omniture

XCMG Machineries Bantu Rakyat Filipina and Negara-Negara Inisiatif Jalur dan Jalan

XCMG
2017-05-19 21:46 661

CARAGA, Filipina, 19 Mei, 2017 /PRNewswire/ -- Bertekad untuk memberikan masa depan yang lebih baik kepada negara-negara dalam Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) melalui penyertaan aktif dalam projek-projek infrastruktur utama, pam dan pengadun konkrit XCMG baru-baru ini telah digunakan dalam projek laluan jambatan di Caraga, Filipina yang akan memberi manfaat kepada kehidupan penduduk tempatan, serta ekonomi serantau.

"Sama seperti projek jambatan di Filipina ini, peralatan XCMG memainkan peranan aktif dan penting dalam pelbagai projek infrastruktur di negara-negara BRI di serata Asia dan Afrika yang merangkumi pelabuhan, jeti, landasan keretapi, lebuh raya, taman perindustrian dan kemudahan infrastruktur awam," kata Wang Min, Pengerusi XCMG.

XCMG telah menyertai beberapa siri projek infrastruktur semenjak BRI dilancarkan pada tahun 2013. Dengan berbekalkan 30 tahun pengalaman, projek-projek infrastruktur XCMG sedang membantu negara-negara di timur laut Afrika untuk memajukan proses perindustrian dan membina "impian Afrika".

Di Kenya, pemuat ZL50G dan kren trak QY50K XCMG telah membantu membina landasan keretapi Mombasa-Nairobi dan Nairobi-Malabar yang mencabar. Kren trak QY25K-II kini sedang bekerja di projek pembesaran terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Bole di Ethiopia dan penggali XE215C telah bekerja selama 6,000 jam di Lombong Emas Hassai di Sahara.

"XCMG mengambil masa selama tiga tahun untuk merancang, membangun dan melaksanakan projek-projek kami sebagai sebahagian daripada BRI, dan sebagai peneraju industri yang benar-benar percaya kepada motonya "Canggih dan Berkekalan", XCMG bangga menjadi sebahagian daripada BRI yang bukan sekadar membina jalan-jalan dan jambatan, malah menambah baik kehidupan," kata Wang.

Latar Belakang XCMG:

XCMG adalah sebuah syarikat pengilang jentera berat multinasional yang mempunyai sejarah selama 74 tahun. Ia kini berada di kedudukan kesembilan dalam industri jentera pembinaan dunia. Syarikat mengeksport ke lebih daripada 177 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.xcmg.com, atau halaman XCMG di  Facebook, Twitter, YouTube, LinkedIn dan Instagram.

Source: XCMG
Related Links:
Keywords: Auto Machine Tools, Metalworking and metallurgy Transportation