omniture

Ekspo Solar 2017 -- Platform Perniagaan Solar Terbaik yang Mewakili Pertumbuhan Kuasa Solar di Asia

EXPO Solar 2017 Exhibition Bureau
2017-05-24 20:00 851

- Kerajaan Korea Baharu akan memacu kuasa solar dan menambah loji-loji kuasa PV untuk menggantikan tenaga bahan bakar fosil di Korea berdasarkan komitmen Presiden Baharu, Moon Jae-in.

- Para pembeli dari 20 buah negara seluruh dunia turut serta, dan Penginapan Hotel untuk pembeli-pembeli dari luar negara boleh didapati melalui program jemputan golongan profesional solar.

SEOUL, Korea Selatan, 24 Mei, 2017 /PRNewswire/ -- EKSPO Solar 2017 (www.exposolar.org), pameran representatif solar di Korea yang mewujudkan perdagangan solar baharu bagi negara-negara solar utama seperti Korea, China, dan Jepun, akan diadakan di KINTEX di Korea selama tiga hari dari 6 September 2017 (Rabu) sehingga 8 September 2017 (Jumaat).

220 syarikat dari 25 negara, seperti China, Jepun, Amerika Syarikat, Eropah dan Timur Tengah akan menyertai Ekspo Solar/PV Korea, yang merupakan pameran ke-9, dan 22,000 pembeli dan pengunjung tempatan dan luar negara akan melawati ekspo ini. Memandangkan ia semakin produktif dari tahun ke tahun, ia dijangkakan akan menjadi 'Platform Perniagaan Solar Dinamik'.

Ekspo Solar, yang dianggap sebagai pintu masuk pertama kepada pasaran solar Asia, akan memaksimumkan kemudahan yang diberikan kepada pembeli-pembeli luar negara melalui jemputan pembeli dan akan menyediakan penginapan hotel percuma bagi pembeli-pembeli luar negara di hotel rakan kongsi rasminya. Ekspo Solar juga akan membantu perniagaan peserta-peserta pameran dan pelawat dengan menyediakan perkhidmatan penterjemahan di tapak pada tahun ini.

Jumlah penyertaan syarikat-syarikat PV dan pembeli-pembeli semakin meningkat setiap tahun. Ekspo Solar cuba membezakan pamerannya sebagai pameran solar yang khusus. Tambahan pula, 72% peserta ekspo tahun lalu menyatakan mereka akan kembali, dan rundingan pembelian bernilai $814 juta telah dilaksanakan dalam tahun 2016.                       

Ekspo tahun ini mempamerkan produk-produk ESS yang mencerminkan minat yang tinggi dalam penjanaan kuasa PV dan ESS. Acara-acara utama tahun ini termasuk 'Forum Dunia PV 2017', persidangan PV profesional, yang akan mempersembahkan pasaran solar terkini dan trend pembangunan teknologi secara sepintas lalu.

Pasaran tenaga boleh diperbaharui global menarik perhatian awam tahun ini apabila Perjanjian Paris berkuatkuasa, dan industri solar sudah pastinya akan melonjak semula ekoran kenaikan harga minyak. Oleh yang demikian, perusahaan-perusahaan global yang ingin memasuki pasaran Asia seolah-olah sedang berjuang tanpa tembakan senjata api. Ini telah menyebabkan 'Ekspo Solar' menjadi lebih menonjol, and menjadi barometer bagi industri solar Asia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.exposolar.org

Source: EXPO Solar 2017 Exhibition Bureau
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Green Technology Oil/Energy Utilities Trade show news