omniture

Penyelesaian Wi-Fi Nirgeseran Baharu Daripada Cambium Networks Sediakan Liputan Tertutup dan Luaran Pantas dan Mampu Milik

Cambium Networks
2017-05-16 22:00 757

Produk Wi-Fi 802.11ac Wave 2 baharu dan keupayaan pengurusan canggih sediakan kapasiti tinggi dan pemasangan pantas dalam pakej mampu milik hubungkan orang ramai, tempat dan benda

ROLLING MEADOWS, Illinois, 17 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Cambium Networks, penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian rangkaian tanpa wayar, hari ini mengumumkan Titik Akses (AP) 802.11ac Wave 2 baharu dan komprehensif, ciri-ciri perisian dan keupayaan pengurusan untuk produk Wi-Fi cnPilot™. AP kawasan tertutup dan kawasan luar kini menawarkan akses berkelajuan tinggi, termasuk keupayaan pengawal awan, yang memberi penekanan untuk menjadikannya lebih mudah berbanding sebelum ini kepada perusahaan dan penyedia perkhidmatan bagi memperluas penyelesaian Wi-Fi mereka dengan mudah.

 

"Cambium Networks jelas sekali memahami keperluan perkhidmatan Wi-Fi yang ditawarkan oleh perusahaan dan pengendali rangkaian. cnPilot menawarkan kos peralatan menarik dan penjimatan ketara dari segi kos lesen," kata Daryl Schoolar, Ketua Praktis di Ovum.

"Penyelesaian Wi-Fi tertutup dan luaran cnPilot 802.11ac terbukti di sekolah, hotel, kedai runcit, tempat acara dan rangkaian Wi-Fi awam di seluruh dunia," kata Atul Bhatnagar, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Cambium Networks. "cnPilot menyediakan fungsi sambungan mampu milik yang boleh digunakan dengan pantas bagi menyediakan sambungan tanpa wayar berkelajuan tinggi di mana-mana juga dan menghubungkan dengan yang tidak terhubung bagi kegunaan perusahaan, perindustrian, pendidikan, hospitaliti dan peruncitan. Bagi kegunaan perusahaan dengan 20 AP atau lebih, pengendali dapat melengkapkan sesebuah kemudahan 50% lebih rendah berbanding kebanyakan jenama berkualiti yang lain menerusi penyelesaian cnPilot."

"Titik akses Wi-Fi E400 cnPilot menyediakan keandalan tinggi untuk rantaian runcit bagi menstrim video dan merevolusikan pengalaman membeli belah sambil meningkatkan perolehan," kata Chuck Chin, Ketua Bahagian IT, Impax Media.

"Kami memilih untuk mengesyorkan modul tertutup Wi-Fi perusahaan E400 cnPilot dan modul luaran Wi-Fi perusahaan E500, dengan rangkaian pengagihan ePMP™, dikendalikan oleh sistem pengurusan cnMaestro™," kata Bruce McGregor, Pengurus Besar, Southern Rework, penyepadu sistem utama di Australia. "Pakej teknologi ini terbukti andal dan berkesan kos, dan kini digunakan oleh pelanggan perniagaan dan perindustrian di lebih 50 laman web di Kawasan Pinggir Laut Timur Australia."

Perkakasan:

  • E410 – titik akses dwijalur 2x2 802.11ac Wave 2 perusahaan tertutup
  • E600 – titik akses dwijalur 4x4 802.11ac Wave 2 perusahaan tertutup, dengan Bluetooth, USB dan dua port Eternet Gigabit 
  • E501S – Wi-Fi perusahaan 802.11ac IP67 luaran dengan antena sektor terbina dalam
  • R190 – penghala jalur tunggal dalam rumah dan perniagaan kecil-kecilan 802.11n untuk Wi-Fi rumah diurus ISP

Perisian:

  • Penyedia Perkhidmatan Terurus (MSP) cnMaestro – memudahkan proses konfigurasi, penaiktarafan dan pemantauan untuk memperluas perniagaan perkhidmatan terurus perusahaan untuk MSP yang membolehkan operasi nirgeseran
  • autoPilot – membolehkan AP berfungsi sebagai pengawal untuk rangkaian Wi-Fi cnPilot sehingga 32 AP; seni bina adaptif membolehkan pemindahan lancar kepada pengawal awan atau pengawal setempat ketika dan apabila diperlukan

Wi-Fi Nirgeseran
Perusahaan dan penyedia perkhidmatan kini mempunyai papan pemuka melalui ciri penyedia perkhidmatan terurus Cambium bagi menilai rangkaian Wi-Fi mereka dan dapat mengurus privasi data, penjenamaan dan akses mengikut peranan terhadap maklumat rangkaian. Sistem pengurusan cnMaestro juga mempunyai API untuk mengurus acara, penggera dan laporan berformat serta menyepadukan sistem CRM.

