omniture

China Huayang Group Pilih SkyPower sebagai Rakan Global Bangunkan Projek Tenaga Solar Seluruh Dunia

SkyPower
2017-06-09 00:07 576

TORONTO, 9 Jun 2017 /PRNewswire/ -- SkyPower, pembangun bertaraf global terbesar di dunia bagi projek-projek tenaga solar berskala utiliti, dan China Huayang Economic and Trade Group Co., sebuah syarikat milik kerajaan Cina di bawah Majlis Promosi Perdagangan Antarabangsa China, hari ini mengumumkan kedua-duanya telah memeterai satu perkongsian bertaraf dunia bersama-sama.

Zul Kapadia, Director, Global Intelligence & Integration, SkyPower; Amit De, Senior Vice President, Finance & Strategy, SkyPower; Maria Vorobieva, Senior Director, International Public Affairs, SkyPower; Kerry Adler, President and Chief Executive Officer, SkyPower; Wendy Wei, CEO, Huayang International Capital Holdings; Kelly Yin, Vice President, Asia Strategy, SkyPower; Roger Zhu, Managing Director, Huayang International Capital Holdings; Mr. Zhang Tao, director of International Trade, Huayang International Capital Holdings
Zul Kapadia, Director, Global Intelligence & Integration, SkyPower; Amit De, Senior Vice President, Finance & Strategy, SkyPower; Maria Vorobieva, Senior Director, International Public Affairs, SkyPower; Kerry Adler, President and Chief Executive Officer, SkyPower; Wendy Wei, CEO, Huayang International Capital Holdings; Kelly Yin, Vice President, Asia Strategy, SkyPower; Roger Zhu, Managing Director, Huayang International Capital Holdings; Mr. Zhang Tao, director of International Trade, Huayang International Capital Holdings

Huayang memilih SkyPower untuk menjadi rakan globalnya demi membangunkan, membina dan mengendalikan projek-projek solar berskala utiliti besar dalam pasaran-pasaran strategik utama. Perkongsian ini menggabungkan keupayaan kewangan Huayang yang luas dengan kepakaran solar terbukti SkyPower demi menghasilkan tenaga baharu dan bersih selain ratusan ribu peluang pekerjaan untuk berpuluh-puluh negara di seluruh dunia. Mandat dan objektif perkongsian ini adalah untuk memajukan visi Presiden Cina Xi Jinping bagi menghapuskan halangan yang terdapat di negara-negara dalam Inisiatif Jalur dan Jalan.

Semasa mengulas tentang pemilihan SkyPower oleh Huayang serta penandatanganan perjanjian bersejarah pada hari ini di Toronto, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SkyPower, Kerry Adler berkata, "SkyPower amat berbangga dapat menjadi sebahagian daripada dasar berwawasan Presiden Xi dalam usaha membuka peluang ekonomi dan perdagangan di kawasan-kawasan Jalur dan Jalan, meningkatkan peluang pekerjaan yang cukup banyak dan menjamin pertumbuhan ekonomi selain keselamatan sepanjang Jalan tersebut. Perkongsian ini jelas memperlihatkan bagaimana syarikat-syarikat Kanada dan Cina dapat berganding bahu, dengan bekerjasama dan melangkah bersama-sama bagi memanfaatkan kemahiran dan keupayaan setiap negara demi membantu menangani dan mengatasi perubahan iklim serta 16 Matlamat Pembangunan Lestari (SGD) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) lain, yang amat penting kepada umat manusia serta generasi-generasi mendatang."

Weiwen Cheng, Ketua Pegawai Eksekutif Huayang International Capital Holdings, cabang kewangan antarabangsa untuk China Huayang Group, mengulas: "Salah satu objektif utama Inisiatif Jalur dan Jalan, seperti yang diperkenalkan di Beijing pada Mei 2017 dalam kalangan 29 Ketua Negara asing, wakil kerajaan dan syarikat global dari negara-negara seluruh dunia, adalah untuk syarikat-syarikat Cina mendapatkan organisasi-organisasi terkemuka dunia dan membina perkongsian dan platform global demi memajukan inisiatif penting seperti perubahan iklim. Setelah Huayang menjalankan kajian meluas sejak enam bulan lalu terhadap pembangun solar di serata dunia, Huayang memilih SkyPower, pembangun bertaraf global yang terkemuka di dunia bagi projek tenaga solar berskala utiliti, sebagai rakan kongsi global untuk bersama-sama membangunkan dan membina projek tenaga boleh diperbaharui di negara-negara dalam Inisiatif Jalur dan Jalan, selain di negara-negara utama lain yang terpilih. Saya percaya perkongsian unik ini, iaitu bersama syarikat seperti SkyPower yang memiliki integriti terhebat, kaliber tertinggi dan bertahap profesionalisme sama seperti Huayang, akan mewakili dan menghasilkan pelbagai projek tenaga boleh diperbaharui yang berjaya menerusi Inisiatif Jalur dan Jalan. Huayang berhasrat untuk memanfaatkan perkongsian ini bagi membantu menggalakkan perdagangan serta pembiayaan yang diperlukan, yang pastinya akan memberi banyak faedah kepada penduduk dan komuniti di negara-negara ini. Huayang berhasrat untuk menubuhkan dana kegunaan khas bernilai berbilion-bilion $US bagi merealisasikan inisiatif strategik yang penting ini untuk projek-projek perkongsian dengan SkyPower."

