omniture

Thuraya Lancar Satelit & Hotspot LTE Dwimod

Thuraya Satellite Telecommunications Company
2017-05-17 05:29 621

DUBAI, UAE, 17 Mei 2017 /PRNewswire/ --

"Thuraya WE" – Menghubungkan Setiap Orang Di Mana-mana Jua 

Thuraya Telecommunications Company hari ini mengumumkan pelancaran satelit Thuraya WE dan Hotspot Wi-Fi mudah alih LTE bagi memenuhi kehendak dunia yang semakin meningkat terhadap sambungan data tanpa wayar. Dibangunkan dengan kerjasama Beam Communications, Thuraya WE merapatkan jurang yang wujud antara perkhidmatan satelit dan jalur lebar GSM. Ia merupakan Hotspot dwimod pertama dunia yang memastikan pengguna kekal terhubung bersama keluarga dan rakan-rakan, tanpa mengira di mana mereka berada.

generated by system

Terminal ini memudahkan perayauan lancar untuk pengguna, daripada perkhidmatan satelit kepada LTE daratan atau sebaliknya, sama ada melalui kad SIM Thuraya atau kad SIM GSM standard daripada mana-mana 395 rakan perayauan GSM dunia Thuraya, yang membolehkan pengguna memanfaatkan pilihan paling sesuai yang sedia ada.

Dengan berat hanya satu kilogram, Thuraya WE adalah kompak, ringan dan mudah dibawa, selain menawarkan sambungan suara dan data di mana-mana jua. Ia mengubah sebarang kawasan menjadi Hotspot Wi-Fi, memberikan sambungan sehingga 10 peranti pintar dalam lingkungan 100 kaki atau lebih.

"Thuraya WE mengukuhkan komitmen kami ke arah penawaran produk inovatif. Ia merupakan peranti Hotspot Wi-Fi LTE pertama seumpamanya yang menawarkan penumpuan sempurna antara perkhidmatan GSM dan jalur lebar satelit. Dibangunkan agar mudah digunakan, Thuraya WE memenuhi keperluan pengguna dalam pelbagai sektor yang membolehkan mereka menikmati akses tanpa gangguan terhadap perkhidmatan suara dan data melalui rangkaian Thuraya ketika berada di luar liputan daratan," nyata Ahmed Al Shamsi, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Thuraya.

Thuraya WE didatangkan dengan antara muka mesra pengguna yang boleh diakses sama ada melalui laman web atau aplikasi mudah alih yang serasi dengan peranti iOS dan Android. Antara muka yang ringkas dan mudah digunakan ini membolehkan pengguna mengakses tetapan peranti dengan mudah, memilih dan menukar antara rangkaian, mengesan satelit dan melihat kekuatan isyarat, status sambungan, status bateri, pemberitahuan sistem serta laporan penggunaan data.

Michael Capocchi, Pengarah Urusan Beam Communications berkata: "Kami berbangga kerana dapat mencipta dan mengeluarkan produk ini untuk Thuraya. WE ialah produk rintis, menyediakan satu-satunya Hotspot dalam pasaran yang menawarkan keupayaan dwimod satelit dan LTE. Ia mengubah mana-mana telefon pintar atau tablet menjadi peranti satelit mudah alih yang membolehkan pengguna mengakses internet satelit pada kelajuan sehingga 384kbps dan memastikan mereka kekal terhubung walaupun sewaktu perkhidmatan GSM mereka tiada."

Source: Thuraya Satellite Telecommunications Company
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services New products/services