omniture

Pejabat Media Bandar Düsseldorf: Trivago Lapor Hanya 20 Peratus Kekosongan Bilik Hotel mulai 1 hingga 2 Julai 2017

City of Duesseldorf
2017-06-15 21:59 508

DÜSSELDORF, Jerman, 15 Jun 2017 /PRNewswire/ -- Rancang lawatan anda ke Grand Départ sekarang - hotel-hotel mendapat permintaan tinggi

Sempena acara berbasikal Grand Départ Düsseldorf 2017, permulaan Tour de France, para pengunjung akan mula berkunjung ke ibu negeri North Rhine-Westphalia dari pelbagai tempat pada minggu pertama bulan Julai. Sebuah acara sukan bertaraf antarabangsa, "festival awam" sepanjang laluan dan bandar metropolis mesra pengunjung di Rhine dengan acara kemuncak pengunjung menanti mereka.

Düsseldorf pula tidak sabar-sabar menerima pengunjungnya, yang pastinya akan hadir dalam jumlah yang besar. Hanya kurang sebulan sebelum bermulanya Tour de France, sebagai contoh, portal dalam talian berpangkalan di Düsseldorf, trivago telahpun melaporkan bahawa hanya 20 peratus hotel mempunyai kekosongan bilik di Düsseldorf mulai 1 hingga 2 Julai. Bermula pada 20 Jun hingga 1 Julai, kekosongan bilik hanyalah sebanyak 29 peratus.

Terdapat banyak cara untuk melakukan perjalanan dan cara ini juga boleh digabungkan. Anda boleh mendapatkan maklumat paling penting seperti yang tertera:

… dengan menaiki kapal terbang

Anda boleh menaiki penerbangan ke lapangan terbang antarabangsa Düsseldorf. Ibu negeri ini boleh dikunjungi dengan mudah menerusi penerbangan terus dari lebih 200 bandar di seluruh dunia: http://www.dus.com/de-de. Di lapangan terbang, terdapat kaunter penyambut tetamu untuk para tetamu Grand Départ Düsseldorf 2017 yang membolehkan anda mendapatkan maklumat tentang perjalanan anda yang seterusnya.

… dengan menaiki kereta api

Para pengunjung dari Jerman boleh melakukan perjalanan menerusi Deutsche Bahn dengan harga tetap yang menarik dan eksklusif sebanyak 99 Euro (kelas kedua) atau 159 Euro (kelas pertama), ke seluruh Jerman dalam semua kereta api jarak jauh menerusi Deutsche Bahn. Harga ini dikenakan kepada perjalanan pergi balik dari mana-mana stesen DB di Jerman. Tawaran ini sah mulai 27 Jun 2017 hingga 4 Julai 2017. Tiket-tiket boleh dibeli melalui http://www.duesseldorf-tourismus.de/gd-offers/.

Para pengunjung dari North Rhine-Westphalia pula paling mudah menggunakan kereta api serantau dan "SchönerTagTicket NRW" (30 Euro untuk seorang; 44 Euro untuk lima orang). Ia sah untuk semua kereta api bawah tanah, trem dan bas dalam sistem pengangkutan tempatan di seluruh North Rhine-Westphalia dan bagi kelas kedua untuk semua kereta api tempatan. Tiket boleh ditempah terlebih dahulu melalui aplikasi syarikat pengangkutan Düsseldorf, "Rheinbahn" (http://www.rheinbahn.de/app) atau melalui Internet (http://www.rheinbahn.de/shop ). Para pengunjung dari kawasan yang sah untuk Verkehrsverbund Rhein-Ruhr (VRR) dan dari Düsseldorf juga patut menggunakan kereta api tempatan, kereta api bandar dan bawah tanah serta bas. Di sini, Rheinbahn mengesyorkan "TagesTicket" (tiket harian) untuk sehingga lima orang (bermula pada harga 6.80 Euro/paras harga A).

