Galeri imej Vivid Sydney disediakan di sini
Rakaman mutu siaran disediakan di sini
SYDNEY, 29 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Vivid Sydney akan menyinari Sydney dengan warna yang mengagumkan dan pelbagai kesan khas yang mengkhayalkan sewaktu festival cahaya, muzik dan idea terbesar dunia ini membuka tirai selama 23 malam mulai jam 6 petang hari ini, 26 Mei 2017.
Untuk melihat siaran multimedia penuh, sila layari: http://www.prnasia.com/mnr/vividsydney2017.shtml
Vivid Sydney 2017, Lighting the Sails: Audio Creatures image credit Destination NSW
Vivid Sydney 2017, Museum of Contemporary Art Australia, Organic Vibrations credit Destination NSW
Vivid Sydney 2017, Taronga Zoo, Port Jackson Shark credit Destination NSW
Vivid Sydney 2017, Royal Botanic Garden Sydney, The Sunflowers, credit Destination NSW
Menampilkan tujuh kawasan bercahaya dan lebih 90 pemasangan dan unjuran cahaya besar-besaran, Vivid Sydney akan beroperasi dengan lebih besar, lebih berani dan lebih cerah hingga 17 Jun.
Menteri Pelancongan dan Acara Utama NSW Adam Marshall berkata, "Apabila semuanya sudah siap sedia sewaktu bandar ini menjadi kanvas besar yang kreatif mulai malam ini, menerusi seni dan teknologi yang digabungkan bagi menonjolkan hasil ciptaan yang mengagumkan, dicetuskan oleh beberapa minda kreatif dan penginovasi teknologi yang terkemuka di dunia."
"Para pengunjung Vivid Sydney berkunjung untuk melihat cahaya dan menginap untuk melihat pemandangan Negeri yang hebat ini. Pada tahun 2016, Vivid Sydney menerima 2.31 juta pengunjung yang memecah rekod. Pada tahun 2017, kami berharap dapat mengatasi kutipan yang amat tinggi sebanyak AUS$110 juta ke dalam ekonomi pelancong Negeri kami," kata beliau.
Lebih 180 seniman tempatan dan antarabangsa menghasilkan pemasangan dan unjuran cahaya untuk Vivid Sydney, termasuk The Rocks, Campbell's Cove, Taman Botani Diraja Sydney, Zoo Taronga, Martin Place, Pelabuhan Darling dan festival yang julung kali diperkenalkan Barangaroo (Selatan).
Unjuran cahaya akan menerangi bangunan dan mercu tanda ikonik di seluruh bandar termasuk Jambatan Pelabuhan Sydney dan Muzium Seni Kontemporari Australia, selain latar belakang organik yang terdiri daripada pokok-pokok besar dan juga landskap batu semula jadi di Taman Botani Diraja Sydney.
Kanvas utama, Layar Panggung Opera Sydney akan menampilkan Audio Creatures, dunia warna dan cahaya yang tidak terbayangkan, menonjolkan makhluk laut khayalan yang bersembunyi jauh di pelabuhan dan juga tumbuhan yang berkilauan.
Kesan khas dan animasi boleh dilihat di setiap sudut, bermula dari bahagian laluan di bawah kaki pengunjung di Barangaroo (Selatan), kepada Magicians of the Mist Pelabuhan Darling, iaitu air pancut setinggi 50 meter yang menampilkan unjuran setinggi 40 meter, laser, bunga api, api dan juga runut lagu dramatik.
Di bahagian utara pelabuhan, pengembaraan bertemakan dunia air 'steampunk' menanti anda di Chatswood, manakala tanglung haiwan terancam bersaiz gergasi yang terang mencetuskan perbualan tentang isu pemuliharaan di Zoo Taronga.
Ketua Pegawai Eksekutif Destination NSW dan Penerbit Eksekutif Vivid Sydney Sandra Chipchase berkata, "Sepanjang 23 hari akan datang, pengunjung boleh memilih daripada ratusan acara, termasuk lebih 284 perbincangan dan forum kreatif Vivid Ideas di 59 tempat, yang akan meneroka masa depan kreatif kami, atau lebih 390 persembahan Vivid Music di lebih 40 lokasi, membawakan pelbagai genre, daripada 'indie folk' dan muzik elektronik kepada teater muzikal dan irama jazz."
