omniture

PathWise® Solutions Group Aon Bangunkan Penyelesaian IFRS 17 Pertama Dunia untuk Kyobo Life

Aon plc
2017-05-15 08:00 513

CHICAGO, 15 Mei 2017 /PRNewswire/ --

- Platform PathWise 'ratusan kali ganda lebih pantas' berbanding sistem lama

Aon Benfield, perantara insurans semula bertaraf global dan penasihat modal Aon plc (NYSE: AON), hari ini mengumumkan pelancaran pakej penyelesaian perniagaan IFRS 17[1] PathWise® Solutions Group - platform perniagaan Pengkomputeran Berprestasi Tinggi (HPC) perusahaan bersepadu untuk rangka kerja pelaporan kewangan baru muncul yang penting ini. Platform ini telah diguna pakai untuk tujuan IFRS 17 oleh Kyobo Life Insurance Co, Ltd., salah satu daripada tiga syarikat insurans hayat terbesar di Korea Selatan.

generated by system

PathWise membolehkan perniagaan menggunakan aset, liabiliti, penjana senario secara serentak, dan oleh yang demikian menyediakan penyelesaian lengkap bagi tujuan pengurusan dan pelaporan risiko kewangan dan biometrik yang kompleks. Perisian[2]  HPC yang memenangi anugerah ini beroperasi melalui Unit Pemprosesan Grafik (GPU), memberikannya kelebihan kelajuan berbanding sistem legasi lain yang beroperasi menggunakan Unit Pemprosesan Berpusat (CPU) untuk semua kiraan baharu yang diperlukan menurut piawaian IFRS 17.

Selain itu, tidak seperti kebanyakan sistem legasi, kesemua logik dan kiraan adalah telus sepenuhnya, menjadikan PathWise sebagai platform yang amat anjal yang didatangkan dengan jejak dan kawalan audit yang lengkap, iaitu 'data besar' yang sedia beroperasi, bagi membantu mengurus semua andaian baharu dan data yang diperlukan menurut IFRS 17.  

Peter M. Phillips, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PathWise Solutions Group berkata: "Pemberian nilai dan pelaburan dalam analitik ialah prinsip kerja teras di Aon Benfield. PathWise, dengan segala kelebihan unik ini, menjadi perniagaan global yang pantas berkembang."

En. Phillips menambah: "Platform ini merupakan yang pertama seumpamanya dalam industri insurans. Setelah dilesenkan baru-baru ini oleh Kyobo Life, PathWise membolehkan Kyobo mencapai peningkatan signifikan dari segi kelajuan dan kecekapan untuk pelaporan kewangannya, proses pengurusan risiko, pembangunan produk baharu dan aktiviti lindung nilai produk boleh ubah."

PathWise menggantikan instrumen penilaian simpanan sedia ada Kyobo dengan sistem automatik sepenuhnya hujung-ke-hujung yang mengendalikan penukaran produk yang masih berkuatkuasa, transformasi andaian, penjanaan senario, pengiraan stokastik-melalui-stokastik serta penjanaan laporan kewangan.

Piawaian perakaunan IFRS 17 baharu untuk kontrak insurans memerlukan syarikat-syarikat untuk meningkatkan sistem dan proses penilaian mereka dengan ketara; khususnya dalam segmen-segmen seperti pengurusan data, pengurusan model dan kuasa pengiraan untuk aktuari serta unjuran aset dan liabiliti.

Eric Andersen, Ketua Pegawai Eksekutif Aon Benfield mengulas: "Peter telah membawa PathWise dari peringkat awal hingga menjadi instrumen yang kini digunakan oleh beberapa syarikat insurans hayat terbesar di dunia. Di bawah kepimpinan beliau, beliau dan pasukan global beliau yang berpengalaman memastikan produk ini dipertingkat, seperti yang ditekankan dalam keupayaan IFRS 17 dan dalam usaha itu, PathWise menjadi semakin hebat. Saya berharap dapat bekerjasama erat dengan Peter bagi tujuan pembangunan platform ini."