… mengunjungi Düsseldorf dengan menaiki bas dan kereta api

Sama ada anda melakukan perjalanan dengan menaiki kapal terbang, kereta api, bas mahupun kereta - dari lapangan terbang, stesen kereta api bandar atau stesen laluan-utama, tempat letak kereta dan stesen utama Düsseldorf, yang juga merupakan stesen bas, syarikat pengangkutan tempatan "Rheinbahn" dapat membawa anda dengan mudah ke bandar dan sekitar kawasan bandar.

Di Düsseldorf, Rheinbahn mengesyorkan "TagesTicket" (tiket harian) bermula pada harga 6.80 Euro bagi paras harga A. Dengan ini, pengunjung individu atau berkumpulan sehingga lima orang boleh melakukan perjalanan merentasi pelbagai lokasi seberapa kerap yang mereka mahukan dengan harga yang berpatutan. Tiket-tiket disediakan melalui Internet di http://www.rheinbahn.de/shop atau - cara paling pantas - terus melalui aplikasi Rheinbahn http://www.rheinbahn.de/app.

… dengan menaiki bas

Anda juga boleh mengunjungi Grand Départ sempena Tour de France dengan menaiki bas ke Düsseldorf. Maklumat lanjut tentang perjalanan dan pautan terus kepada penyedia Flixbus, dengan perkhidmatan ke stesen utama Düsseldorf, boleh didapati melalui: http://www.duesseldorf-tourismus.de/gd-offers/

… dengan menaiki bas pelancongan (sewaan)

Düsseldorf Tourismus menawarkan penganjur perjalanan bas dengan sistem tempahan dalam talian untuk mendapatkan ruang meletak bas, yang telahpun membuktikan kehebatannya dalam pasaran Krismas. Maklumat lanjut disediakan di hospitality@duesseldorf-tourismus.de

…dengan memandu kereta

Penutupan jalan akan mula dipersiapkan pada hari Jumaat. Sehingga akhir ujian masa pada hari Sabtu, 1 Julai 7 malam, serta beberapa ketika untuk menyahpasang penghadang, sekatan utama dijangkakan untuk lalu lintas awam di bandar ini. Daerah-daerah Carlstadt, bandar lama, Oberkassel - Luegallee selatan, "Weiße Siedlung" Golzheim, bahagian kiri dan kanan Stockumer Kirchstraße, serta estet kediaman di bahagian utara Beckbuschstraße ditutup untuk lalu lintas awam buat masa ini.

Bagi peringkat kedua juga, anda tidak digalakkan melakukan perjalanan dengan memandu kereta - terutamanya di dalam bandar. Peringkat kedua Grand Départ bermula pada hari Ahad, 2 Julai jam 10 pagi yang dimulakan dengan karavan publisiti di Burgplatz. Penunggang basikal dirancang memulakan kayuhan pada jam 12.03 pagi. Tempoh sekatan yang tidak dapat dielakkan untuk lalu lintas awam di Düsseldorf bermula berturut-turut pada awal pagi mulai jam 5 pagi dan berakhir sekitar jam 4 petang. Penutupan jalan akan dikekalkan bermula sekitar 9 pagi hingga sekurang-kurangnya sejam selepas basikal terakhir Tour de France melepasinya. Peringkat ini membawa penunggang melalui daerah-daerah bandar lama, Carlstadt, pelabuhan, Unterbilk, pusat bandar, Pempelfort, Düsseltal, Grafenberg, Gerresheim, Rath, Mörsenbroich, Derendorf, Niederkassel, Oberkassel, Lörick dan Heerdt.

Pengunjung yang tetap mahu melakukan perjalanan dengan menaiki kereta harus memastikan tempahan ruang meletak kereta dibuat terlebih dahulu secara dalam talian. Ruang meletak kereta ini termasuk tiket harian Rheinbahn untuk empat orang bagi meneruskan perjalanan ke laluan Tour de France. Disertakan bersama pengesahan tempahan, satu lakaran arah bagi kilometer terakhir dan data GPS akan dihantar. Tempahan boleh dibuat melalui: http://www.parkvogel.de/granddepart

Bagi pengguna kerusi roda yang tiba dengan kereta, ruang meletak kereta akan disediakan, contohnya, di Maximilian-Weyhe-Allee, yang boleh ditempah dengan mudah secara dalam talian. Tempahan mengenakan caj nominal sebanyak 5 Euro dan boleh dibuat secara dalam talian di: http://www.parkvogel.de/granddepart