Acara kemuncak festival termasuk:
Cahaya
- Sinari Layar: Audio Creatures: Layar Panggung Opera Sydney Warisan Dunia itu akan dihidupkan oleh Audio Creatures: satu siri makhluk khayalan yang dipilih susun dan direka oleh pengarah berwawasan Ash Bolland. Audio Creatures akan membawakan makhluk dan tumbuh-tumbuhan marin yang berubah perlahan-lahan dan memukau, dipisahkan menggunakan teknologi futuristik yang bergaya pada Layar ikonik itu. Audio Creatures bakal melancarkan runut bunyi tempahan khas oleh penerbit muzik elektronik Brazil, Amon Tobin.
- Getaran Organik: Artis kontemporari Australia Julia Gorman dan kolektif Perancis Danny Rose akan menghasilkan karya seni baharu yang diunjurkan pada bahagian hadapan Muzium Seni Kontemporari Australia (MCA) yang tersenarai sebagai warisan. Pemasangan ini akan menggunakan teknik-teknik pemetaan unjuran bagi menghidupkan imej yang asalnya dihasilkan oleh Gorman menggunakan cat air, cat minyak, pena penanda yang menggambarkan garisan dan warna yang berliku-liku diinspirasikan oleh alam semula jadi. (The Rocks)
- Magicians of the Mist: Air pancut penuh fantasi, jet api, laser, muzik, bunga api dan dinding air menunjukkan kehebatan daya kreativiti dan inovasi untuk unjuran yang luar biasa ini. (Pelabuhan Darling)
- Trapdoor: Terokai apa yang dibawakan oleh ilusi optik sekiranya anda berani melangkah ke mural lantai penuh fantasi ini yang menceritakan kisah-kisah Barangaroo daripada dunia lain. (Barangaroo Selatan)
- Electric Forest: Hutan rimba menjadi meriah dengan kemeriahan yang belum pernah terjadi sebelum ini, bermula daripada buah-buahan tergantung secara liar hinggalah kepada kumpulan ikan, apabila anda melangkah ke dunia aneh ini dengan tumbuh-tumbuhan yang terang, ilusi serta runut bunyi psiko-akustik. (Taman Botani Diraja Sydney)
- Lights for the Wild: Bongkarkan nasib haiwan terancam dengan jalur pergelangan tangan interaktif anda dan lihatlah dengan penuh kekaguman terhadap keindahan tanglung bercahaya bersaiz gergasi yang megah ini – anda juga boleh memasuki bahagian mulut PJ, Si Jerung Port Jackson! (Zoo Taronga)
- Taman Air Steampunk: Tinjaulah taman air 'steampunk' luar biasa yang ditenggelami air dengan cahaya, bunyi dan kesan khas di Reflection Pool, The Concourse. (Chatswood)
Muzik
- Curve Ball: Individu kreatif, artis dan pemuzik berganding bahu bagi menyediakan persembahan audio muzik dan visual mengagumkan yang imersif dan besar-besaran ini, menggabungkan muzik tarian berkualiti dan juga visual yang menakjubkan. (3-10 malam Ahad 11 Jun, Carriageworks)
- Hidden Sydney - The Glittering Mile: Perasaan bercampur baru menyusuri kisah Kings Cross dan barisan watak menarik daripada masa lampaunya yang penuh kecekalan dan gilang gemilang (25 Mei-18 Jun, The World Bar, Kings Cross).
- Nick Murphy (dahulunya dikenali sebagai Chet Faker) Presents Missing Link: Penerbit muzik popular berkarisma kini kembali, menampilkan bahan baharu dan menghidupkan semula lagu kegemaran lama dalam persembahan bercita-cita tinggi yang dikelilingi penonton. (1-3 Jun, Panggung Opera Sydney).
