- Ekosistem Terbuka dan Inovasi ICT Percepat Perbankan dalam Awam
BEIJING, 25 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Pada 23 Mei 2017, Huawei mengadakan Sidang Kemuncak Kewangan Global kali kelima bertemakan "Menerajui ICT Baharu, Perkasa Transformasi Kewangan Digital" di Beijing, China. Menghimpunkan lebih 800 pelanggan kewangan serta pakar-pakar industri dari dalam dan luar negara, termasuk China Construction Bank (CCB), Agricultural Bank of China (ABC), China Merchants Bank (CMB), Asian Banker, Barclays, Intel dan Infosys, Sidang Kemuncak ini meninjau inovasi ICT terkini dan amalan terbaik global bagi mempercepat transformasi digital dalam institusi-institusi kewangan.
Percepat perkhidmatan awan dan pendigitan dalam institusi kewangan
Mengulas tentang trend bank-bank masa depan, Liu Limin, Presiden Sektor Perkhidmatan Kewangan, Huawei Enterprise Business Group, berkata: "Pada masa depan, bank-bank akan berubah menjadi syarikat-syarikat teknologi yang mempunyai lesen perbankan. Dengan institusi-institusi kewangan sebagai platform, aset, kakitangan, rantaian bekalan akan terhubung dengan lebih berkesan. Selari dengan strategi 'platform + ekosistem' Huawei, kami komited untuk membantu para penyedia perkhidmatan kewangan membangunkan infrastruktur dan platform ICT yang bercirikan seni bina anjal, analisis yang tepat, kolaborasi yang cekap, inovasi saluran dan pengurusan yang selamat. Kami percaya platform ICT termaju adalah amat penting untuk institusi-institusi kewangan demi menyediakan perkhidmatan yang dipertingkat, produk tersuai dan pengurusan pelanggan pintar. Selain itu, kami berdedikasi untuk menggalakkan pembangunan ekosistem terbuka bagi membantu mempercepatkan perkhidmatan perbankan dalam infrastruktur awan."
Semasa Sidang Kemuncak, para penceramah jemputan turut berkongsi perspektif mereka tentang bank-bank masa depan, serta memberikan pandangan dan amalan terbaik bagi mempercepatkan pengawanan dan pendigitan bank-bank:
Perkongsian baharu dan penyelesaian komprehensif untuk sektor kewangan
Semasa Sidang Kemuncak, ABC dan Huawei turut menandatangani perjanjian perkongsian strategik. Menurut perjanjian ini, Huawei akan mengoptimumkan dan menyepadukan seni bina dalam pelbagai pusat data dan pusat perkhidmatan ABC demi menyokong operasi peringkat antarabangsanya yang kian berkembang. Selain itu, Pactera dan Huawei bersama-sama melancarkan penyelesaian teras perbankan digital teragih yang menyasarkan kewangan mudah alih, yang akan dapat memenuhi pelbagai keperluan pelanggan untuk perkhidmatan perbankan dan juga kewangan internet.
Huawei mempamerkan 12 penyelesaian penting untuk industri kewangan melalui senario dan demonstrasi interaktif di tiga kawasan subpameran yang luas: "Kewangan Awan", "Kewangan Data Besar" dan "Kewangan Omnisaluran".
Penyelesaian Huawei untuk industri kewangan diguna pakai oleh lebih 300 institusi kewangan di seluruh dunia, termasuk enam daripada sepuluh bank terkemuka di dunia. Di Eropah, Asia Pasifik, Rusia dan kawasan-kawasan lain, penyelesaian utama Huawei diguna pakai oleh pelanggan kewangan lazim tempatan; di China, Huawei menjadi pembekal peralatan IT bagi empat bank utama milik kerajaan negeri.
Untuk maklumat lanjut Sidang Kemuncak Kewangan Global Huawei 2017 yang diadakan di Shangri-La Hotel, Beijing, sila layari http://e.huawei.com/topic/finance2017-en/index.html.