omniture

Deccan Odyssey Dinobat Kereta Api Mewah Utama Asia di World Travel Awards buat Kali ke-7

Deccan Odyssey
2017-06-12 08:39 536

MUMBAI, 12 Jun 2017/PRNewswire/ --

Dalam usaha mengekalkan legasinya, Deccan Odyssey sekali lagi berjaya merangkul gelaran Kereta Api Mewah Utama Asia. Terkenal dengan lawatan kereta api mewah yang padat dengan kisah-kisah kerabat diraja, istana bertatahkan berlian istimewa serta hidupan liar eksotik, Deccan Odyssey telah mempesonakan para pengembara serata dunia. Penghargaan berprestij itu disampaikan dalam sebuah majlis gilang gemilang yang diadakan di Grand Kempinski Hotel di Shanghai, China. Dihadiri oleh ratusan tokoh tersohor dalam industri pengembaraan, World Travel Awards dianggap sebagai Anugerah Oscar bagi industri pengembaraan.

generated by system

Ketika menerima anugerah ini, Arup Sen, Pengarah, Projek Khas berkata, "Deccan Odyssey memberikan anda satu pengenalan yang santai dan intim kepada kehebatan India. World Travel Award yang dianugerahkan kepada Deccan Odyssey buat kali ke-7 menjadi bukti dedikasi kami dalam usaha menakrifkan semula erti kemewahan menerusi inovasi. Pengiktirafan ini menjadi perangsang kepada kami untuk terus menakrifkan semula perkhidmatan kami buat para tetamu kami yang dihormati."

Keindahan Maharashtra, Jejak Liar Maharashtra, Khazanah Tersembunyi Gujarat, Permata Deccan, Pengembaraan India dan Persinggahan India ialah lawatan-lawatan menakjubkan yang dimulakan oleh Deccan Odyssey dalam usaha memperkenalkan kekayaan dan kepelbagaian landskap India. Baru-baru ini, kereta api mewah ini menjalani kerja-kerja pengubahsuaian sebelum menyambung semula perkhidmatannya mulai Oktober tahun ini.

World Travel Awards menyambut ulang tahunnya yang ke-24 tahun ini dan diiktiraf di seluruh dunia sebagai anugerah pengembaraan terunggul. Ia berperanan untuk mengiktiraf, menganugerahkan dan meraikan kecemerlangan dalam semua sektor industri pengembaraan dan pelancongan dunia.

Latar Belakang Deccan Odyssey 

Deccan Odyssey memiliki 21 koc, yang mana 12 daripadanya merupakan gerabak penumpang yang boleh memuatkan 8 orang bagi setiap koc (10 gerabak penumpang/mewah, 4 coupe setiap koc - 2 gerabak suit presiden, 2 coupe setiap koc), 1 gerabak persidangan/hiburan, 2 gerabak menjamu selera, 2 gerabak janakuasa dengan ruang simpanan bagasi, 2 gerabak kakitangan, 1 gerabak spa, dan 1 gerabak bar. Muatan keretapi ini adalah untuk 88 orang penumpang.  

Pada tahun 2016, Deccan Odyssey berjaya meraih pelbagai anugerah dan antaranya ialah World Travel Award bagi kategori Kereta Api Mewah Utama Asia, Anugerah Pilihan Juri TTJ  bagi Kecemerlangan dan Inovasi serta North India Travel Award bagi kategori Kereta Api Mewah Terbaik di India pada tahun 2015.

Untuk butiran media selanjutnya, hubungi:
Thomas C. Thottathil
Cox & Kings Ltd.
Ketua - Komunikasi Korporat
T: +91-22-22709100
E: thomasct@coxandkings.com

Sumber: Deccan Odyssey

Source: Deccan Odyssey
Keywords: Leisure/Travel/Hotels Railroads and Intermodal Transportation Transportation Travel