omniture

KERUI PETROLEUM Persembahkan Ekosistem Baharu bagi Industri Minyak & Gas di Houston OTC 2017

Kerui Group
2017-05-12 20:46 836

HOUSTON, Texas, 12 Mei 2017 /PRNewswire/ -- KERUI mempamerkan beberapa produk baharu di Persidangan Teknologi Luar Pesisir (OTC), salah satu acara teknologi luar pesisir terbesar di dunia, diadakan di Houston, Texas pada tahun ini dari 1 hingga 4 Mei. Kehadiran KERUI di acara ini ialah untuk menumpukan kepada perbualan dengan syarikat-syarikat tenaga yang bekerja dalam bidang pengeluaran. Sebahagian besar daripada mereka telah menunjukkan minat dalam ekosistem baharu KERUI yang merupakan sesuatu yang inovatif dan berharga bagi industri minyak, gas dan tenaga.

Bakal pelanggan yang berpotensi mendapatkan kerjasama di reruai Kerui Petroleum
Bakal pelanggan yang berpotensi mendapatkan kerjasama di reruai Kerui Petroleum

Pada pameran ini, KERUI PETROLEUM mempamerkan sistem ampaian mudline, sistem peretakan berbilang peringkat dan kepala telaga jenama FalconView, produk-produk yang mendapat permintaan besar di Amerika Utara. Semasa persidangan ini, pembeli yang berminat berpeluang untuk lebih memahami produk dan perkhidmatan KERUI melalui teknologi interaktif VR yang dipasang di reruai mereka. Reka bentuk dan pembuatan sistem ampaian mudline WEFIC® (MSW-I) mematuhi piawaian API 6A, 17D dan NACE, dan boleh digunakan pada kedalaman air sehingga 150 meter (450 kaki) dan tekanan sehingga 15,000psi. Sistem pelbagai fungsi kedap udara ini selamat dan boleh dibiarkan untuk tempoh masa yang lama, menyediakan pembeli dengan penyelesaian nisbah harga-kualiti optimum bagi peralatan penerokaan dan penggerudian minyak dan gas maritim.

KERUI PETROLEUM telah berjaya menyepadukan sumber minyak dan gas antarabangsa. Pembinaan baharu ini ialah ekosistem saling berkait bagi industri minyak dan gas yang meliputi produk, teknologi, perkhidmatan, sumber manusia dan kewangan.

Ekosistem ini memanfaatkan faedah interaktif yang ditawarkan oleh Internet pada setiap langkah dalam rantaian pengeluaran dan mewujudkan platform e-perniagaan merentas sempadan bagi industri peralatan minyak. ERUI International dan Victor International Institute of Petroleum Training (VIPT), kedua-duanya sebahagian daripada KERUI PETROLEUM, menjalankan usaha sama dan telah menetapkan semula skim ini untuk mengoptimumkan sektor peralatan minyak global mewujudkan platform perkhidmatan sumber manusia seluruh industri dan kumpulan pemikir dalam kejuruteraan dan teknologi.

Ekosistem ini menggunakan Data Besar dan teknologi awan bagi teknologi kejuruteraan minyak dan gas untuk membina platform dagangan dalam talian bagi aset tidak aktif di seluruh sektor. Ia menawarkan perkhidmatan sehenti profesional di mana kapasiti lewah boleh dikenal pasti dan dimanfaatkan melalui urus niaga dengan pihak yang berkepentingan atau aset ini boleh diniagakan secara mutlak kepada pihak tersebut. Platform ini juga termasuk akses mengenal pasti komponen kewangan kepada sumber kewangan dan mekanisme untuk menghubungi pemegang sumber bagi memenuhi keperluan pelaburan dan kewangan.

KERUI PETROLEUM menubuhkan operasi di Amerika Syarikat pada tahun 2011, dan kemudian di Kanada dan Mexico, mewujudkan satu rangkaian yang merangkumi semua pasaran di seluruh Amerika Utara. Pada masa yang sama, syarikat menubuhkan dua syarikat di AS, Falconview Energy Products LLC dan Escalate Oil Tools LLC, untuk membangunkan dan mengeluarkan kepala telaga dan alatan dan kelengkapan dalam lubang. Kedua-dua syarikat memenuhi permintaan pembeli di pasaran Amerika Utara dan membekalkan mereka dengan produk-produk yang mematuhi piawaian Amerika serta menyediakan perkhidmatan berkualiti dengan tahap yang mampan dan penghantaran yang pantas oleh sebab mempunyai kehadiran tempatan.

Dengan tersedianya ekosistem baharu bagi industri minyak, gas dan tenaga, KERUI PETROLEUM dan rakan kongsinya bekerjasama dan bertindak balas tepat pada masanya kepada perkembangan baharu yang berlaku di seluruh sektor dan menjalin hubungan menang-menang. KERUI PETROLEUM mengalu-alukan mana-mana firma yang mempunyai kehadiran dalam sektor minyak dan gas yang ingin menyertai ekosistem baharu bagi industri tenaga.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170510/1845294-1

Source: Kerui Group
Keywords: Gas Internet Technology Oil/Energy Utilities New products/services Trade show news