omniture

Elemen Penting Wawasan 2030 Direalisasi Dengan Pelancaran Syarikat Pertahanan Negara Arab Saudi Baharu

Saudi Arabian Military Industries (SAMI)
2017-05-19 00:02 777

RIYADH, Arab Saudi, 19 Mei 2017 /PRNewswire/ --

  • Arab Saudi umumkan penubuhan syarikat industri ketenteraan negara baharu. Dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan, syarikat baharu ini membentuk bahagian penting Wawasan 2030. 
  • Pada peringkat awal, syarikat akan mengeluarkan produk dan menyediakan perkhidmatan untuk empat unit perniagaan: Sistem Udara; Sistem Darat; Senjata & Peluru Berpandu (termasuk peluru); dan Barangan Elektronik Pertahanan.
  • Syarikat akan menubuhkan syarikat-syarikat melalui usaha sama dengan pengeluar peralatan asli (OEM) global, selain bekerjasama dengan syarikat ketenteraan tempatan.  

Public Investment Fund ("PIF") Arab Saudi hari ini mengumumkan penubuhan syarikat industri ketenteraan negara baharu.

Saudi Arabian Military Industries (SAMI) akan mengeluarkan produk dan menyediakan perkhidmatan untuk empat unit perniagaan: Sistem Udara yang melibatkan penyelenggaraan dan pembaikan pesawat bersayap tetap selain pengeluaran dan pembaikan kenderaan udara tanpa pemandu; Sistem Darat, termasuk penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan tentera; Senjata & Peluru Berpandu - termasuk peluru -; dan Barangan Elektronik Pertahanan yang melibatkan radar dan sensor serta sistem komunikasi dan juga peralatan peperangan elektronik.

Dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan, SAMI menyasarkan untuk menjadi salah satu daripada 25 syarikat pertahanan terbaik dunia menjelang tahun 2030. Ia akan memberi sumbangan langsung sekitar SAR 14 bilion untuk KDNK Kerajaan Arab Saudi pada tahun 2030, melabur lebih SAR 6 bilion dalam penyelidikan dan pembangunan menjelang tahun 2030, dan mencipta lebih 40,000 pekerjaan, yang kebanyakannya dalam bidang kejuruteraan dan teknikal. Melalui jalinan kerjasama dengan universiti-universiti, SAMI akan menyediakan para pelajar dengan latihan perantisan dan kerjaya melibatkan teknologi canggih yang sebelum ini tidak tersedia dalam Kerajaan Arab Saudi.

Sejajar dengan Wawasan 2030, SAMI akan menyumbang terhadap usaha mempelbagaikan ekonomi Arab Saudi untuk abad ke-21 dengan mengurangkan kebergantungan terhadap minyak, di samping melindungi dan mengukuhkan tahap keselamatan negara.

YAM Putera Mohammad bin Salman bin Abdulaziz Al Saud, Timbalan Putera Mahkota, Menteri Pertahanan dan Pengerusi Public Investment Fund berkata: "Walaupun Kerajaan Arab Saudi ialah salah satu daripada lima negara paling banyak berbelanja di dunia terhadap keselamatan dan pertahanan secara keseluruhannya, hanya sekitar dua peratus perolehan ketenteraan kami adalah dari dalam negara."

Yang Amat Mulia menegaskan SAMI akan menjadi penyumbang utama dalam mencapai matlamat yang ditetapkan dalam Wawasan 2030, yang menyatakan bahawa lima puluh peratus daripada perbelanjaan perolehan ketenteraan Arab Saudi dari dalam negara.

Empat unit perniagaan SAMI menjadi pelengkap sempurna peralatan ketenteraan masa depan Kerajaan Arab Saudi dan dibangunkan daripada keupayaan tempatan sedia ada. SAMI akan menubuhkan syarikat-syarikat melalui usaha sama dengan para pengeluar peralatan asli (OEM) global, selain bekerjasama dengan syarikat-syarikat ketenteraan tempatan. SAMI akan menimbangkan untuk mewujudkan unit-unit perniagaan baharu, bagi memastikan syarikat kekal seiring dengan perkembangan terkini dalam sektor industri ketenteraan.

Source: Saudi Arabian Military Industries (SAMI)
Keywords: Aerospace/Defense