omniture

Vivo Jadi Penaja Rasmi FIFA World Cup(TM) 2018 dan 2022

Vivo
2017-06-02 03:30 1465

 - Vivo Jadi Penaja Telefon Pintar Eksklusif FIFA World Cup(TM) 2018 dan 2022

BEIJING, 2 June 2017 /PRNewswire/ -- Bola sepak ialah salah satu sukan paling menarik dan FIFA World Cup, sebagai salah satu pertandingan sukan terkemuka di dunia, sentiasa mencuri perhatian khalayak global. Jenama telefon pintar global Vivo mengumumkan persetujuannya dengan Gabungan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk menaja FIFA World Cup selama enam tahun, meliputi dua pusingan kejohanan. Ini bermakna Vivo akan menjadi penaja rasmi FIFA World Cup 2018 dan 2022.

Vivo Jadi Penaja Rasmi FIFA World Cup 2018 dan 2022
Vivo Jadi Penaja Rasmi FIFA World Cup 2018 dan 2022

Tajaan Berturut-turut Dua FIFA World Cup

Sebagai jenama telefon pintar rasmi untuk menaja FIFA World Cup, Vivo akan menaja berturut-turut FIFA Confederations Cup 2017, FIFA World Cup 2018 yang dihoskan oleh Rusia, FIFA Confederations Cup 2021, dan FIFA World Cup 2022 di Qatar. Melalui pengaruh global yang amat luas, jalinan kerjasama selama enam tahun ini akan membawa Vivo selangkah ke hadapan dari segi pendedahan peringkat antarabangsa. Logo Vivo akan muncul dalam setiap perlawanan di papan iklan padang, tiket acara, latar belakang siaran akhbar dan lokasi-lokasi promosi utama yang lain. Hak-hak FIFA termasuk program pemasaran istimewa seperti hak mengundang tetamu menjadi jurugambar telefon Vivo semasa aksi memanas badan pemain dalam praperlawanan. Seterusnya, Vivo akan memperkenalkan telefon FIFA World Cup tersuai bagi menawarkan pengalaman unik untuk pengguna Vivo dan juga peminat bola sepak. Selain itu, kakitangan FIFA akan menggunakan telefon pintar Vivo di padang dan di FIFA Confederations Cup 2017, yang akan bermula pada 17 Jun, menandakan bermulanya jalinan kerjasama antara Vivo dengan FIFA.

Sebagai salah satu acara sukan terbesar dunia, FIFA World Cup mempunyai pengaruh yang cukup luas dan meliputi seluruh dunia. Bagi jenama-jenama dalam industri telefon pintar, termasuk Vivo, penajaan FIFA World Cup ialah satu pencapaian hebat. Naib Presiden Kanan Vivo, En. NI Xudong menjelaskan, "Bola sepak ialah sukan penuh bersemangat dan kekaguman, mencetuskan kegembiraan buat jutaan peminat bola sepak seluruh dunia. Semangat bola sepak adalah tentang kemajuan yang tekun dan berterusan. Selaku penaja global World Cup, Vivo dapat bersungguh-sungguh untuk ikut serta semangat bola sepak dan menunjukkan kepada pengguna seluruh dunia terhadap imej Vivo yang kreatif, ceria dan bertaraf antarabangsa."

Antara banyak jenama dalam industri telefon pintar global, tumpuan berterusan Vivo terhadap tahap kemajuan berterusan menarik perhatian penganjur FIFA World Cup. Setiausaha Agung FIFA, Fatma Samoura menjelaskan, "Perkaitan antara bola sepak dan teknologi semakin rapat hari demi hari, di dalam dan luar padang, dan ini merupakan detik hebat untuk mula menjalin kerjasama seperti ini bersama jenama telefon pintar global yang terkemuka. Kami berasa amat teruja dapat bekerjasama erat dengan Vivo dan berminat untuk melihat penglibatan mereka dalam FIFA World Cup dan FIFA Confederations Cup edisi seterusnya."

Pemasaran Sukan sebagai Wadah Pengantarabangsaan

Mulai tahun 2014, Vivo mula berkembang menembusi pasaran-pasaran di Asia Tenggara dan rantau-rantau lain. Menggunakan produk dan strategi pemasaran setempat, Vivo dapat menyaksikan pertumbuhan pesat dan diterima kukuh oleh pengguna tempatan. Vivo terus melabur dalam R&D, dan menubuhkan tujuh pusat penyelidikan utama di seluruh China dan Amerika Syarikat. Vivo turut memanfaatkan pemasaran sukan bagi meningkatkan kesedaran jenama dalam pasaran antarabangsa.

Pada tahun 2015, Vivo menjadi penaja judul Indian Premier League (IPL), persatuan sukan yang amat berpengaruh di negara-negara British Common Wealth dan India. Pada tahun 2016, Vivo mula menjalin kerjasama strategik dengan NBA China selaku Penaja Telefon Bimbit Mudah Alih Rasminya, menjemput bintang NBA, Stephen Curry bagi menjadi duta produk untuk produk terkenal Vivo, Xplay6. Sebagai penaja FIFA World Cup, Vivo menyasarkan untuk mendapatkan lebih banyak perhatian di persada antarabangsa.

Menerusi tahap kemajuan teknologi dan kemajuan penjenamaannya, Vivo berusaha mencipta lebih banyak pencapaian penting. Tajaan FIFA World Cup ialah bukti jelas pengembangan progresif Vivo dalam menembusi pasaran antarabangsa.

Latar Belakang Vivo

Sebuah jenama telefon pintar global berjiwa muda yang memberi tumpuan untuk menyediakan kepada pengguna kualiti bunyi yang sempurna dan fotografi terbaik berserta teknologi canggih, Vivo menghasilkan produk yang dinamik serta bergaya untuk golongan muda yang bersemangat. Syarikat ini tersenarai antara 5 jenama telefon pintar terbaik di seluruh dunia, menurut laporan IDC Suku Pertama 2017.

Latar Belakang FIFA

Gabungan Bola Sepak Antarabangsa (Federation Internationale de Football Association, FIFA) ialah sebuah persatuan yang dikawal oleh undang-undang Switzerland, ditubuhkan pada tahun 1904 dan berpangkalan di Zurich. Ia mempunyai 211 persatuan ahli dan matlamatnya, seperti yang termaktub dalam Statutnya, ialah kemajuan bola sepak yang berterusan.

Foto  - https://photos.prnasia.com/prnh/20170531/1864301-1

Source: Vivo
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Sporting Events Sports Telecommunications Telecommunications Equipment Licensing/marketing agreements