omniture

Kavalan capai 220 Emas sempena Pertandingan Minuman Beralkohol Dunia San Francisco

Kavalan
2017-05-15 11:55 934

TAIPEI, Taiwan, 15 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Kavalan, wiski terunggul Taiwan, telah merangkul pingat "Emas Berganda" sebanyak dua kali di Pertandingan Minuman Beralkohol Dunia San Francisco (SFWSC) kali ke-17 tahun ini bagi Tong Solist Sherry dan Solist Vinho Barrique menjadikan pungutan pingat Emasnya kepada lebih 220 pingat.

Kavalan raih 2 Pingat Emas berganda dan 8 Pingat Emas di SFWSC
Kavalan raih 2 Pingat Emas berganda dan 8 Pingat Emas di SFWSC

Kedua-dua pemenang anugerah ini merupakan wiski kepekatan tong tunggal dan semua wiski Kavalan merupakan malt tunggal.

SFWSC berkata jolokan Emas Berganda itu dianugerahkan kepada "hanya beberapa penyertaan yang menerima penilaian pingat Emas oleh semua ahli panel hakim."

"Produk-produk ini merupakan antara produk terbaik di dunia," kata SFWSC.

Solist Vinho Barrique tidak asing lagi dalam menerima anugerah. Ia merangkul pengiktirafan yang tertinggi dalam industri wiski, "Wiski Malt Tunggal Terbaik Dunia" menerusi Anugerah Wiski Dunia (WWA) yang berprestij.

Tahun lalu, WWA turut menyampaikan anugerah "Wiski Malt Tunggal Tong Tunggal Terbaik Dunia" kepada Kavalan hasil  Solist Amontillado Sherry Kepekatan Tong Tunggal.

Ketua Pegawai Eksekutif Kavalan En. YT Lee berkata Kavalan akan terus membuktikan wiskinya yang dibuat di kawasan subtropika Taiwan adalah bertaraf dunia.

Beliau menambah Kavalan seharusnya lebih banyak dijual di seluruh AS, dan pihak pengedar kini berusaha mengadakan program peluasan jualan utama.

Keputusan Pingat Emas Berganda dan Emas San Francisco Kavalan adalah seperti berikut:

Emas Berganda:
Wiski Malt Tunggal Tong Solist Sherry, Kepekatan Tong Tunggal
Wiski Malt Tunggal Solist Vinho Barrique, Kepekatan Tong Tunggal

Emas:
Wiski Malt Tunggal Kavalan Concertmaster, Port Finish
Wiski Malt Tunggal King Car Conductor
Wiski Malt Tunggal Kavalan Distillery Reserve, Tong Peaty
Wiski Malt Tunggal Tong Solist Brandy, Kepekatan Tong Tunggal
Wiski Malt Tunggal Solist Manzanilla Sherry, Kepekatan Tong Tunggal
Wiski Malt Tunggal Tong Solist PX Sherry, Kepekatan Tong Tunggal
Wiski Malt Tunggal Tong Solist Port, Kepekatan Tong Tunggal
Wiski Malt Tunggal Kavalan Ex-Bourbon Oak

Latar Belakang Kavalan Whisky

Kilang penyulingan wiski pertama Taiwan dikhususkan untuk seni pembuatan wiski malt tunggal sejak tahun 2006. Kavalan dimatangkan dalam keadaan lembap dan panas yang tinggi, dan turut memanfaatkan bayu laut dan gunung, selain mata air daripada Gunung Salji, yang hasil gabungannya menciptakan rasa berkrim Kavalan yang terkenal. Nama kilang penyulingan ini berasal daripada nama lama Wilayah Yilan, iaitu lokasi kilang tersebut, dan disokong oleh 30 tahun pengalaman dalam pembuatan minuman di bawah syarikat induknya, King Car Group. Kavalan telah mengumpul lebih 220 anugerah emas dan boleh didapati di 60 buah negara. Layari www.kavalanwhisky.com/EN/age.aspx

Maklumat Perhubungan Media:

Yvonne Chou 
886-3922-9000#7162 
yvonne@kavalandistillery.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170512/1850478-1

Source: Kavalan
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Food/Beverages Awards