omniture

Piala Juara STIHL TIMBERSPORTS(R) di Hamburg: Brad De Losa dari Australia Juarai Pertandingan Sukan Pembalak Paling Mencabar di Dunia

STIHL TIMBERSPORTS Series
2017-05-22 21:01 461

HAMBURG, Jerman, 22 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Brad De Losa dari Australia meraih Piala Juala STIHL TIMBERSPORTS® di Hamburg pada malam Sabtu. Setelah berjaya merangkul piala pada tahun 2014 dan 2015, peserta dari Australia ini mencipta kejayaan sebanyak tiga kali dalam Champions Rings di hadapan lebih 1,200 penonton yang memenuhi semua tempat duduk di Cruise Center Altona, Hamburg. Stirling Hart dari Kanada terpaksa berpuas hati di tempat kedua dalam pertandingan peringkat akhir yang mendebarkan menentang De Losa. Martin Komárek dari Republik Czech ialah peserta terbaik Eropah dan mendapat tempat ketiga. Kedudukan selebihnya diambil oleh atlet-atlet bertaraf dunia dari New Zealand, Amerika Syarikat, Switzerland, Jerman dan juga Perancis. 

generated by system

generated by system

generated by system

generated by system

Di hadapan khalayak yang bersemangat di Cruise Center Altona, Hamburg, Brad De Losa berusia 39 tahun dari Australia berjaya meraih tempat pertama bagi mengungguli Piala Juara Siri STIHL TIMBERSPORTS®. Selepas beberapa pusingan perlawanan kalah mati yang sengit, peserta dari Australia ini bertemu Stirling Hart dari Kanada dalam pusingan akhir. Dalam masa yang begitu singkat iaitu selama 1:02.23 minit, beliau memotong dan menggergaji empat blok kayu, dan selesai hanya 0.48 saat mengatasi lawannya. Turut berada di podium bagi menduduki tempat ketiga ialah Martin Komárek dari Republik Czech.

Sukan pembalak bertaraf dunia 

"Saya berasa amat berbesar hati dapat meraih Piala Juara - pertandingan ini amat sukar. Saya banyak berlatih sebelum pertandingan, jadi saya benar-benar berpuas hati kerana segala kerja keras saya berbaloi. Para peserta lain juga sungguh kuat hari ini dan saya benar-benar gembira kerana saya berpeluang untuk menang sekali lagi pada tahun ini. Stirling mencabar saya sehingga ke peringkat akhir," ulas Brad De Losa. Tahap luar biasa persaingan bagi Piala Juara di Hamburg dapat disaksikan apabila Juara Dunia Jason Wynyard dari New Zealand terpaksa berpuas hati di tempat keempat.

Atlet bertaraf dunia bersaing dengan kapak dan gergaji

"Akhirnya, beberapa kesilapan kecil akibat tuntutan fizikal melampau tidak menyebelahi saya untuk menang. Namun begitu, saya benar-benar gembira dengan keputusan ini," kata Stirling Hart setelah mendapat tempat kedua. Matt Cogar dari Amerika pula menduduki tempat kelima. Martin Komárek mendahului wakil Eropah di hadapan juara Switzerland Christophe Geissler yang berada di tempat keenam, peserta kegemaran tempatan dari Jerman Dirk Braun menduduki tempat ketujuh manakala Roger Gehin dari Perancis melengkapkan senarai lapan atlet terbaik.

Piala Juara: pertarungan satu lawan satu yang mendebarkan dan pertarungan urat besi

Format bagi Piala Juara memerlukan para atlet menggabungkan antara ketahanan, ketepatan dan juga kekuatan. Mereka perlu menyelesaikan empat disiplin gergaji dan kapak daripada Siri STIHL TIMBERSPORTS® secara berturut-turut, dan pemenang setiap pertarungan akan mara ke peringkat seterusnya.

 Juara Dunia Muda STIHL TIMBERSPORTS® Baharu dari Sweden

Sebelum pertandingan Piala Juara, ia merupakan giliran untuk peserta baharu sukan pembalak terbaik dunia mengambil pentas di Hamburg bagi menyertai Kejohanan Dunia Pembalak Baharu STIHL TIMBERSPORTS®. Ferry Svan dari Sweden meraih piala emas, diikuti oleh Blake Marsh dari Australia dan George Williams dari Kanada. Pertandingan ini turut menampilkan para atlet dari Amerika Syarikat, Great Britain, Jerman, Switzerland dan juga Perancis.

Maklumat perhubungan media 

Christopher Borghorst
SIRI STIHL TIMBERSPORTS®
Press international
No. Telefon: +49(0)201/84-224-45
No. Tel. Bimbit: +49(0)152/57-90-89-56
E-mel: Christopher.Borghorst@tas-agentur.de 
Internet http://www.stihl-timbersports.com

Source: STIHL TIMBERSPORTS Series
Keywords: Sporting Events Sports