omniture

Cision Setuju Peroleh L'Argus de la Presse

Cision
2017-06-14 23:27 328

Dengan cadangan pemerolehan L'Argus de la Presse, Cision perkukuh keupayaannya membolehkan syarikat-syarikat bertaraf dunia memantau prestasi liputan media mereka di Perancis.

CHICAGO dan PARIS, 14 Jun 2017 /PRNewswire/ -- Cision dan Capitol Acquisition Corp. III (NASDAQ: CLAC) ("Capitol") hari ini mengumumkan Cision telah memeterai satu perjanjian muktamad untuk memperoleh L'Argus de la Presse ("Argus"), penyedia penyelesaian pemantauan media yang berpangkalan di Paris. Pemerolehan ini menawarkan peluang untuk menyediakan pelanggan korporat dan agensi Perhubungan Awam Argus dengan Cision Communications Cloud™, platform utama untuk komunikator mengenal pasti pengaruh yang relevan, mewujudkan kempen seragam dan mengukur prestasi media reputasi wajar. Pemerolehan ini juga akan memberikan kumpulan pelanggan global sedia ada Cision dengan akses dipertingkat terhadap kandungan media Perancis, membantu mereka memahami dan mengukur kesan komunikasi dan liputan media mereka di Perancis.

"Komunikator dan golongan profesional Perhubungan Awam di Perancis memanfaatkan kuasa media reputasi wajar dan komunikasi moden demi memberikan hasil perniagaan yang lebih baik," kata Kevin Akeroyd, Ketua Pegawai Eksekutif Cision. "Dengan menambah penyelesaian pemantauan media Argus yang mantap ke dalam Cision Communications Cloud, komunikator di Perancis dan seluruh dunia yang menggunakan Cision dapat memahami dengan lebih baik capaian dan kesesuaian liputan media mereka."

"Dengan berhubung menerusi portfolio penyelesaian komprehensif Cision untuk pangkalan data media, pemantauan serta pengagihan siaran akhbar, pemerolehan ini dapat memperluas nilai yang dapat diberikan oleh Argus kepada pelanggan dan kakitangan kami," kata Alexis Donot, Ketua Pegawai Eksekutif L'Argus de la Presse. "Melalui komitmen Cision untuk mendapatkan inovasi media reputasi wajar, pemerolehan ini juga dapat mengukuhkan sumber yang dapat kami bawakan untuk penyelesaian pemantauan media teras kami di Perancis, membantu pelanggan memaksimumkan kualiti analisis media mereka."

Cision akan memperoleh 100% baki saham diterbitkan Argus dengan €9 juta dibayar pada peringkat penutupan dan sehingga €2 juta dibayar dalam tempoh empat tahun akan datang. Bahagian pendahuluan daripada harga belian akan dibiayai secara tunai di tangan atau pinjaman daripada kemudahan kredit pusingan Cision dan tertakluk kepada pelarasan modal kerja biasa.

Transaksi ini dijangka ditutup pada suku kedua atau suku ketiga tahun 2017 dan tertakluk kepada syarat-syarat penutupan biasa.

Latar Belakang Cision

Cision ialah syarikat teknologi komunikasi media dan analitik utama yang membolehkan pemasar dan komunikator mengurus program media reputasi wajar mereka secara berkesan selaras dengan saluran berbayar dan dimiliki demi memacu impak perniagaan. Sebagai pencipta Cision Communications Cloud, platform berasaskan awan media reputasi wajar yang pertama seumpamanya, Cision menggabungkan data canggih, analitik, teknologi dan perkhidmatan ke dalam ekosistem komunikasi yang disatukan yang boleh digunakan oleh jenama-jenama bagi tujuan membina hubungan yang tekal, bermakna dan berkekalan bersama pihak berpengaruh dan pembeli demi memperluas pengaruh pasaran mereka. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.cision.com atau ikuti @Cision melalui Twitter.

Latar Belakang Capitol Acquisition Corp. III

Capitol Acquisition Corp. III ialah syarikat pelaburan awam yang ditubuhkan bagi tujuan pelaksanaan penggabungan, pemerolehan atau gabungan perniagaan yang serupa. Capitol dipimpin oleh Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Mark D. Ein, serta Presiden dan Ketua Pegawai Kewangan L. Dyson Dryden. Sekuriti Capitol disenaraikan dalam bursa saham Nasdaq menerusi simbol saham CLAC, CLACW dan CLACU. Syarikat ini, yang berjaya mengumpul hasil kutipan wang tunai sebanyak $325 juta dalam tawaran awam awal pada Oktober 2015, ialah syarikat pelaburan ketiga Capitol yang didagangkan secara umum. Syarikat pertama, Capitol Acquisition Corp., menubuhkan Two Harbors Investment Corp. (NYSE: "TWO"), amanah pelaburan hartanah (REIT) gadai janji dan syarikat kedua, Capitol Acquisition Corp. II, yang bergabung dengan Lindblad Expeditions, Inc. (NASDAQ: "LIND"), peneraju global bagi pengembaraan ekspedisi.