En. Phillips berkata: "Kami berasa sukacita dapat bekerjasama dengan Kyobo Life untuk membangunkan platform IFRS 17 pertama dalam industri insurans. Kyobo memperakui kepentingan mengurus risikonya dengan betul di bawah IFRS 17, dan memerlukan platform perniagaan bersepadu yang boleh diletak atur dengan pantas, disesuaikan dan komprehensif dengan kawalan audit yang amat kukuh. PathWise menyediakan penyelesaian boleh diskala yang tunggal dan menjimatkan kos yang memenuhi kesemua piawaian pengurusan risiko Kyobo Life, memenuhi keperluan pelaporan kewangan dan pengawalseliaan firma serta meningkatkan keupayaan pengurusan liabiliti asetnya."

Seluruh data produk yang sedang berkuatkuasa Kyobo Life disimpan dan disoal dalam Gudang Data PathWise, manakala Penjana Senario Ekonomi PathWise telah dikalibrasi kepada data pasaran Korea Selatan dan menjana senario dengan pantas.

Bae Woo Soon, Ketua Aktuari di Kyobo Life berkata: "PathWise telah banyak mengurangkan keperluan untuk operasi secara manual, sambil meningkatkan ketepatan dan kecekapan. Sebelum melaksanakan PathWise sebagai sistem aktuari IFRS 17 untuk seluruh syarikat kami, kami bergantung pada pelbagai penyelesaian untuk menyokong proses pelaporan kewangan kami. Menggunakan PathWise, kami telah menyatukan komponen ini ke dalam sistem kawalan tunggal, memberikan peningkatan tinggi dari segi kelajuan dan kecekapan untuk model-model yang telah dipindahkan. Malah, platform PathWise terbukti beratus-ratus kali ganda lebih pantas berbanding penyelesaian CPU legasi kami untuk menilai blok perniagaan tradisional, mengurangkan masa operasi penilaian blok boleh ubah daripada 18 jam menjadi kurang daripada dua jam berbanding penyelesaian berasaskan GPU legasi kami, serta menyatukan lebih 200 produk ke dalam tiga model yang padat. Kini, kami mempunyai matlamat untuk akhirnya memindahkan kesemua produk kami ke dalam PathWise."

PathWise mendayakan penyelenggaraan yang mudah dan tadbir urus model yang dipertingkat, manakala kakitangan Kyobo Life memiliki sepenuhnya model yang telus dan logik pelaporan, yang menggalakkan pemindahan pengetahuan dan pembangunan teknikal dalam kalangan kakitangan, serta sesama kumpulan berbeza dalam syarikat.

Dibangunkan oleh PathWise Solutions Group (PSG) di Toronto, platform PathWise ialah penyelesaian perniagaan berasaskan GPU bersepadu untuk produk insurans hayat dan menyokong pembangunan produk baharu, pelaporan kewangan dan pengawalseliaan, aktiviti pengurusan risiko perusahaan, pengurusan program lindung nilai dan aktiviti pelaporan.

Latar Belakang Aon 

Aon plc (NYSE:AON) ialah firma perkhidmatan profesional global utama yang menyediakan pelbagai penyelesaian risiko, persaraan dan kesihatan. Seramai 50,000 rakan sekutu kami di 120 negara memperkasa hasil untuk pelanggan dengan menggunakan data dan analitik proprietari bagi memberikan maklumat yang dapat mengurangkan ketidaktentuan dan meningkatkan prestasi. Untuk maklumat lanjut tentang keupayaan kami dan mengetahui sejauh mana kami memperkasa hasil untuk pelanggan, sila layari: http://aon.mediaroom.com.

Nota untuk Editor: 

IFRS 17[1] – ialah Piawaian Laporan Kewangan Antarabangsa akan datang yang dijangka untuk dilancarkan pada separuh pertama tahun 2017. Ia bertujuan untuk menggantikan IFRS 4 untuk perakaunan bagi kontrak insurans dan dijangka berkuat kuasa pada 1 Januari 2021.

Perisian[2] HPC yang memenangi anugerah – Pemenang Anugerah Inovasi & ROI HPC IDC ke-3 Diumum sempena ISC 2012 – bagi Aplikasi Cemerlang Pengkomputeran HPC untuk Pencapaian Perniagaan & Saintifik.

Maklumat lanjut:

Ikuti Aon melalui Twitter: https://twitter.com/Aon_plc

Untuk mendapatkan maklumat tentang Aon plc. dan mendaftar bagi mendapatkan notifikasi berita: http://aon.mediaroom.com

Source: Aon plc
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Insurance Contracts