Kajin baharu beri gambaran tentang pembangunan produk dan potensi tawaran di rantau ini
SINGAPURA, 19 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Milliman, Inc., firma perunding dan aktuari terunggul bertaraf global, hari ini menyiarkan kajian komprehensif baharu yang menganalisis keadaan semasa dan masa depan mengenai pasaran pendapatan persaraan di rantau Asia Pasifik. Laporan ini dibuat berdasarkan satu kaji selidik yang dijalankan terhadap lebih 100 syarikat insurans dan institusi kewangan di lapan negara. Keputusannya, berserta kajian kes dan analisis mendalam, memberikan gambaran tentang faktor-faktor ekonomi dan kawal selia yang paling memberi kesan terhadap pasaran pendapatan persaraan Asia, termasuk kehendak pengguna, pembangunan produk, serta peluang pertumbuhan dalam industri.
"Di seluruh Asia Pasifik, terdapat potensi untuk pengusaha pasaran swasta melengkapi serta merapatkan jurang yang wujud dalam sistem persaraan tajaan kerajaan dan skim pencen tajaan majikan," kata Richard Holloway, pengarah perundingan kehidupan Asia Tenggara dan India, Milliman. "Menerusi laporan ini, kami mampu mendapatkan gambaran penting tentang peluang-peluang yang mungkin wujud, mengikut negara, selain menawarkan perspektif tentang cara-cara menerokai manfaat daripada peluang tersebut."
"Kemajuan teknologi kini membolehkan institusi-institusi kewangan membantu pengguna dengan strategi pelaburan dan penyelesaian produk yang tersuai demi mencapai matlamat persaraan mereka. Pembangunan nasihat-robot mula mendapat perhatian dalam industri persaraan di Australia, dan kami menjangkakan situasi yang sama bakal berlaku di Asia pada masa terdekat," kata Wade Matterson yang mengetuai Milliman Australia.
Dapatan penting daripada laporan ini termasuk:
Pihak-pihak yang berminat boleh mendapatkan salinan kajian Milliman di http://www.milliman.com/asia-retirement-income-report/ atau hubungi:
Latar Belakang Milliman
Milliman ialah antara firma terbesar dunia bagi produk dan perkhidmatan aktuari serta yang berkaitan dengannya. Firma ini menjalankan amalan perundingan dalam segmen penjagaan kesihatan, insurans harta & kemalangan, insurans hayat dan perkhidmatan kewangan serta faedah pekerja. Ditubuhkan pada tahun 1947, Milliman ialah sebuah firma bebas yang mempunyai pejabat di bandar-bandar utama seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari milliman.com