omniture

Ubah Hidup Rakyat Kenya: 'Night Time Sun' Terangi Festival Hay

Jaguar Land Rover
2017-05-29 09:34 744

HAY-ON-WYE, Wales, 29 Mei 2017 /PRNewswire/ --

  • Jaguar Land Rover kenalkan pemasangan seni unik Festival Hay untuk raikan projek 'Lighting up Lives' di Kenya
  • 'Lighting up Lives' gunakan teknologi solar termaju untuk berikan 1.2 juta orang cahaya sehingga empat jam setiap hari
  • Pemasangan Hay menggunakan lampu solar yang mewakili kuasa matahari untuk mengubah kehidupan dengan memberikan lebih masa belajar dan bersama keluarga

Land Rover memanfaatkan kuasa matahari untuk mengubah kehidupan dengan pemasangan seni unik di Festival Hay bagi Kesusasteraan dan Kesenian. Night Time Sun ialah pemasangan yang istimewa menggunakan lampu solar, direka untuk menerangi pengunjung festival apabila matahari terbenam.

generated by system

generated by system

generated by system

Pemasangan ini diilhamkan oleh kerja yang dilakukan Jaguar Land Rover untuk membantu keluarga di luar bandar Kenya. Projek Lighting up Lives (Terangi Kehidupan) ini akan membawakan kuasa solar yang selamat dan andal kepada 1.2 juta orang menjelang tahun 2020.

Kekurangan grid elektrik mengehadkan peluang untuk belajar dan bekerja, menimbulkan risiko kesihatan dan membahayakan alam sekitar. Lighting up Lives, dilaksanakan oleh rakan kongsi pakar projek Jaguar Land Rover iaitu ClimateCare, membuatkan teknologi solar boleh didapati di komuniti terpencil – secara harfiahnya membawakan kuasa kepada rakyat.

Sepanjang Festival Hay, Jaguar Land Rover akan menganjurkan sesi interaktif dalam khemah Story Nook (Ceruk Cerita), membolehkan keluarga berhubung dengan kanak-kanak di Kenya dan belajar lebih lanjut mengenai kuasa transformasi tenaga solar.

Menjana masa hadapan yang lebih cerah 

Lighting up Lives membantu kanak-kanak di Kenya, untuk membaca dan belajar selepas gelap. Franklin Nzeki, murid berusia 14 tahun di Sekolah Kasooni di Kalawa, berkata: "Saya selesaikan semua kerja rumah saya sekarang. Sebelum ini saya tidak boleh melakukannya di rumah apabila hari sudah gelap. Saya tahu ibu bapa saya lebih gembira sekarang, dan saya juga bergitu."

Franklin merupakan salah seorang daripada ramai di kawasan luar bandar terpencil Kenya yang mendapat manfaat daripada Lighting up Lives. Pendidikan bertambah baik kerana kanak-kanak seperti dia boleh belajar, membaca dan bermain selepas gelap. Wanita menikmati peluang yang lebih besar untuk bekerja dan belajar. Rumah lebih bersih dan selamat dan pendapatan meningkat hasil daripada penamatan kebergantungan kepada lampu minyak tanah yang mahal, tidak cekap dan mencemarkan.

Ketara sekali, pengedaran, pemasangan dan penyelenggaraan kit solar rumah membawa peluang-peluang baharu untuk keusahawanan. Orang ramai diperkasa untuk memperbaiki kehidupan mereka sendiri dengan cara yang mampan dan inovatif.

Penglibatan Jaguar Land Rover mencerminkan nilai-nilainya sebagai sebuah organisasi yang menggajikan lebih daripada 40,000 orang di seluruh dunia. Helen McLintock, Pengarah Jaguar Land Rover, berkata: "Usaha baharu yang menarik ini benar-benar merupakan jenis program yang ingin Jaguar Land Rover terajui pada masa akan datang. Menggunakan teknologi untuk kebaikan dan menyokong kuasa kejuruteraan untuk memperbaiki kehidupan dan membantu untuk membina masa depan yang lebih bersih."

Edward Hanrahan, Ketua Pegawai Eksekutif ClimateCare, berkata: "Fokus kami ialah untuk mewujudkan program pintar, bersepadu dan menjimatkan untuk rakan korporat kami, menggunakan pelaburan mereka untuk memberikan kesan positif yang maksimum kepada manusia dan alam sekitar. Projek ini yang memberikan tenaga kepada rumah di Kenya merupakan contoh yang baik. Bukan sahaja ia mewujudkan perubahan positif serta-merta, ia juga akan meninggalkan legasi berpanjangan untuk keluarga dan sekolah-sekolah di seluruh Kenya".

Untuk maklumat lanjut log masuk ke http://www.media.landrover.com

Source: Jaguar Land Rover
Keywords: Alternative Energies Art Utilities Environmental Issues Not for profit