Seni Bina Adaptif
Seni bina adaptif unik daripada Cambium memberikan tiga cara fleksibel untuk menggunakan rangkaian diurus pengawal:

  1. Pengawal awan
  2. Pengawal setempat
  3. Pilihan pengurusan autonomi autoPilot baharu

"autoPilot menjadikan penggunaan pengawal yang mudah dan mampu milik," kata Vibhu Vivek, Naib Presiden Kanan, Produk, Cambium Networks. "Dengan autoPilot, AP Wi-Fi ialah pengawalnya, menyokong 32 AP atau 1,000 pelanggan. Penyelesaian ini tidak mempunyai lesen atau bayaran berulang dan dalam masa yang sama terus menawarkan perlindungan pelaburan untuk pentadbir rangkaian Wi-Fi, dengan pilihan untuk berpindah kepada penyelesaian pengawal awan atau pengawal setempat apabila diperlukan."

Penyelesaian Terbukti
Teknologi Wi-Fi cnPilot menyediakan fungsi sambungan untuk acara InfoGamer Reboot di Eropah awal tahun ini. "Para tetamu kami berharap agar dapat terhubung sepanjang waktu," kata Damir Durovic, Ketua Pegawai Eksekutif Reboot. "Cambium Networks mengetahui bagaimana rangkaian perlu dibangunkan, dan mereka memberikan sokongan daripada individu berpengetahuan dan berpengalaman. Pemasangan adalah mudah dan pantas, dan kami berjaya menggunakan pelbagai frekuensi. Pembiasaan adalah mudah, dan pengunjung kami boleh menekan, menyertai dan menggunakan sisem tersebut."

Hotel-hotel dapat memperlihatkan perbezaan dengan menawarkan Wi-Fi terunggul dengan cnPilot. "Kini, kami mempunyai berbilang titik akses tertutup E400 cnPilot yang menyediakan perkhidmatan Wi-Fi dalam bilik," kata Jose Barrios, Pengurus, Hotel Aquarios di Baja, Mexico. "Titik akses luaran E500 menyediakan perkhidmatan Wi-Fi di kawasan kolam dan tempat letak kenderaan peribadi. Cambium Networks menyediakan penyelesaian yang begitu sempurna."

Easyweb Digital menghubungkan bandar-bandar terpencil di Australia menggunakan penyelesaian Wi-Fi cnPilot. "Dana untuk projek ketersambungan penting ini adalah terhad," kata Daniel Sacchero, Pengurus Perniagaan, Easyweb Digital. "Kami memerlukan penyelesaian fungsi ketersambungan yang berkesan kos dan rendah penyelenggaraan yang dapat bertahan terhadap keadaan persekitaran di kawasan pedalaman Australia. Kami memperoleh kemudahan tersebut dengan Cambium Networks, dan ganjarannya ialah set ciri beraneka yang tidak kami jangkakan daripada platform dengan harga kompetitif ini."

Sesi Penstriman Secara Langsung
Cambium Networks mengehoskan sesi penstriman secara langsung "Wi-Fi Nirgeseran" secara percuma pada 16 Mei jam 10 pagi CDT dan juga pada jam 8 malam CDT. Layari http://www.cambiumnetworks.com/cnpilot_may2017/ untuk mendaftar bagi menyertai sesi tersebut.

Latar Belakang Cambium Networks
Cambium Networks ialah penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian tanpa wayar dipercayai yang menghubungkan dengan mereka yang tidak terhubungOrang Ramai, Tempat dan Benda. Melalui portfolionya yang luas yang terdiri daripada platform jalur sempit dan jalur lebar yang andal, boleh diskala dan selamat, Cambium Networks membolehkan semua penyedia perkhidmatan dan pengendali rangkaian perindustrian, perusahaan dan kerajaan membangunkan fungsi ketersambungan yang mampu milik, andal dan tinggi prestasi. Kini, syarikat mempunyai lebih enam lima juta radio digunakan dalam beribu-ribu rangkaian yang mencabar di lebih 150 negara. Beribu pejabat di luar Chicago dan menerusi pusat-pusat penyelidikan & pembangunan (R&D) di A.S, U.K. dan, India, Cambium Networks menjual melalui pelbagai pengedar global yang dipercayai.

Untuk maklumat lanjut, layari www.cambiumnetworks.com.

Hubungi:
Sara Black
+1-213-618-1501
sara@bospar.com

Video - http://origin-qps.onstreammedia.com/origin/multivu_archive/PRNA/ENR/InfoGamer%20Cambium%20Feb%202017.mp4

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140613/117974

 

Source: Cambium Networks
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet Computer Accessories Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Wireless Communications Broadcast feed announcements Corporate Expansion New products/services