omniture

Medical Marijuana, Inc. Lapor Keputusan Kewangan Suku Pertama 2017 dan Maklumat Penting Operasi

Medical Marijuana, Inc.
2017-06-07 09:30 676

SAN DIEGO, 7 Jun 2017 /PRNewswire/ -- Medical Marijuana, Inc. (OTCPINK:MJNA), syarikat kanabis pertama seumpamanya didagangkan secara umum di Amerika Syarikat, hari ini mengumumkan keputusan kewangan bagi suku pertama berakhir pada 31 Mac 2017, dan gambaran keseluruhan tentang maklumat penting operasi baru-baru ini. Syarikat menyaksikan peningkatan pendapatan kasar daripada $1,535,728 pada Suku Pertama tahun 2016 kepada $3,612,739 pada Suku Pertama tahun 2017, peningkatan sebanyak 135% berbanding suku tahun sebelumnya. Jumlah keuntungan kasar meningkat daripada $820,446 pada Suku Pertama tahun 2016 kepada $2,545,229 pada Suku Pertama tahun 2017; satu peningkatan sebanyak 210%. Jumlah aset pula meningkat sebanyak 130% daripada $214,115,665 pada Suku Pertama tahun 2016 kepada $494,182,096 pada Suku Pertama tahun 2017. Nilai kerugian bersih pada Suku Pertama tahun 2016 sebanyak ($11,096,659) menurun sebanyak 79% berbanding pada Suku Pertama tahun 2017 kepada ($2,222,818). Pendapatan komprehensif bersih meningkat sebanyak 1188% berbanding suku tahun sebelumnya, daripada ($9,708,598) pada Suku Pertama tahun 2016 kepada $105,632,830 pada Suku Pertama tahun 2017.

Peningkatan dalam pendapatan komprehensif bersih kebanyakannya diperoleh daripada keuntungan belum direalisasi Syarikat daripada pegangannya dalam AXIM Biotechnologies. Syarikat portfolio Kannaway menunjukkan peningkatan pendapatan daripada $305,670 pada Suku Pertama tahun 2016 kepada $1,741,553 pada Suku Pertama tahun 2017, peningkatan 469%.

"Kami berbesar hati dapat melihat usaha penstrukturan semula pengurusan yang tertentu membuahkan hasil setelah syarikat membuat perubahan pada tahun 2016," kata Dr. Stuart Titus, Medical Marijuana, Inc. "Kami percaya kadar kepantasan pendapatan dan jualan kami dapat mengekalkan momentum semasa. Kami memiliki kenaikan nilai portfolio pelaburan yang ketara dari segi keuntungan belum direalisasi pada tahun lalu dan menjangkakan prestasi "purata-pasaran" pada masa depan. Kami berpuas hati dengan tahap operasi masa kini dan percaya pada tahun-tahun mendatang kami akan memperoleh peluang pelaburan lain dan divisyen syarikat akan menambah nilai yang baik untuk syarikat dan para pemegang sahamnya." 

Titus menambah, "Selain itu, kami terus mendapat galakan daripada penerimaan kanabis yang semakin meningkat di peringkat antarabangsa dan juga kemajuan yang dibuat oleh pasukan kami dalam mendidik dunia tentang pelbagai kegunaan terapeutiknya. Saya agak teruja dengan peluang perluasan antarabangsa ini. Kami bersyukur atas pasukan kami yang berdedikasi dan juga sokongan berterusan daripada para pemegang saham kami."

MAKLUMAT PENTING OPERASI SUKU PERTAMA

Pelaburan dan subsidiari Medical Marijuana, Inc. meneruskan usaha peluasan antarabangsa dan pembangunan produk pada suku pertama tahun 2017.

1) HempMeds®

Sebuah subsidiari milik penuh HempMeds US, jenama pengguna yang menguasai portfolio, terus mengalami pertumbuhan pada tahun 2017 serta memperlihatkan pencapaian berikut:

  • Melancarkan program sekutu baharu.  
  • Melantik pengurus jualan baharu.
  • Menambah kakitangan jualan dengan menambah sepuluh wakil dalaman dan empat wakil luar.
  • Melantik pengarah jualan dan pemasaran dalam talian baharu.

2) HempMeds Brazil®

Sebuah subsidiari milikan 93.4% HempMeds Brazil, yang menerima permit pertama negara untuk produk kanabis, mencapai kejayaan berikut pada suku pertama tahun 2017:

  • Bekerjasama dengan salah satu pengedar borong global utama bagi produk farmaseutikal.
  • Mula mengimport RSHO™ Label Hijau yang mengandungi konsentrasi kanabinoid yang tinggi dalam bentuk asid, ke Brazil
  • Mengumumkan kebenaran daripada kerajaan Brazil untuk menjual produknya bagi merawat pesakit di negara tersebut yang mengalami penyakit Alzheimer, Sklerosis Berbilang dan Gangguan Spektrum Autisme (ASD).
  • Mengadakan simposium kanabis perubatan pertama seumpamanya di negara tersebut khusus untuk memberikan maklumat kepada komuniti perubatan Brazil tentang nilai perubatan kanabinoid dan bagaimana untuk mengimport secara sah produk Syarikat ke dalam negara untuk pesakit dengan syarat-syarat yang diluluskan.
  • Melantik pengurus pemasaran dan penglibatan komuniti.

