SAN JOSE, California , 12 Jun 2017 /PRNewswire/ -- SIDANG KEMUNCAK DATAWORKS / SIDANG KEMUNCAK HADOOP -- Hortonworks, Inc. ® (NASDAQ: HDP), penginovasi terkemuka bagi platform data terbuka dan terhubung, hari ini mengumumkan langganan sokongan perisian baharu bagi memberikan sokongan lancar kepada organisasi-organisasi sewaktu beralih daripada penyelesaian dalam premis kepada infrastruktur awan. Dalam dunia yang mengutamakan penyelesaian awan masa kini, lebih banyak syarikat memilih untuk memindahkan beban kerja kepada infrastruktur awan demi ketangkasan dan kefleksibelan yang lebih hebat. Langganan Sokongan Fleks Hortonworks memberikan pengguna dengan langganan sokongan Hortonworks Data Platform (HDP®) tunggal yang boleh dipindahkan antara pengaturan awan dan dalam premis, membolehkan penggunaan seni bina data terhubung yang lebih ringkas.
"Pelanggan kami kini beralih kepada penyelesaian awan dalam jumlah yang belum pernah berlaku sebelum ini dan mereka memerlukan model sokongan yang sepadan dengan realiti pengaturan hibrid masa kini dengan faktor muatan berubah-ubah," kata Jamie Engesser, naib presiden pengurusan produk di Hortonworks. "Buat pertama kali, pelanggan Hortonworks boleh membeli satu langganan sokongan yang memberikan mereka kefleksibelan untuk menggunakan HDP dalam infrastruktur awan, dalam premis mahupun dalam seni bina hibrid sebagaimana yang diperlukan."
Menurut Tinjauan Data dan Analisis Global Business Technographics® Forrester, 2016, peralihan kepada infrastruktur awan awam untuk data besar ialah keutamaan tertinggi bagi pembuat keputusan teknologi data dan analisis global1. Kini, kira-kira 25 peratus pelanggan Hortonworks telahpun menggunakan penyelesaian Hortonworks dalam infrastruktur awan awam pada hari ini.
Dengan Sokongan Fleks, Hortonworks memudahkan peralihan pelanggan kepada infrastruktur awan dan seni bina awan hibrid dengan memadankan model sokongan perisiannya dengan kadar ketahanan dan kefleksibelan yang diharapkan oleh pelanggan daripada penyelesaian awan. Pelanggan memperoleh kebebasan untuk memenuhi permintaan perniagaan yang tidak menentu bukan sekadar untuk kapasiti bulanan, bahkan juga dari segi pilihan infrastruktur. Langganan sokongan tunggal tersebut merangkumi infrastruktur dalam premis HDP dan dalam awan, serta perkhidmatan awan yang memberikan bimbingan pakar untuk mengoptimumkan beban kerja Spark, ETL dan analitik dalam Awan Data Hortonworks untuk AWS . Secara keseluruhan, Sokongan Fleks memberikan syarikat-syarikat perusahaan dengan ciri ketangkasan dan sokongan lancar yang dioptimumkan untuk keperluan infrastruktur data besar khusus mereka.
"Sebagai sebuah syarikat yang memberikan perisian cukai kepada lebih 50 peratus syarikat Fortune 500, selain syarikat-syarikat seluruh dunia, Vertex memerlukan sistem yang sentiasa tersedia, boleh diskala dan fleksibel untuk disediakan kepada pelanggan kami," kata Jennifer Kurtz, ketua pegawai teknologi, Vertex, Inc. "Dengan Langganan Sokongan Fleks Hortonworks, kami berupaya beradaptasi dan berkembang dengan penuh yakin dan memberikan sokongan termaju."
Langganan Sokongan Fleks Hortonworks kini tersedia. Untuk maklumat lanjut, Hortonworks akan mengadakan webinar pada 27 Jun 2017 pada jam 11 PAGI PT. Daftar di sini: https://hortonworks.com/webinar/powering-big-data-success-cloud/
Bacaan lanjutan
Hortonworks dan HDP ialah tanda dagangan berdaftar atau tanda dagangan Hortonworks, Inc. dan subsidiarinya di Amerika Syarikat dan negara-negara lain. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.hortonworks.com. Semua tanda dagangan lain adalah hak milik pemilik masing-masing.
Maklumat Perhubungan Media
Michelle Lazzar
+1-408-828-9681
comms@hortonworks.com
1 The Cloudy Future of Hadoop, Forrester Research, Inc., 1 Mac 2017
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140227/SF73721LOGO