omniture

Permainan bermula bagi Mountain Dew dengan Penajaan Tiga Kuasa Besar Pasukan E-Sukan Dunia

PepsiCo
2017-06-07 00:00 703

DEW tingkatkan sokongan dalam permainan digital dengan francais profesional Team Dignitas, Splyce dan Team SK Gaming

PURCHASE, New York, 7 Jun 2017 /PRNewswire/ -- Mountain Dew® mengalu-alukan tiga kuasa besar e-sukan dunia – Team Dignitas, Splyce dan Team SK Gaming – ke platfrom e-sukannya yang sedang berkembang. Kerjasama baharu ini akan menyediakan pemain di seluruh dunia dengan kandungan eksklusif dan akses kepada beberapa pemain terbaik dan selebriti e-sukan di dunia melalui saluran Mountain Dew Twitch, www.twitch.tv/mtndew.

Team Dignitas ialah sebuah pasukan e-sukan antarabangsa terkenal yang dimiliki dan diuruskan oleh Philadephia 76ers. Splyce beribu pejabat di Amerika Syarikat dan bekerjasama dengan Delaware North dan Boston Bruins, dan Team SK Gaming berpangkalan di Jerman dan merupakan salah satu pasukan e-sukan tertua dan terbesar di dunia. Mountain Dew telah memilih pasukan-pasukan ini berdasarkan gaya mereka yang inovatif, pencapaian dan terutama sekali sifat pasukan mereka yang melambangkan etos jenama DEW.

"Kami teruja untuk mengembangkan sokongan kepada e-sukan melalui kerjasama dengan tiga pasukan bertaraf dunia ini," kata Manos Spanos, pengarah pemasaran kanan dunia, Mountain Dew. "Kerjasama industri pertama dan penyepaduan sebenar yang sejajar dengan nilai-nilai teras Mountain Dew yang diterima oleh pemain dan DEW Nation akan terus memberi inspirasi kepada kami sebagai sebuah perniagaan."

Dalam tahun 2016, Mountain Dew mewujudkan Liga Mountain Dew (Mountain Dew League, MDL), sebuah liga permainan digital profesional yang kompetitif direka dengan satu matlamat: membantu pemain amatur menjadi profesional. Dalam kerjasama dengan ESL, syarikat e-sukan terbesar dunia, Mountain Dew dan Liga Persatuan Hiburan E-Sukan (E-Sports Entertainment Association League, ESEA) memberikan peluang kepada pasukan-pasukan pemain amatur untuk terus layak dalam senarai Counter-Strike ESL: Global Offensive (CS:GO) Liga Profesional.

Ekoran kejayaan tahun pertamanya, MDL kembali untuk musim berikutnya dengan lebih banyak pasukan, kandungan yang tiada tandingan, sesi latihan dan sorotan utama pemain – semua direka untuk membantu pemain meningkatkan kemahiran permainan mereka. MDL musim ini boleh ditonton di Twitch, https://www.twitch.tv/esea, setiap hari Selasa hingga Khamis.

Mountain Dew telah menjadi pemain utama dalam dunia permainan digital sejak tahun 2003, bukan hanya dengan memperkenalkan rasa Game Fuel terkenalnya tetapi juga dengan memulakan kerjasama-kerjasama dengan tajuk-tajuk popular, sistem dan platform permainan digital seperti Twitch. Mountain Dew akan terus meluaskan sempadan dan meneroka wilayah baharu dalam permainan digital untuk membolehkannya menyediakan pemain kasual, amatur dan profesional dengan pengalaman, latihan dan peluang yang unik.

Latar Belakang PepsiCo

Produk-produk PepsiCo (NYSE:PEP) dinikmati oleh pelanggan sebanyak satu bilion kali sehari di lebih 200 negara dan wilayah di seluruh dunia. PepsiCo menjana kira-kira $63 bilion pendapatan bersih pada tahun 2016, dipacukan oleh portfolio makanan dan minuman pelengkap yang termasuk Frito-Lay, Gatorade, Pepsi-Cola, Quaker dan Tropicana. Portfolio produk PepsiCo merangkumi pelbagai makanan dan minuman yang lazat, termasuk 22 jenama yang menjana lebih daripada $1 bilion setiap satu dalam anggaran penjualan runcit tahunan.

Tunjang PepsiCo adalah Prestasi Bermatlamat – kepercayaan asas kami bahawa kejayaan syarikat adalah tidak dapat dipisahkan daripada kelestarian dunia di sekeliling kita. Kami percaya bahawa penambahbaikan berterusan produk yang kami jual, operasi secara bertanggungjawab untuk melindungi planet kita dan memperkasa masyarakat di seluruh dunia membolehkan PepsiCo mengendalikan sebuah syarikat global yang mewujudkan nilai jangka panjang bagi masyarakat dan para pemegang saham kami. Untuk maklumat lanjut, layari www.pepsico.com.