"Huayang membawakan keupayaan kewangan yang amat kukuh untuk perkongsian ini serta fokus, visi dan strategi yang jelas, khususnya menerusi Inisiatif Jalur dan Jalan. Keupayaan ini, digandingkan dengan rekod prestasi SkyPower serta kepakaran pembangunan dalam industri tenaga solar berskala utiliti, mewujudkan peluang unik untuk membantu menyediakan bekalan elektrik berkos lebih rendah kepada berpuluh-puluh juta penduduk di serata dunia," tambah Kelly Yin daripada SkyPower, Naib Presiden Asia Strategy.

Perjanjian ini ditandatangani pada 7 Jun 2017 di ibu pejabat global SkyPower, yang terletak di Toronto, Kanada dan merupakan perkongsian pertama seumpamanya.

Latar Belakang SkyPower
www.skypower.com  

SkyPower ialah salah satu pembangun serta pemilik projek-projek tenaga solar berskala utiliti yang paling berjaya dan terbesar di dunia. Mula bertapak sejak lebih 14 tahun lalu, pasukan global SkyPower memiliki rekod prestasi yang luas menerusi lebih 975 tahun pengalaman terkumpul dalam projek-projek kuasa dan infrastruktur besar.

Pasukan SkyPower yang berpengalaman dan amat berkemahiran telah membangunkan, memasang dan memperoleh saluran paip yang luas sebanyak lebih 25 GW di seluruh dunia – ada antaranya yang diumumkan baru-baru ini untuk dibangunkan di Timur Tengah, Afrika dan Asia Selatan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Lebih 30 Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) solar berskala utiliti dan Kontrak dalam agregat SkyPower mewakili berbilion-bilion dolar jualan tenaga boleh diperbaharui dalam tempoh jangka panjang untuk utiliti dan kerajaan utama di serata dunia.

SkyPower sebahagian besarnya dimiliki oleh CIM Group, pengurus dana hartanah dan infrastruktur bandar khidmat penuh yang berpangkalan di A.S. yang ditubuhkan pada tahun 1994 serta telah melabur secara sistematik dan membuahkan hasil dalam komuniti yang dinamik serta padat penduduknya di seluruh Amerika Utara.

Latar Belakang China Huayang Economic and Trade Group Co., Ltd

China Huayang Economic and Trade Group Co., Ltd. ialah sebuah syarikat perusahaan milik kerajaan di China di bawah Majlis Promosi Perdagangan Antarabangsa China (CCPIT). CCPIT, selaku entiti perdagangan kerajaan Cina, diasaskan pada tahun 1952 di bawah arahan langsung Majlis Negeri China.

Huayang ialah sebuah konglomerat perindustrian yang beroperasi dalam industri pembinaan infrastruktur, hartanah komersial, petrokimia, komponen auto, perdagangan antarabangsa, produk teknologi dan pameran selain perkhidmatan kewangan. Syarikat memegang syer majoriti dalam Xiamen International Bank, Bank of Anshan dan Bank of Rizhao. 

For further information, Maria Vorobieva, Pengarah Kanan, Hal Ehwal Awam Antarabangsa, mariav@skypower.com, +1 416 979 4625; Kelly Yin, Naib Presiden, Asia Strategy, kellyy@skypower.com, +1 416 979 4625; Shamini Selvaratnam, Pengarah, Hubungan Antarabangsa dan Institusi, shaminis@skypower.com, +1 202 660 8499; Untuk maklumat lanjut tentang China Huayang Group, sila hubungi: Roger Zhu, Pengarah Urusan, zhuym_chygroup@126.com, +1 647 960 4588

Foto - http://mma.prnewswire.com/media/521231/SKYPOWER.jpg

Source: SkyPower
Keywords: Alternative Energies Banking/Financial Service Utilities Joint ventures