omniture

Airborne Wireless Network Berikan Perkembangan Terkini Bukti Konsep Ujian Pesawat Tiga Titik

Airborne Wireless Network
2017-05-15 23:35 549

Berikutan Penerimaan Lesen FCC Percubaan, Pengujian bakal Tonjolkan Kemaraan Penting Ke Arah Pembangunan Infinitus Super Highway™

SIMI VALLEY, California, 15 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Airborne Wireless Network (OTCQB: ABWN) hari ini memberikan perkembangan terkini dan jangka masa awal berhubung "Bukti Konsep Ujian Penerbangan Pesawat" untuk pembangunan sistem komunikasi udara-ke-udara berpatennya, Infinitus Super HighwayTM. Baru-baru ini, Syarikat mengumumkan ia telah diberikan perakuan operasi percubaan oleh Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan ("FCC"), nombor fail 0378-EX-ST-2017X, untuk menguji dan menjalankan ujian penerbangan terhadap sistem demonstrasinya yang dijadual dijalankan pada akhir tahun 2017.

Airborne Wireless Network, bersama rakan-rakan strategiknya, kini dalam proses merancang dan mengaturkan Bukti Konsep Ujian Penerbangan Pesawat. Syarikat bercadang untuk menggunakan dua jet pesawat aktif bagi menjalankan laluan ujian di sekitar Roswell, New Mexico. Airborne Wireless Network menyelaras dengan teliti bersama rakan-rakan strategiknya dalam merancang dan menjalankan ujian tersebut.

Jason T. de Mos, Naib Presiden Business Development and Aviation Compliance, berkata, "Objektif ujian pesawat tiga titik ini adalah untuk mengesahkan, pada peringkat mikro, kemampuan kami bertindak sebagai pengulang bawaan udara atau penghala bagi menghantar dan menerima isyarat jalur lebar dari satu pesawat kepada pesawat yang lain, mewujudkan lebuh raya digital di ruang angkasa. Baru-baru ini, kami mengumumkan tentang penerimaan lesen FCC percubaan kami dan kini kami berpeluang memulakan ujian penerbangan kami, membawa kami selangkah lebih hampir terhadap pembangunan Infinitus Super HighwayTM kami. Kami berharap dapat berkolaborasi dengan rakan-rakan strategik kami dalam usaha menyiapkan ujian ini dan meningkatkan komunikasi bawaan udara secara keseluruhan."

Latar Belakang Airborne Wireless Network         

Syarikat ini berhasrat untuk mewujudkan rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi tanpa wayar bawaan udara dengan menghubungkan pesawat komersial yang sedang dalam penerbangan. Dijangkakan bahawa setiap pesawat yang mengambil bahagian dalam rangkaian ini akan bertindak sebagai pengulang bawaan udara atau penghala, menghantar dan menerima isyarat jalur lebar daripada satu pesawat ke pesawat yang lain dan mewujudkan lebuhraya digital di ruang angkasa. Syarikat berharap agar rangkaian ini menjadi saluran internet jalur lebar yang berkelajuan tinggi untuk meningkatkan liputan keterhubungan. Syarikat tidak berhasrat untuk menyediakan liputan pelanggan runcit kepada pengguna akhir, tetapi, sebaliknya, bertindak sebagai pengangkut borong dengan pelanggan sasaran, seperti penyedia perkhidmatan internet dan syarikat-syarikat telefon.

Kini, keterhubungan di dunia dapat dicapai dengan menggunakan kabel dasar laut, gentian darat dan satelit. Syarikat percaya bahawa lebuh raya digital bawaan udara Syarikat boleh menjadi penyelesaian untuk mengisi kelompongan keterhubungan dunia. Sebaik sahaja rangkaian ini dibangunkan dan dilaksanakan sepenuhnya, kegunaannya hampir tiada batasan. Rangkaian Syarikat ini, setelah siap dibangunkan, mampu menyediakan keterhubungan berkelajuan tinggi ke kawasan luar bandar, negara-negara kepulauan, kapal-kapal di laut, pelantar minyak, selain fungsi keterhubungan kepada pesawat komersial dan persendirian yang sedang dalam penerbangan.

Untuk maklumat lanjut sila lihat: www.airbornewirelessnetwork.com

Notis Berhubung Kenyataan Jangkaan:  

Hebahan ini mengandungi "kenyataan jangkaan" mengikut pengertian peruntukan perlindungan selamat Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian Amerika Syarikat 1995. Kenyataan-kenyataan ini adalah berdasarkan kepercayaan dan jangkaan semasa berhubung pengurusan syarikat dan tertakluk kepada risiko dan ketidaktentuan yang penting. Sekiranya andaian tersirat terbukti tidak tepat atau ketidaktentuan berlaku, keputusan sebenar mungkin berbeza dengan ketara berbanding yang dinyatakan dalam kenyataan jangkaan.

Risiko dan ketidaktentuan termasuk, tetapi tidak terhad kepada, ketersediaan modal; ketidakpastian yang wujud berkaitan pembangunan produk atau teknologi baharu dan beroperasi sebagai syarikat pada peringkat pembangunan; kebolehan kami untuk mengumpul dana tambahan yang akan kami perlukan untuk meneruskan rancangan pembangunan perniagaan dan produk; kemampuan kami untuk membangunkan dan mengkomersialkan produk berdasarkan platform teknologi kami; persaingan dalam industri tempat kami beroperasi dan pasarkan; keadaan umum industri; faktor-faktor ekonomi umum; kesan peraturan industri; kemajuan teknologi; produk dan paten baharu yang dicapai oleh pesaing; kesukaran atau kelewatan pembuatan; pergantungan terhadap keberkesanan paten syarikat; dan pendedahan terhadap litigasi, termasuk litigasi paten, dan/atau tindakan kawal selia.

Hubungi:
Robert Haag
IRTH Communications
No. Telefon 1-866-976-4784
ABWN@irthcommunications.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/508284/Airborne_Logo.jpg

Source: Airborne Wireless Network
Related Stocks:
OTC:ABWN
Keywords: Aerospace/Defense Airlines/Aviation Computer Networks Computer/Electronics OTC/SmallCap IRW Telecommunications Travel Wireless Communications