3) HempMeds Mexico®

Sebuah subsidiari milik penuh HempMeds Mexico, yang memperoleh permit import pertama seumpamanya untuk produk kanabis bagai produk-produk RSHO™ dan RSHO-X™ daripada kerajaan persekutuan Mexico dan Paraguay pada tahun 2016, memperlihatkan kejayaan berikut pada suku pertama tahun 2017:

  • Produknya digunakan dalam kajian klinikal yang dijalankan oleh Dr. Saul Garza, menunjukkan penurunan serangan epilepsi dalam 86% pesakit.  
  • Memperoleh kebenaran daripada pihak berkuasa kesihatan Mexico COFEPRIS untuk mengimport Real Scientific Hemp Oil-X (RSHO-X) bagi merawat kesakitan berkaitan kanser, indikasi ketiga Syarikat yang diluluskan di Mexico.
  • Melancarkan laman sesawang korporat baharu.
  • Meraikan sambutan ulang tahun pertama operasi di Mexico yang mana ia menerima permit pertama di negara tersebut untuk menjual produk kanabis.

4) Kannaway®

Subsidiari Kannaway, jenama gaya hidup hem terunggul, baru-baru ini mengalami pertumbuhan pendapatan 11 kali ganda bagi perbandingan dengan tahun sebelumnya, dan memperlihatkan kejayaan berikut pada suku pertama tahun 2017:

  • Melancarkan produk baharu, "Minyak Hem Premium Emas Kannaway®", minyak hem CBD semula jadi sepenuhnya, berspektrum penuh dan ditapis, ke dalam rangkaian produk gaya hidup CBD.
  • Memperkenalkan rangkaian makanan tambahan tenaga boleh kunyah diperbaharu, "Kunyahan Tenaga Kannaway," pilihan makanan tambahan tenaga berasaskan hem yang bersaiz kecil.
  • Mengumumkan rancangan peluasan antarabangsa syarikat yang pertama seumpamanya.
  • Melantik Alex Grapov sebagai Naib Presiden Antarabangsa syarikat bagi memantau usaha peluasan tersebut. 

MAKLUMAT PENTING PELABURAN SUKU PERTAMA

1) AXIM Biotechnologies®

AXIM Biotechnologies (OTCQB: AXIM) ialah syarikat bioteknologi penyelidikan dan pembangunan kanabinoid. Medical Marijuana, Inc. memiliki 22,669,100 saham bernilai kira-kira $308,704,704. Harga tutup saham ialah $13.44 setakat 31 Mac 2017, yang meningkat sebanyak $13.04 daripada $0.40 setakat 31 Mac 2016. AXIM Biotechnologies turut mencapai kejayaan berikut:

  • Memperoleh keputusan data farmakokinetik (PK) positif untuk Gula-gula CBD CanChew Plus®.
  • Merekrut 40 pesakit dan menjalankan ujian percubaan klinikal Fasa II untuk rawatan sindrom usus rengsa (IBS) dengan Gula-gula CBD CanChew Plus®.   
  • Mengekalkan perkhidmatan Contract Research Organization Ora®, Inc. global bagi melaksanakan produk dan pembangunan akan datang (berasaskan AXIM IP) dan percubaan klinikal bagi merawat glaukoma dan kekeringan mata dengan memanfaatkan terapeutik berasaskan kanabinoid.
  • Memeterai Perjanjian Helaian Istilah dengan syarikat penghasilan Bahan Farmaseutikal Aktif (API) bahan kawalan berpangkalan di A.S. bagi menghasilkan produk gula-gula kunyah berfungsi berasaskan dronabinol dan dikawal pelepasannya, berdasarkan AXIM IP dan teknologi, yang akan mempunyai biokesetaraan yang sama dengan Marinol®, yang kekal sebagai satu-satunya ubat berasaskan kanabis yang diluluskan FDA yang tersedia di A.S.

2) Kannalife Sciences

Kannalife Sciences Inc. ialah syarikat bioteknologi peringkat awal yang terlibat dalam pembangunan farmaseutikal untuk sebatian terapeutik baharu berasaskan kanabinoid dengan 16.7% adalah milikan Medical Marijuana, Inc. Kannalife memperoleh perjanjian pelesenan dengan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) Amerika Syarikat untuk dua indikasi: (1) Ensefalopati Hepatik (HE) dan keduanya untuk kecederaan kepala traumatik, dikenali sebagai (2) Ensefalopati Traumatik Kronik (CTE).

  • Mencapai perkembangan ketara dalam program pembangunan klinikal sepanjang tahun 2017 memanfaatkan teknologi proprietari dan perjanjian eksklusif dengan Institut Kesihatan Kebangsaan.
  • Harta intelek tambahan sedang diusahakan dan difailkan.
  • Pelbagai calon ubat terbatas sedang dikenal pasti.