Maklumat Tambahan

Capitol Acquisition Holding Company Ltd. ("Holdings") telah memfailkan kenyataan pendaftaran dengan SEC dalam Borang S-4 (No. Fail 333-217256) ("Kenyataan Pendaftaran"), yang melibatkan kenyataan proksi awal Capitol, dan prospektus awal berhubung sekuriti Holdings yang akan dikeluarkan berkaitan dengan penggabungan perniagaan yang dicadangkan. Capitol merancang untuk menghantar surat kepada para pemegang sahamnya dengan kenyataan/prospektus muktamad berkenaan sekuriti Holdings yang akan dikeluarkan berkaitan dengan cadangan penggabungan perniagaan. PEMEGANG SEKURITI DIGESA DAN DINASIHATKAN AGAR MEMBACA KENYATAAN/PROSPEKTUS MUKTAMAD TERSEBUT DENGAN TELITI APABILA IA TERSEDIA MEMANDANGKAN IA MENGANDUNGI MAKLUMAT PENTING TENTANG CAPITOL, HOLDINGS, CISION, PENGGABUNGAN PERNIAGAAN DAN HAL-HAL BERKAITAN. Pihak pelabur dan pemegang sekuriti boleh mendapatkan salinan percuma Kenyataan Pendaftaran, dan kenyataan/prospektus proksi muktamad (apabila ia tersedia) serta bahan-bahan lain yang berkaitan dan mana-mana dokumen lain yang difailkan oleh Capitol atau Holdings dengan SEC secara percuma di laman sesawang SEC di www.sec.gov. Selain itu, para pemegang saham boleh mendapatkan salinan percuma Kenyataan Pendaftaran dengan membuat permohonan terus kepada: Capitol Acquisition Corp. III, 509 7th Street NW, Washington, DC 20004 atau dengan menghantar emel kepada info@capitolacquisition.com; dan/atau melayari laman sesawang Cision di www.cision.com atau membuat permohonan bertulis terus kepada Cision, 130 East Randolph St., 7th Floor, Chicago, IL 60601 atau dengan menghantar emel kepada askcision@cision.com.

Peserta-peserta Solisitasi Pemegang Saham Capitol

Capitol dan Cision serta anggota-anggota gabungannya dan juga pengarah dan pegawai eksekutif masing-masing, di bawah peraturan SEC, boleh dianggap sebagai peserta bagi solisitasi proksi daripada para pemegang saham Capitol berhubung cadangan penggabungan perniagaan Cision dengan Capitol. Pihak pelabur dan pemegang sekuriti boleh mendapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang nama-nama dan kepentingan dalam urus niaga yang dicadangkan bagi pengarah dan pegawai Capitol menerusi pemfailan Capitol dengan SEC, termasuk Laporan Tahunan Capitol dalam borang 10-K bagi tahun fiskal berakhir pada 31 Disember 2016, yang difailkan dengan SEC pada 10 Mac 2017. Maklumat tambahan berhubung kepentingan peserta dalam solisitasi proksi berhubung cadangan penggabungan perniagaan disertakan dalam Kenyataan Pendaftaran yang difailkan oleh Holdings.

Tiada Penawaran atau Solisitasi

Siaran akhbar ini bukan satu kenyataan proksi atau solisitasi mendapatkan proksi, persetujuan atau kebenaran berhubung mana-mana sekuriti atau berkaitan urus niaga yang dicadangkan dan tidak boleh dianggap sebagai tawaran untuk menjual atau permintaan mendapatkan tawaran untuk membeli sekuriti Capitol, dan tidak pula sebarang jualan bagi apa-apa sekuriti berkenaan di mana-mana negeri atau bidang kuasa yang tawaran, permintaan atau jualan sedemikian adalah menyalahi undang-undang sebelum pendaftaran atau kelayakan di bawah undang-undang sekuriti di negara atau bidang kuasa berkenaan.

Kenyataan Jangkaan

Siaran akhbar ini mengandungi "kenyataan jangkaan" dalam pengertian peruntukan kenyataan perlindungan selamat bagi Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian Amerika Syarikat 1995. Keputusan sebenar mungkin berbeza daripada yang dijangkakan, dianggarkan dan diramalkan, oleh itu, anda tidak seharusnya bergantung pada kenyataan jangkaan ini sebagai ramalan peristiwa masa depan. Perkataan-perkataan seperti "jangkaan", "anggaran", "unjuran", "penguntukan", "ramalan", "menduga", "berhasrat", "merancang", "mungkin", "akan", "boleh", "harus", "percaya", "meramalkan", "berpotensi", "terus" dan ungkapan yang serupa adalah bertujuan untuk mengenal pasti kenyataan jangkaan berkenaan. Kenyataan jangkaan ini melibatkan risiko dan ketidaktentuan ketara yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza dengan jelas berbanding keputusan yang diharapkan. Capitol dan Cision mengingatkan pembaca agar tidak terlalu bergantung pada mana-mana kenyataan jangkaan, yang menyatakan keadaan setakat tarikh ia dikeluarkan. Capitol dan Cision tidak bertanggungjawab atau menerima apa-apa tanggungjawab atau aku janji untuk menyiarkan sebarang maklumat terkini atau semakan kepada umum berhubung mana-mana kenyataan jangkaan bagi menunjukkan apa-apa perubahan menurut jangkaan mereka atau apa-apa perubahan melibatkan peristiwa, situasi atau keadaan yang mendasari mana-mana kenyataan sedemikian.

Hubungi: 
Nick Bell
Naib Presiden Bahagian Komunikasi
Cision
cisionpr@cision.com

Logo - http://mma.prnewswire.com/media/467136/cision_logo.jpg

Source: Cision
Related Stocks:
NASDAQ:CLAC NASDAQ:CLACU NASDAQ:LIND NYSE:TWO
Related Links:
Keywords: Advertising Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Acquisitions, mergers, takeovers