Latar Belakang Team Dignitas

Team Dignitas adalah sebuah pasukan e-Sukan antarabangsa yang mempunyai jenama yang paling ikonik dan dikenali dalam industri permainan digital profesional. Diuruskan oleh veteran industri permainan digital Pengerusi Greg Richardson, Ketua Pegawai Eksekutif Jonathan Kemp dan Presiden Micheal O'Dell, skuad pemain antarabangsa Team Dignitas yang amat berbakat dan berdedikasi dikenali di seluruh dunia kerana memenangi kejohanan. Kedudukan jenama inovatif dan asli Team Dignitas menawarkan peluang utama kepada rakan kongsi yang mencari portal terus ke dalam pasaran permainan digital dan e-Sukan. Team Dignitas pada asalnya ditubuhkan dalam bulan September 2003 dengan penggabungan dua pasukan Battlefield 1942. Pada bulan September 2016, Team Dignitas baharu bergabung dengan kuasa besar League of Legends, Team Apex, dan telah diambil alih oleh Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan Philadelphia 76ers. Team Dignitas menyertai kumpulan pegangan yang inovatif dan berdaya saing yang dimiliki oleh sekumpulan pelabur diketuai oleh Rakan Kongsi Urusan Besar Josh Harris dan Rakan Kongsi Urusan Bersama David Blitzer, termasuk New Jersey Devils dari Liga Hoki Kebangsaan, Crystal Palace dari Liga Perdana dan Pusat Prudential, sebuah arena pelbagai guna yang canggih yang mempunyai 18,000 tempat duduk di Newark, New Jersey.

Latar Belakang Splyce

Ditubuhkan dalam tahun 2015, Splyce ialah sebuah organisasi e-sukan profesional utama di dunia. Pemain-pemainnya bertanding di kesemua sembilan kejohanan terbesar di Eropah, Amerika Utara, Amerika Latin dan Korea Selatan. Baru-baru ini, Splyce telah bekerjasama dengan Delaware North dan Boston Bruins untuk menggunakan sumber-sumber sukan yang tradisional untuk menyokong organisasi yang sedang berkembang itu. Dengan matlamat untuk menjadi pasukan tempatan pertama di wilayah New England, Splyce mewujudkan kumpulan penyokong tempatan melalui penglibatan bersama peminat, acara-acara tempatan dan strategi yang memberi tumpuan kepada Boston di Amerika Utara. Splyce ialah sebuah organisasi Amerika Utara yang mempunyai capaian dunia yang sebenar. Mempunyai keputusan memberangsangkan dalam dunia permainan digital seperti Call of Duty (Finalis Utama Dunia, kini dikenali Liga Juara Dunia), World of Warcraft (Juara Dunia), League of Legends (Finalis Utama Eropah) dan Starcraft 2 (Juara Dunia dalam kesemua tiga liga perdana), Splyce telah mengukuhkan kedudukannya sebagai kuasa yang disegani dalam dunia permainan digital yang kompetitif. 

Latar Belakang SK Gaming

SK Gaming ialah sebuah organisasi utama e-Sukan dan salah sebuah jenama terkenal dalam dunia permainan video yang kompetitif. Ditubuhkan dalam tahun 1997, Schroet Kommando telah berkembang daripada sekumpulan rakan yang bersungguh-sungguh dalam perniagaan e-Sukan yang berjaya dengan pejabat-pejabat di Cologne, Jerman dan Los Angeles, California.

Dalam masa dua dekad yang lalu, SK Gaming telah berjaya memenangi lebih daripada 60 kejohanan utama dan jutaan wang kemenangan dalam pelbagai lapangan. SK mendominasi beberapa kejohanan e-Sukan dengan pasukan lagenda Counter-Strike dari Sweden, bintang utama rafa Quake, kembar FIFA, bahagian Warcraft III yang lama bertapak atau hero-hero masa kini Global Offensive dari Brazil, antara lain. Di sepanjang perjalanannya, SK membangunkan beberapa personaliti ikonik dalam sejarah e-Sukan dan telah mempelopori pelbagai bidang dalam industri, kedua-duanya sebagai pesaing hebat dan perniagaan yang inovatif.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/519786/Mountain_Dew_Logo.jpg  

 

Source: PepsiCo
Related Stocks:
NYSE:PEP
Keywords: Beverages Electronics Gaming Computer Software Computer/Electronics Entertainment Non-Alcoholic Beverages