Kelas Pertama Bermula pada Ogos 2017
NEW YORK, 19 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Pada Ogos 2017, Fashion Institute of Technology (FIT) bakal menjadi institusi kedua State University of New York (SUNY) yang menawarkan program ijazah di SUNY Korea di Songdo. SUNY ialah universiti Amerika pertama di Korea dan juga merupakan kampus global pertama SUNY di luar Amerika Syarikat.
Program-program FIT yang ditawarkan di Korea ialah Rekaan Fesyen dan Pengurusan Perniagaan Fesyen―dua kurikulum terkenal kolej ini ―membawa kepada penganugerahan ijazah Bersekutu dalam Sains Gunaan (AAS). Program-progam ini memperlihatkan komitmen bersejarah kolej dalam usaha menyediakan siswazah yang bersedia untuk industri fesyen dan perniagaan-perniagaan berkaitan. Rekaan Fesyen ialah salah satu program terawal yang pernah ditawarkan oleh kolej ini; program Pengurusan Perniagaan Fesyen pula merupakan program paling lama dan terbesar seumpamanya di Amerika Syarikat, menyediakan pelajar dengan kurikulum perniagaan yang komprehensif yang menumpu pada industri fesyen.
Lokasi FIT di Korea menjadikannya lokasi ketiga kolej ini di luar negara, selain Milan dan Florence, yang memperluas capaian global institusi ini.
Tarikh tutup permohonan ialah 30 Jun dan selepas itu, kemasukan adalah secara berkala. Pelajar-pelajar yang diterima akan mendapat ijazah AAS mereka di FIT di SUNY Korea dan kemudian boleh memohon program ijazah sarjana muda di New York atau Milan bagi bidang Rekaan Fesyen.
"FIT berbesar hati kerana berpeluang menawarkan pelajar dari seluruh Asia―termasuk Jepun, China, India, Thailand dan Vietnam―peluang mendapatkan pendidikan FIT di Korea," kata Dr. Joyce F. Brown, presiden FIT. "Para pelajar akan berpeluang mendapat manfaat daripada tawaran FIT, lengkap dengan kurikulum dan fakulti, di Kampus Global Incheon yang bertenaga dan inovatif. Semua pendidikan tinggi beroperasi di seluruh dunia hari ini, dan ia merupakan antara matlamat FIT untuk mendidik pelajar agar mahir dalam persekitaran global ini."
Kelas bermula pada 25 Ogos 2017 di Kampus Global Incheon di Songdo, satu-satunya "bandar pintar" Korea, yang menjadi hab ekonomi Timur Laut Asia. Kampus ini mempunyai kemudahan canggih, bilik darjah, perpustakaan, makmal penyelidikan, pusat sukan, auditorium, pusat aktiviti pelbagai budaya, dewan makan, asrama dan rumah tetamu, antara kemudahan lain. Kampus Global Incheon ialah satu projek kebangsaan yang dijalankan oleh kerajaan Korea dan Bandar Metropolitan Incheon. SUNY Korea ialah kampus pertama ditempatkan di lokasi tersebut.
SUNY Korea ditubuhkan pada tahun 2012 sebagai universiti Amerika pertama di Korea melalui gabungan usaha dan pelaburan kerajaan Korea Selatan dan A.S. serta SUNY di Stony Brook University.
Latar Belakang SUNY
State University of New York ialah sistem universiti komprehensif yang terbesar di Amerika Syarikat. Impaknya terhadap Negeri New York dan seluruh dunia bermula dengan 64 institusi, termasuk universiti penyelidikan, pusat perubatan akademik, kolej seni liberal, kolej komuniti, kolej teknologi dan rangkaian pembelajaran dalam talian. SUNY menyediakan perkhidmatan untuk hampir 1.3 juta pelajar, termasuk hampir 600,000 kursus dan program yang diberikan kredit, selain lebih 700,000 melalui pendidikan berterusan dan program khidmat masyarakat. Alumni SUNY seramai hampir 3 juta orang berada di seluruh dunia, setiap seorang memberi impak mereka yang tersendiri.
Latar Belakang FIT
Fashion Institute of Technology, sebahagian daripada State University of New York, telah menjadi peneraju dalam pendidikan kerjaya dalam bidang seni, rekaan, perniagaan dan teknologi selama lebih 70 tahun. Dengan kurikulum yang menyediakan gabungan tunggal antara latihan amali, pengalaman praktikal, pembelajaran dalam bilik darjah dan asas kukuh dalam bidang seni liberal, FIT menawarkan pelbagai program hebat dengan kos berpatutan dan relevan dengan industri-industri masa kini yang pantas berubah. Diiktiraf di peringkat antarabangsa, FIT memanfaatkan lokasinya di Bandar Raya New York untuk menyediakan komuniti yang bertenaga dan kreatif untuk belajar. Kolej turut menawarkan hampir 50 kursus utama dan menganugerahkan ijazah AAS, BFA, BS, MA, MFA dan MPS, selain mempersiapkan pelajar untuk mencapai kejayaan dan kepimpinan profesional dalam pasaran global. Antara alumni terkenal dalam bidang fesyen termasuk Calvin Klein, Michael Kors, Amsale Aberra, Reem Acra, Brian Atwood, Dennis Basso, Francisco Costa, Norma Kamali, Nanette Lepore, Bibhu Mohapatra, Ralph Rucci, John Bartlett dan Michelle Smith. Siswazah lain yang ternama termasuk Leslie Blodgett, pencipta bareMinerals; pereka restoran antarabangsa Tony Chi; Nina Garcia, pengarah kreatif, Marie Claire; Essie Weingarten, pengasas Essie Cosmetics; dan Joe Zee, pegawai kreatif eksekutif, Yahoo Style.
Cheri Fein
Pengarah Eksekutif Bahagian Perhubungan Awam dan Media
+1 212 217.4700; press@fitnyc.edu