omniture

CHINT Group Anjur Forum Pemasaran Antarabangsa ke-7 di Bangkok Tingkatkan Kerjasama Global

CHINT Group
2017-05-24 06:58 750

BANGKOK, 24 Mei 2017 /PRNewswire/ -- CHINT Group ("CHINT"), syarikat Cina terkemuka dalam bidang pengeluaran peralatan elektrik industri dan tenaga bersih, menganjurkan Forum Pemasaran Antarabangsa (CIMF) kali ketujuh di Bangkok, Thailand mulai 20-23 Mei 2017. Perhimpunan ini ialah langkah seterusnya untuk CHINT dalam usaha membawakan rakan jualan dan rakan pemasaran lebih dekat untuk berkongsi pandangan dan memupuk kerjasama strategik peringkat global.

Forum yang bertemakan "Pemacu Baharu, Peluang Baharu, Masa Depan Baharu," menyaksikan 200 rakan-rakan kongsi global dari lebih 80 negara dan rantau mengambil bahagian bersama-sama golongan profesional berkaliber dalam bidang-bidang berkaitan. Kemuncak acara termasuk ucapan dasar yang disampaikan oleh Pengerusi CHINT Group Cunhui Nan dan naib presiden CHINT Electric Lily Zhang yang masing-masing berkongsi pandangan mereka tentang pembangunan syarikat dan strategi globalnya.

Lily Zhang berkata, "CHINT mencapai pertumbuhan pesat tahun lalu. Hasil jualan CHINT Group mencecah lebih US$7 bilion. Kami telah menjadi peserta aktif dalam banyak projek kuasa peringkat antarabangsa dan turut meninjau peluang pemasaran selanjutnya. Kami amat yakin dengan masa depan CHINT."

CHINT Group turut melancarkan produk siri NEXT generasi seterusnya kepada rakan-rakan kongsi globalnya. Siri ini merupakan penaiktarafan lengkap terhadap produk elektrik voltan rendah sedia ada milik Syarikat. Mereka mengisytiharkan pemetaan laluan baharu untuk usaha inovasi teknikal dan daya kreativiti syarikat selain penerimaan kaedah pengeluaran pintar di peringkat global.

Dalam forum ini, Abiy Mulat, pengedar dari Etiopia berkata, "Produk baharu yang dibangunkan oleh CHINT telah merangsang jualan di Etiopia dan ia turut membantu CHINT membina imej jenamanya di negara kami." Seorang lagi pengedar dari Norway, Robert Tillerflaten, amat memuji CHINT dan mengundang pelanggan beliau ke Thailand bagi menyaksikan bukti kekuatan syarikat dalam membangunkan seluruh rantaian industri dan berkembang ke seluruh dunia, selain usahanya dalam segmen inovasi teknologi.

Selain forum, lawatan ke kilang tenaga baharunya di Thailand diaturkan bagi menunjukkan usaha CHINT Group untuk memperluas operasi globalnya sebagai respons terhadap Inisiatif Jalur dan Jalan China. Nan berkata: "Thailand ialah negara penting dalam kalangan negara-negara Jalur dan Jalan; kami telah menubuhkan pangkalan pengeluaran kami, pusat penyelidikan dan jualan di Jerman, Thailand dan banyak lagi negara lain bagi mengedarkan produk tenaga hijau kami dengan cekap."

Latar Belakang CHINT Group

Ditubuhkan pada tahun 1984, CHINT Group ialah pembekal tenaga bersih dan penyedia penyelesaian pengurusan kecekapan tenaga terkemuka yang mempunyai portfolio produk paling lengkap di China. Segmen perniagaannya merangkumi produk elektrik voltan rendah, penghantaran kuasa dan peralatan & perkhidmatan pengagihan, instrumen & meter, perkakas bangunan, komponen automobil, pengautomatan perindustrian, penjanaan kuasa PV dan pengeluaran peralatan. Jumlah aset CHINT bernilai lebih US$7 bilion dan syarikat menggaji lebih 30,000 kakitangan. Produk-produknya dijual di lebih 130 negara dan rantau. 

 

Source: CHINT Group
Keywords: Alternative Energies Banking/Financial Service Electrical Utilities Green Technology Oil/Energy Utilities Corporate Expansion New products/services Trade show news