LOS ANGELES dan LONDON, 17 Mei 2017 /PRNewswire/ -- GroupM, syarikat pelaburan media terkemuka di dunia, hari ini mengumumkan pelancaran Motion Content Group (Motion), sebuah syarikat pengurusan pelaburan dan hak global baharu, bagi memenuhi kehendak pasaran yang semakin meningkat terhadap model ekonomi baharu untuk kandungan premium merentasi pasaran hiburan dan media.
Motion akan melabur dan bekerjasama dengan bakat, pengeluar, pengedar terkemuka dunia bagi membiayai, membangunkan, mengeluarkan dan mengedarkan kandungan premium. Ia akan turut mengukuhkan dan mempelbagaikan pelaburan kandungan serta operasi terkini GroupM, selain memanfaatkan jaringan hubungan seluruh dunia GroupM & WPP serta kepakaran kandungan demi skala dan kelebihan kompetitif.
Motion turut menyokong fokus strategik WPP yang berterusan dan pelaburan terhadap kandungan, yang menyaksikan pelaburan strategik yang ketara dalam syarikat-syarikat seperti Imagine Entertainment (24, EMPIRE), The Weinstein Company (DJANGO UNCHAINED, THE KING'S SPEECH), Media Rights Capital (HOUSE OF CARDS, 22 JUMP STREET), MediaPro (MIDNIGHT IN PARIS) dan All Def Digital, usaha niaga digital Russell Simmons.
Richard Foster, kini merupakan ketua GroupM Entertainment, dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Motion Content Group, yang akan beribu pejabat di London dan Los Angeles. Motion menggabungkan pasukan dan sumber GroupM Entertainment, serta senarai calon program penuh yang diusahakan bersama bagi tujuan pembangunan dan pengeluaran.
Kandungan memenangi anugerah yang dibiayai oleh GroupM Entertainment diedarkan ke dalam pasaran-pasaran seluruh dunia melalui perkongsian dengan lebih 100 pengeluar utama dan lebih 20 syarikat pengedaran utama di dunia. Motion melabur dana miliknya sendiri dalam perjanjian dan perkongsian kandungan, memberikan tawaran berasingan sebagai pelengkap kepada sejumlah besar hasil kandungan berjenama yang dilaksanakan oleh agensi-agensi GroupM bagi pihak pelanggannya.
Capaian, pelaburan dan perkongsian global Motion akan membantu menyokong matlamat editorial dan keperluan komersial pengeluar, rangkaian dan platform bagi membantu memacu persekitaran yang selamat dan berkualiti tinggi secara kontekstual untuk pihak pengiklan.
"Dengan syarikat-syarikat kandungan baharu seperti Netflix dan Amazon yang berkembang pesat, persaingan terhadap kandungan premium adalah sengit di seluruh dunia. WPP melabur dalam Motion Content Group bagi mengukuhkan penciptaan kandungan kami dan keupayaan pengedaran, demi membantu memenuhi keperluan penonton yang berubah, dan untuk membantu pengiklan untuk terus mendekati pengguna dalam persekitaran kandungan berkualiti tinggi," kata Sir Martin Sorrell, Ketua Pegawai Eksekutif, WPP.
Kelly Clark, Ketua Pegawai Eksekutif GroupM, berkata, "Kami sentiasa memanfaatkan skala dan capaian global kami bagi mendapatkan pendekatan inovatif yang dapat mengukuhkan ekosistem media untuk pengiklan dan rakan media. Motion ialah komitmen utama oleh GroupM bagi memperluas usaha ini."
Richard Foster, Ketua Pegawai Eksekutif, Motion Content Group berkata, "Objektif kami adalah untuk membantu mewujudkan dan menyokong kandungan premium yang menarik secara editorial dan komersial demi manfaat rakan kongsi dan pengiklan kandungan kami. Kami akan dapat mencapai objektif ini dengan terus melabur dalam industri kandungan dan menerajui pembangunan model baharu, struktur kandungan komersial dan perkongsian dengan rangkaian media, platform, bakat, pengeluar dan pengedar."
Latar Belakang Motion Content Group:
Motion Content Group ialah syarikat pengurusan pelaburan dan hak global yang memenuhi kehendak pasaran terhadap model ekonomi baharu untuk kandungan premium dalam pasaran hiburan dan media. Ini dapat dicapai melalui pelaburan dan jalinan kerjasama dengan bakat, pengeluar dan pengedar yang terkemuka di dunia untuk membiayai, membangunkan, mengeluarkan dan mengedarkan kandungan premium demi membantu memacu dan menyokong rangkaian & platform kandungan premium yang menarik secara editorial dan komersial demi manfaat global rakan kongsi dan pengiklan kandungan kami.
Beribu pejabat di London dan Los Angeles, kini syarikat beroperasi di 26 negara seluruh dunia dengan pelbagai program Motion yang memenangi anugerah diedarkan di seluruh dunia.
Motion Content Group adalah sebahagian daripada GroupM, operasi pengurusan pelaburan media khidmat penuh yang terkemuka di dunia, sebuah syarikat WPP.
Latar Belakang GroupM
GroupM ialah sebuah syarikat pengurusan pelaburan media global utama yang menyediakan perkhidmatan selaku induk kepada agensi media WPP termasuk Mindshare, MEC, MediaCom, Maxus, Essence dan m/SIX, selain platform media digital berprogram, Xaxis, yang mana setiap operasi globalnya memiliki hak masing-masing serta kedudukan utama dalam pasaran. Matlamat utama GroupM adalah untuk memaksimumkan prestasi agensi media WPP melalui peranan sebagai peneraju dan rakan usaha sama dalam perdagangan, penciptaan kandungan, sukan, digital, kewangan dan pembangunan instrumen proprietari. Fokus GroupM adalah untuk memberikan kelebihan pasaran yang tiada tandingan buat para pelanggan, pihak berkepentingan dan juga orang ramai, serta turut bekerjasama dengan lebih erat bagi manfaat pelanggan bersama syarikat pengurusan pelaburan data WPP, Kantar. GroupM dan Kantar bersama-sama menyumbang kepada hasil kumpulan WPP sebanyak lebih 50% yang bernilai lebih $20 bilion.
Ketahui lebih lanjut tentang GroupM melalui www.groupm.com.
Ikuti @GroupMWorldwide melalui Twitter
Ikuti GroupM melalui LinkedIn - https://www.linkedin.com/company/groupm
Maklumat Perhubungan Media:
David.Grabert@GroupM.com
+1 212.297.8092 (A.S.)
Samantha.Kops@GroupM.com
+1 917.421.3019 (A.S.)
Logo - http://mma.prnewswire.com/media/283547/groupm_Logo.jpg
Foto - http://mma.prnewswire.com/media/511897/Motion_Content_Group_Logo.jpg
Foto - http://mma.prnewswire.com/media/511898/GroupM_Richard_Foster.jpg