MAKLUMAT PENTING INDUSTRI

Kanabis yang sah di sisi undang-undang dikatakan sebagai industri paling pesat berkembang di seluruh dunia.

  • Di Amerika Syarikat, 44 negeri, Daerah Columbia, Puerto Rico dan Guam telah meluluskan sebahagian undang-undang kanabis
    • Penggunaan kanabis dewasa adalah sah di 8 negeri termasuk di Daerah Columbia  
    • Penggunaan kanabis untuk perubatan adalah sah di 29 negeri termasuk Daerah Columbia
    • Penggunaan kanabis khusus-CBD adalah sah di 16 negeri
  • Jualan kanabis di Amerika Utara berjumlah $6.7 bilion pada tahun 2016, menurut Arcview Market Research
  • Jualan di Amerika Utara diunjurkan mencecah $20.2 bilion menjelang tahun 2021, menurut Arcview Market Research   
  • Jualan industri hem A.S. berjumlah $688 juta pada tahun 2016, menurut Hemp Business Journal

KEPUTUSAN KEWANGAN SUKU PERTAMA 2017

Pendapatan Kasar:
Suku Pertama 2016 – $1,535,728
Suku Pertama 2017 – $3,612,739

Keuntungan Kasar:
Suku Pertama 2016 – $820,446
Suku Pertama 2017 – $2,545,229

Pendapatan/Kerugian Bersih:
Suku Pertama 2016 – ($11,096,659)
Suku Pertama 2017 – ($2,222,818)

Pendapatan Komprehensif Bersih:
Suku Pertama 2016 – ($9,708,598)
Suku Pertama 2017 – $105,632,830

Jumlah aset:
Suku Pertama 2016 – $214,115,665
Suku Pertama 2017 – $494,182,096

Latar Belakang Medical Marijuana, Inc.

We are a company of firsts®. Matlamat kami adalah untuk menjadi penginovasi industri kanabis dan hem terunggul, memanfaatkan pasukan profesional kami untuk menyumber, menilai dan membeli syarikat dan produk bernilai tambah, yang membolehkan mereka mengekalkan integriti dan semangat keusahawanan mereka. Kami berusaha memberi kesedaran dalam industri kami, menjalankan perniagaan yang mesra alam dan boleh menampung dari segi ekonomi, di samping meningkatkan nilai pemegang saham. Untuk butiran lanjut tentang portfolio dan syarikat pelaburan Medical Marijuana, Inc., layari www.medicalmarijuanainc.com.

Untuk melihat kenyataan video Medical Marijuana, Inc., klik di sini.

Para pemegang saham turut digalakkan mengunjungi Medical Marijuana, Inc. Shop untuk mendapatkan produk dengan harga diskaun.

PENAFIAN DAN PENDEDAHAN JANGKAAN 

Siaran media ini mungkin mengandungi kenyataan dan maklumat jangkaan tertentu, seperti yang ditakrifkan dalam maksud Seksyen 27A Akta Keselamatan 1933 dan Seksyen 21E Akta Bursa Sekuriti 1934 dan tertakluk kepada kenyataan Perlindungan Selamat yang disediakan oleh seksyen-seksyen tersebut. Bahan ini mengandungi kenyataan tentang peristiwa masa depan yang dijangka dan/atau keputusan kewangan dalam bentuk kenyataan jangkaan dan tertakluk kepada risiko dan ketidaktentuan. Kenyataan jangkaan berkenaan mengikut definisinya melibatkan risiko dan ketidaktentuan.

Kenyataan dalam siaran media ini belum dinilai oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) dan bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa-apa penyakit. Syarikat tidak menjual atau mengedarkan mana-mana produk yang melanggar Akta Bahan Terkawal Amerika Syarikat. Syarikat menjual dan mengedarkan produk berasaskan hem.

HUBUNGI: 

Hubungi Bahagian Perhubungan Awam:

Andrew Hard
Ketua Pegawai Eksekutif
CMW Media
P: 888-829- 0070
andrew.hard@cmwmedia.com
www.cmwmedia.com

MJNA_Product_Pipeline_6_2_17_V8_Infographic
MJNA_Product_Pipeline_6_2_17_V8_Infographic

 

Kannalife_Product_Pipeline_6_2_17_V6_Infographic
Kannalife_Product_Pipeline_6_2_17_V6_Infographic
axim_pipeline_gfx_06_01_17_ver1_Infographic
axim_pipeline_gfx_06_01_17_ver1_Infographic

 

 

Foto - http://mma.prnewswire.com/media/519430/MJNA_Product_Pipeline_6_2_17_V8_Infographic.jpg
Foto - http://mma.prnewswire.com/media/519429/Kannalife_Product_Pipeline_6_2_17_V6_Infographic.jpg
Foto - http://mma.prnewswire.com/media/519428/axim_pipeline_gfx_06_01_17_ver1_Infographic.jpg

Source: Medical Marijuana, Inc.
Related Stocks:
OTC:MJNA
Related Links:
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals OTC/SmallCap IRW Supplementary Medicine Earnings