omniture

G2A PAY Perjelaskan Gerbang Pembayaran dan Peranannya dalam e-Dagang

G2A.com
2017-06-14 17:12 487

HONG KONG, 14 Jun 2017 /PRNewswire/ -- Peningkatan kepentingan e-Dagang dalam perdagangan global memerlukan kaedah pembayaran yang boleh mengendalikan pelanggan yang menggunakan mata wang yang berbeza atau kaedah pembayaran pilihan. Inilah sebabnya pemilihan gerbang pembayaran yang betul merupakan salah satu perkara yang paling penting yang perlu dipertimbangkan oleh syarikat semasa memulakan gedung perniagaan.

generated by system

Apakah fungsi dan tujuan sebenar gerbang pembayaran bagi e-Dagang?

Pada dasarnya, ia merupakan perkhidmatan yang mengesahkan kad kredit pelanggan (atau sumber lain), memastikan bahawa terdapat wang yang mencukupi untuk membuat pembelian, dan akhirnya menguruskan pemindahan. Ia merupakan versi dalam talian bagi terminal kad di kedai biasa, tetapi kebiasaannya gerbang pembayaran boleh menampung lebih daripada kad semata-mata.

Sebahagian daripada gerbang yang dikenali ialah Stripe, PayPal, G2A PAY atau Authorize.net, namun terdapat banyak lagi gerbang yang lain denga sebahagian daripadanya  menumpu kepada sektor khusus (cth. hiburan), dan lain-lain kebanyakannya menumpu kepada rantau tertentu, seperti Rusia atau Amerika Syarikat.

Selalunya, gerbang pembayaran dalam talian juga menawarkan perkhidmatan yang lebih lengkap, termasuk akaun khusus peniaga. Ia boleh membantu peniaga yang baru berjinak-jinak dengan perniagaan daripada bersusah-payah berurusan dengan bank, dan dengan itu mempercepatkan keseluruhan persiapan kedai dalam talian untuk pelanggan.

Kebanyakan penyedia perkhidmatan pembayaran juga menawarkan bantuan dengan penyepaduan gerbang pembayaran. PayPal, Authorize.net atau G2A PAY yang dinyatakan di atas mempunyai API yang telus dan didokumenkan dengan baik dan kakitangan khusus yang menawarkan bantuan dalam menyepadukan penyelesaian ke kedai-kedai pelanggan.

Dalam erti kata lain, gerbang pembayaran penting untuk perniagaan yang mahu memberikan pelanggan mereka kaedah yang paling mudah bagi pembayaran untuk produk dan perkhidmatan yang mereka tawarkan. Selain itu, gerbang pembayaran menyediakan akses yang lebih pantas kepada wang berbanding dengan pemindahan bank tradisional atau COD (bayar waktu terima).

Hubungi: pr@g2a.com

Sumber: G2A.com

Source: G2A.com
Related Links:
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Internet Technology