… dengan memandu kereta karavan

Sekitar 800 tempat meletak karavan serba lengkap untuk rumah bergerak disediakan di Pusat Karavan pameran perdagangan Düsseldorf (P1). Tempat ini terletak berdekatan dengan kawasan mula/tamat peringkat pertama. Tempahan boleh dibuat melalui: http://www.parkvogel.de/granddepart

... dengan menunggang basikal

Sekiranya anda ingin mengunjungi Grand Départ di Düsseldorf dengan gaya yang betul menggunakan basikal, anda akan serta merta menemui laluan optimum ke ibu negeri ini melalui perancang lawatan http://www.radroutenplaner.nrw.de. Butiran tentang cara untuk tiba ke peringkat Tour de France menggunakan basikal pada hari peringkat pertama acara ditunjukkan menerusi peta basikal di http://www.duesseldorf.de/fileadmin/Amt13/grand_depart/karten/Etappe1_Radverkehr.pdf

Sekitar peringkat pertama Grand Depart, selain kemudahan meletak basikal sedia ada, ibu negeri Düsseldorf menyediakan sekurang-kurangnya 33,000 kemudahan meletak basikal tambahan. Grid akan turut disediakan, yang membolehkan basikal dikunci. Bandar lama akan dapat diakses dan dikunjungi dengan menunggang basikal pada hari Sabtu, 1 Julai. Akses boleh dibuat dari bahagian selatan melalui Apollo-Platz/Mannesmannufer. Walau bagaimanapun, tunggangan tidak dapat dilakukan sepanjang perjalanan dari bahagian Utara ke Selatan melalui Rheinufer. Antara jambatan Oberkassel dan pameran perdagangan, laluan sepanjang Rhine akan disekat. Dari bahagian Utara pula, titik mula/tamat bagi peringkat pertama boleh dikunjungi melalui Lohauser Deich atau Beckbuschstraße/ArenaStraße. Bahagian kiri dan kanan Rhine dihubungkan dengan jambatan Theodor-Heuss dan juga jambatan Rheinknie, yang juga merupakan sebahagian daripada lencongan untuk penunggang basikal.

Para penunggang basikal mudah sampai ke peringkat kedua Grand Départ menerusi laluan berbasikal sedia ada dan boleh melintasi laluan tersebut pada bila-bila masa - kecuali apabila karavan publisiti, kenderaan iringan dan penunggang basikal melepasinya. Bagi navigasi basikal di dalam bandar, kami mengesyorkan http://www.duesseldorf.de/radschlag atau aplikasi RADschlag.

... dengan menaiki teksi

Sekatan yang sama dikenakan untuk teksi pada kedua-dua hari sempena Grand Départ Düsseldorf 2017, sama seperti kereta. Ditutup untuk laluan berperingkat, tempat menunggu teksi sementara akan disediakan. Para pengunjung perlu memaklumkan pemandu teksi sebelum memulakan perjalanan.

Anda boleh memuat turun bahan berikut untuk kegunaan penyuntingan

Fail: http://ots.de/PCDzw

Perancangan acara, peringkat 1, Sabtu, 1 Julai, dengan lintasan bebas di jambatan dan penghadang sepanjang laluan

Fail: http://ots.de/LaNKc

Perancangan acara, peringkat 2, Ahad, 2 Julai, dengan ruang meletak basikal

Fail: http://ots.de/auLXa

Kemudahan berbasikal dan meletak kenderaan, peringkat 1, Sabtu, 1 Julai

Fail: http://ots.de/h7bYu

Pembentangan berkumpulan, Khamis, 29 Jun

Bagi versi dalam talian: http://ots.de/bZ3YN

Hubungi:
Landeshauptstadt Düsseldorf
Amt für Kommunikation
Kerstin Jäckel-Engstfeld
Telefon: +49211-8993131
E-Mel: presse@duesseldorf.de
http://www.duesseldorf.de

Source: City of Duesseldorf
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Leisure/Travel/Hotels Travel