ULMART
Ulmart ialah syarikat Internet milik persendirian terbesar di Rusia yang mengkhusus dalam e-dagang. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2008, dan ibu pejabatnya terletak di St. Petersburg. Ulmart mempunyai lebih 450 kemudahan prasarana (pusat pelaksanaan dan lokasi pengambilan) di lebih 240 bandar di seluruh Rusia. http://www.ulmart.ru
Butiran maklumat perhubungan:
Brian Kean,
Ketua Pegawai Antarabangsa, +7-812-336-37-77 samb. 4575.