omniture

Huawei Anjur Sidang Kemuncak Kuasa Kelima Bersama Rakan-rakan Perniagaan di AUW

Pamerkan Penyelesaian ICT Sehenti dan Kongsi Amalan Antarabangsa Terbaik dalam Pembangunan Grid Pintar
Huawei
2017-05-22 12:51 542

CAPE TOWN, Afrika Selatan, 22 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Sebagai sebuah pameran kuasa elektrik terbesar di Afrika, Minggu Utiliti Afrika (AUW) 2017 diadakan di Cape Town, Afrika Selatan dari 16 hingga 18 Mei. Semasa pameran, Huawei bersama-sama menganjurkan Sidang Kemuncak Kuasa Kelima yang bertemakan "Menerajui ICT Baharu, Laluan ke Grid Pintar". Lebih daripada 260 pegawai kerajaan, eksekutif dan pakar dari industri kuasa elektrik turut hadir.

Huawei Pamerkan Penyelesaian ICT Grid Pintar Serenti
Huawei Pamerkan Penyelesaian ICT Grid Pintar Serenti

Huawei bekerjasama dengan rakan-rakan perniagaan menyediakan platform dan ekosistem bagi membina penyelesaian ICT Grid Pintar sehenti

Huawei, bersama rakan-rakan kongsi perniagaan mempamerkan penyelesaian perkhidmatan pintar yang merangkumi penjanaan kuasa, transmisi, transformasi, pengedaran dan penggunaan.

"Penggunaan Grid Pintar mula terserlah. Memanfaatkan ICT terkemuka Huawei, kami telah membangunkan penyelesaian utama bersama rakan-rakan kongsi kami. Aplikasi IoT dan pengkomputeran awan akan membantu syarikat-syarikat kuasa meningkatkan kecekapan operasi dan mempercepatkan inovasi," komen Jerry Ji, Presiden Sektor Tenaga, Huawei Enterprise Business Group. "Sejajar dengan strategi 'platform + ekosistem' Huawei, kami sedang bekerjasama dengan rakan-rakan strategik seperti State Grid Information and Telecommunication Technology Company of China, SAP, Accenture, T-System dan Tech Mahindra, untuk membina sebuah ekosistem yang terbuka dan bermanfaat untuk industri kuasa elektrik. Huawei telah membantu lebih daripada 170 pelanggan kuasa elektrik menambahbaik kecekapan pengurusan tenaga mereka dan memastikan operasi grid yang selamat dan andal, untuk menerangi dan memperkayakan masyarakat moden, dan untuk mempromosi penggunaan sumber-sumber tenaga boleh diperbaharui." 

Inovasi Gabungan Grid Pintar Berdasarkan OpenLab

Di Sidang Kemuncak ini, Eskom telah mengumumkan bahawa ia akan turut serta dalam OpenLab Huawei yang terletak di Johannesburg. Huawei dan Eskom juga mengumumkan Pusat Inovasi Gabungan di OpenLab untuk bersama-sama membangunkan inovasi grid pintar.

Sean Maritz, Ketua Pegawai Maklumat Eskom, berkata: "Matlamat 2030 Eskom adalah untuk menggunakan Grid Pintar dan teknologi-teknologi digital untuk mencapai kecekapan operasi, dan amalan andal dan selamat untuk membekalkan tenaga elektrik. Huawei merupakan pengusaha penting dalam bidang Grid Pintar dan kami percaya bahawa kolaborasi kami akan mengembangkan inovasi untuk menangani cabaran-cabaran tenaga di masa akan datang."

Perkhidmatan mudah, terjamin dan menjimatkan disediakan melalui awan industri kuasa elektrik

Untuk membantu syarikat-syarikat kuasa elektrik di Afrika Selatan mempercepatkan transformasi digital mereka, Huawei dan T-Systems South Africa telah melancarkan penyelesaian Awan Industri Kuasa Elektrik untuk menawarkan perkhidmatan awan berdasarkan permintaan di Sidang Kemuncak. Sebagai kesinambungan kepada Open Telekom Cloud, penyelesaian ini menyediakan aplikasi industri guna-dan-bayar untuk mengurangkan gerbang pelaksanaan perkhidmatan digital perusahaan dengan ketara.

Jiten Lala, dari T-Systems, berkata: "T-Systems memberi tumpuan kepada penyediaan perkhidmatan-perkhidmatan awan yang mudah, terjamin dan mampu milik untuk membantu pelanggan berubah dan berjaya. Penyelesaian gabungan Awan Industri Kuasa Elektrik akan membawa pengalaman inovasi baharu kepada pasaran kuasa elektrik tempatan dan membantu pelanggan menyelesaikan cabaran-cabaran yang dihadapi semasa pelaksanaan perkhidmatan digital baharu, seperti kekurangan pelaburan, kemahiran dan infrastruktur ICT. Selain itu, penyelesaian ini akan membebaskan pelanggan daripada kebimbangan tentang kes-kes perniagaan dan membolehkan pelanggan menggunakan perkhidmatan digital yang mampu milik."

Pelbagai amalan global

Dilaksanakan dalam syarikat-syarikat pengedar kuasa di Nigeria dengan jayanya, penyelesaian Pembaca Meter Pintar Huawei menyediakan sokongan teknikal yang andal untuk penjimatan tenaga dan pengurusan yang moden. "Kami bukan hanya meningkatkan kecekapan operasi dan pengurusan kami malah mempromosi keseluruhan pembangunan pintar industri kuasa elektrik Nigeria dan meningkatkan kecekapan antarabangsa kami," kata Anthony Yoedeowei, Ketua Pegawai Eksekutif IKEJA Electric, syarikat pengagihan kuasa terbesar di Nigeria.

Foto – https://photos.prnasia.com/prnh/20170518/1855360-1

Source: Huawei
Keywords: Alternative Energies Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Electrical Utilities Environmental Products & Services Internet Technology Oil/Energy Telecommunications Telecommunications Equipment Utilities Trade show news