Tonton Pengasas Bersama West 8 Perkenal Ruang Kemudahan Luar Berkeluasan 45,000 Kaki Persegi di Menara Mewah Baharu, Kini Sedang Dibangunkan di Lower East Side
NEW YORK, 23 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Extell Development Company hari ini menyiarkan sebuah filem yang menampilkan pengasas bersama dan arkitek utama West 8 Urban Design and Landscape Architecture, Adriaan Geuze, yang memperincikan taman-taman luar peribadi terbesar di One Manhattan Square, Bandar Raya New York. Menara kediaman kaca moden ini bakal mempunyai ruang taman luar berkeluasan melebihi satu ekar yang direka oleh West 8. Diinspirasikan oleh dataran, taman dan tempat kediaman bandar di serata dunia, West 8 mereka bentuk dengan teliti pelbagai taman bersantai yang bermakna untuk para penghuni berehat, bekerja, bersosial dan bermain di desa vertikal ini yang menawarkan lebih banyak kawasan berlandskap berbanding mana-mana projek pembangunan lain di New York.
Baru sahaja dipilih sebagai firma seni bina paling inovatif bagi tahun 2017 oleh Fast Company, West 8 yang berpangkalan di Belanda ini terkenal di seluruh dunia dengan Taman Jubilee yang siap sebelum Sukan Olimpik London 2012, Taman dengan 10,000 Jambatan di Xian, China dan Taman SoundScape, Miami. Filem ini turut membawakan the "Hills" di Pulau Governors yang menerima pujian pengkritik sewaktu diperkenalkan tahun lalu, dan baru sahaja dibuka untuk orang awam pada 1 Mei.
Filem ini memperlihatkan En. Geuze mengunjungi Pulau Governors, dan membandingkan projek rintis ini dengan One Manhattan Square. Taman-taman topiari yang diakses melalui sumac yang berlingkar akan berpilin pada dasar menara bagi menyediakan penghuni dengan banyak cara untuk meneroka taman pokok birch peribadi, halaman sosial dan juga ruang bersantai.
Taman-taman One Manhattan Square mempunyai ruang aktif dan tenang termasuk kawasan memanggang dan tempat menjamu selera luar, meja ping pong, kawasan hijau pukulan leret golf, taman permainan kanak-kanak, lubang bakar romantis, rumah atas pokok untuk golongan dewasa, astaka teh dan juga balai cerap bagi melihat bintang.
Secara keseluruhan, bangunan ini akan mempunyai kemudahan tertutup dan luar berkeluasan lebih 100,000 kaki persegi. Kemudahan tertutup yang disediakan termasuk spa yang tertumpu di sekitar taman tenang yang terbenam oleh West 8 dengan bilik rawatan peribadi dan hamam, selain pusat kecergasan berbilang tingkat, ruang teater dan persembahan, gelanggang bola keranjang penuh dan tempat bermain boling dengan dua lorong, antaranya.
Hak milikan di One Manhattan Square bermula pada harga $1.17 juta dengan kos pemegangan yang rendah dan jangkaan pengurangan cukai selama 20 tahun. Untuk maklumat lanjut, layari www.OneManhattanSquare.com atau hubungi talian 212.252.1560 bagi menetapkan tarikh temu janji di galeri jualan dan rekaan yang terletak di 220 South Street.
Tonton filem di sini: http://onemanhattansquare.com/gardens/#film
Video: http://origin-qps.onstreammedia.com/origin/multivu_archive/PRNA/ENR/EXTELL-GARDENS-FILM.mp4