- Dappled Cities: Salah satu kumpulan indie paling digemari yang muncul dari Sydney sejak dua dekad lalu mempersembahkan album baharu IIIII (disebut sebagai lima), lengkap dengan tontonan persembahan bercahaya yang imersif dalam konsert yang diadakan sekali sahaja ini. (4 Jun, City Recital Hall)
Idea
- Siri Ceramah Pengubah Industri: Dengarkan daripada pengusaha kreatif yang membentuk dunia dan kehidupan kita, termasuk pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Buzzfeed dan individu berwawasan bidang media Jonah Peretti. (28 Mei, City Recital Hall); pengarah berpengaruh yang memenangi Anugerah Academy Oliver Stone (28 Mei, City Recital Hall) dan artis ikonik Amerika Shepard Fairey (17 Jun, Sydney Town Hall). Fairey, artis di sebalik kempen HOPE Barack Obama, akan turut menghasilkan mural awam di tengah-tengah CBD Sydney semasa festival, manakala pameran hasil karya bertemakan muzik beliau dipamerkan di Darling Quarter.
- Persidangan The Sunrise: Selami dengan mendalam tentang masa depan teknologi, perniagaan dan ekosistem syarikat baharu yang inovatif dalam forum yang penuh pengetahuan ini. (31 Mei)
- Semi Permanent: Dengarkan tentang masa depan inovasi terus daripada sumbernya dalam siri pengalaman yang interaktif dan imersif bersama para penginovasi terkemuka dunia daripada Getty Images, Nike, Uber, Google dan banyak lagi. (25-27 Mei)
- Festival Klip Video Muzik: Pelajari daripada para artis dan pembikin filem di hab kreatif ini sewaktu mereka berkolaborasi, berbahas dan meraikan bentuk seni dalam video muzik. (3 Jun)
- Festival Good Design: Sertai pakar reka bentuk, alami yang terbaik dalam semua aspek reka bentuk dan raikan para pemenang Anugerah Good Design 2017 serta pameran. (8-11 Jun)
- Rhodes: Creative: Terokai teknologi masa depan pada hari ini melalui aktiviti-aktiviti amali termasuk pencetakan 3D dan robotik. (28 Mei-16 Jun)
- The Vivid Ideas Exchange: Apa jua yang anda inginkan, mungkin ada sesi tentangnya, berdebat dan membongkar segala-galanya bermula daripada fesyen kepada pewujudan tempat, penceritaan, diskriminasi umur, pemasaran, kesihatan, inovasi, data besar dan realiti bercampur-campur. Acara-acara di Vivid Ideas Exchange berlangsung setiap hari mulai jam 10 pagi hingga 5 petang di Tingkat 6, Muzium Seni Kontemporari Australia sepanjang Vivid Sydney.
Latar Belakang Vivid Sydney
Vivid Sydney ialah festival cahaya, muzik dan idea terbesar di dunia, iaitu selama 23 malam – bermula pada hari Jumaat 26 Mei hingga Sabtu 17 Jun – mengubah Harbour City dengan kanvas kreatif yang berwarna warni. Kini memasuki tahun kesembilan, Vivid Sydney dimiliki, diurus dan dihasilkan oleh Destination NSW, agensi pelancongan dan acara utama Kerajaan NSW. Vivid Sydney membawakan pemasangan dan unjuran cahaya besar-besaran (Vivid Light), persembahan muzik dan kolaborasi (Vivid Music termasuk Vivid LIVE di Panggung Opera Sydney); dan idea-idea kreatif, perbincangan serta perdebatan (Vivid Ideas), kesemuanya meraikan Sydney sebagai hab kreatif di Asia Pasifik. Untuk maklumat lanjut layari www.vividsydney.com
PERTANYAAN MEDIA:
Rakaman dan gambar boleh dimuat turun daripada Pusat Media Vivid Sydney: https://www.vividsydney.com/media-centre atau hubungi kami di vivid.media@dnsw.com.au
Video-http://static.prnasia.com/pro/media/mnr/201705/vividsydney/video.mp4
Foto-https://photos.prnasia.com/prnh/20170526/1861920-1-a
Foto -https://photos.prnasia.com/prnh/20170526/1861920-1-b
Foto -https://photos.prnasia.com/prnh/20170526/1861920-1-c
Foto -https://photos.prnasia.com/prnh/20170526/1861920-1-d