omniture

Aloha Browser Sepadukan Pemain VR Natif

Aloha Mobile
2017-05-31 16:29 628

LIMASSOL, Cyprus, 31 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Pelayar mudah alih popular Aloha menyepadukan pemain VR natif terus ke dalam pelayar untuk keperluan hiburan anda.

generated by system

Realiti maya kini ialah realiti setiap hari, dengan kandungan yang semakin banyak difilemkan dengan kamera 360 atau VR. Walau bagaimanapun, bagi pengguna yang ingin menonton kandungan dengan telefon mudah alih, ia boleh menjadi satu cabaran. Pertama aplikasi tertentu diperlukan, atau mungkin pelbagai aplikasi, kerana kandungannya yang berbeza. Ia juga mungkin memerlukan kemahiran tinggi untuk membuka video yang distrimkan dalam aplikasi lain. Kedua, jika anda menonton kandungan yang distrim melalui sambungan mudah alih yang tidak stabil, ia boleh menjejaskan kualiti gambar, menyebabkan kelewatan atau pembekuan dalam video, yang mengakibatkan pengalaman VR yang mengecewakan.

Untuk menonton Siaran Berita Multimedia, sila klik:
https://www.multivu.com/players/uk/8107551-aloha-browser-integrates-native-vr-player/

Aloha Browser telah memutuskan untuk menyepadukan pemain VR terus ke dalam pelayar bagi membolehkan pengguna mendapat akses kepada semua kandungan VR yang boleh didapati di web. Pelayar ini digabungkan dengan pemuat turun yang berkuasa, yang membolehkan pengguna untuk menyimpan kandungan VR di luar talian dan menontonnya tanpa sebarang gangguan, bagi pengalaman menonton yang terbaik. Terdapat juga 'mod teater', untuk memainkan video biasa dalam mod VR, menggunakan fon kepala. Mod teater membolehkan anda menikmati filem kegemaran anda sambil duduk di dalam bilik maya.

Disebabkan oleh kod natif yang teroptimum, peranti tahap tinggi tidak diperlukan untuk menikmati realiti maya. Yang diperlukan hanyalah aplikasi Aloha Browser; telefon pintar peringkat pertengahan yang menggunakan Android atau iOS dan Cardboard atau sebarang fon kepala mudah alih lain yang berada di pasaran.

Aloha Browser dengan sokongan VR boleh didapati sekarang secara percuma di App Store dan Google Play.

https://get.alohabrowser.com/

Latar Belakang Aloha Browser 

Aloha Browser ialah pelayar web mudah alih persendirian dan selamat. Ia termasuk VPN tidak terhad dan tersulit percuma tanpa log, ciri privasi yang dipertingkat, seperti tab kunci cap jari, pengurus muat turun yang berkuasa, pemain media dengan sokongan video VR natif.

Aloha Browser kini boleh didapati di iOS dan Android dan mempunyai berjuta-juta pengguna di seluruh dunia.

Latar Belakang Aloha Mobile 

Kami merupakan sekumpulan peminat dengan kebimbangan utama melibatkan kekurangan privasi Internet. Itulah sebabnya kami mencipta Aloha Browser. Misi kami ialah untuk menjaga keselamatan anda, dan menjadikan pengalaman layaran web anda peribadi seperti yang anda mahukan.

https://alohabrowser.com/

132 Arch. Makariou III,
3021, Limassol, Cyprus

https://www.multivu.com/players/uk/8107551-aloha-browser-integrates-native-vr-player/

Source: Aloha Mobile
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Mobile Entertainment Telecommunications New products/services