omniture

TerraPay Raih Anugerah Kepimpinan Inovasi Berwawasan Frost & Sullivan 2017 bagi Kiriman Wang Antarabangsa di Sub-Sahara Afrika

TerraPay
2017-05-16 12:37 642

LONDON, 16 Mei 2017 /PRNewswire/ -- TerraPay, rangkaian pemproses pembayaran mudah alih pertama dunia, hari ini mengumumkan ia telah meraih Anugerah Kepimpinan Inovasi Berwawasan Frost & Sullivan bagi perkhidmatan kiriman wang antarabangsa di Sub-Sahara Afrika.

Pasaran kiriman wang agak kurang membangun di Afrika disebabkan oleh bayaran transaksi yang tinggi dan kewujudan penyedia perkhidmatan pemindahan wang utama yang terhad di kawasan pedalaman. Gabungan antara rangkaian pembayaran kiriman wang dengan pengendali wang mudah alih memberikan dua kelebihan iaitu bersifat menyeluruh dan berkesan kos, memperluas aliran kiriman wang melalui saluran-saluran yang dikawal selia.

TerraPay selaku rangkaian pemproses pembayaran mudah alih, menyediakan perkhidmatan pemprosesan, penjelasan dan penyelesaian transaksi global untuk dompet mudah alih. Ia merupakan sebuah syarikat berwawasan yang membangunkan enjin saling boleh kendali yang membolehkan pelanggan menghantar dan menerima transaksi masa sebenar merentasi pelbagai instrumen pembayaran, platform dan juga rantau. Model perniagaan TerraPay merangkumi perkara yang disifatkan oleh Frost & Sullivan sebagai suatu yang memberi nilai untuk semua menerusi reka bentuk platformnya, dan syarikat ini berjaya mewujudkan pasaran sendiri dalam segmen penjelasan dan penyelesaian dalam ekosistem kiriman wang global.

Menurut Ambar Sur, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif TerraPay, "Kejayaan mana-mana platform saling boleh kendali bergantung pada pewujudan kesan rangkaian yang kukuh. Instrumen kewangan menerusi perjanjian tunggal dengan TerraPay boleh memberi akses kepada platform berpusat bagi menerima bayaran daripada hampir sebarang penyedia perkhidmatan pembayaran antarabangsa di dunia. Kami juga telah memperoleh lesen di seluruh Eropah dan Sub-Sahara Afrika. TerraPay saling menghubungkan beberapa negara di seluruh Eropah dengan kesemua dompet mudah alih utama di Tanzania dan Nigeria serta meneruskan usaha peluasan global dengan pesat. Anugerah ini mengukuhkan lagi kepercayaan kami untuk menyediakan kaedah alternatif terhadap ekonomi berasaskan tunai kepada jutaan orang di seluruh dunia."

Semasa mengucapkan tahniah kepada TerraPay atas penerimaan anugerah tersebut, Fadzai Deda, Penganalisis Penyelidikan Amalan Terbaik di Frost & Sullivan, berkata, "TerraPay mengubah model kiriman wang lama dengan menyingkirkan semua tugasan pentadbiran untuk pelanggannya - menawarkan platform yang direka penuh elegan namun ringkas yang bersifat serasi untuk pengguna bagi memberi nilai kepada semua."

Anugerah Kepimpinan Inovasi Berwawasan Frost & Sullivan mengiktiraf syarikat-syarikat atas kebolehan mereka menyediakan produk dan penyelesaian yang amat berdaya saing yang mengubah cara individu dan syarikat menjalankan aktiviti seharian mereka. TerraPay berjaya merangkul anugerah ini berdasarkan prestasi keseluruhannya yang kukuh dalam pasaran kiriman wang antarabangsa berasaskan perkhidmatan mudah alih. Bagi Anugerah Kepimpinan Inovasi Berwawasan, para penganalisis Frost & Sullivan menilai TerraPay secara berasingan menurut dua faktor utama – tumpuan terhadap masa depan dan pelaksanaan amalan terbaik.

Hubungi:
Sundeep Mehta
contactus@terrapay.com

Source: TerraPay
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Internet Technology Multimedia/Online/Internet Awards