![]() |
JCR kenal pasti jurnal-jurnal dengan impak tertinggi mengenai kajian perubahan iklim
PHILADELPHIA, 15 Jun 2017 /PRNewswire/ -- Clarivate Analytics hari ini menyiarkan Laporan Petikan Jurnal (JCR) 2017, satu kemas kini tahunan bagi sumber maklumat paling berpengaruh dan komprehensif di dunia mengenai penerbitan penilaian rakan yang kerap dipetik serta sumber skor Faktor Impak Jurnal (JIF).
Sejak tahun 1973, JCR telah menyediakan penilaian kedudukan jurnal dalam penulisan ilmiah melalui penilaian maklumat statistik secara objektif, yang hanya dapat disediakan oleh syarikat penerbit-bebas seperti Clarivate Analytics. Analisis ini merangkumi data petikan, metrik impak dan pengaruh, serta jutaan titik data jurnal yang dipetik dan memetik daripada Web of Science, indeks petikan utama dalam industri untuk bidang sains, sains sosial dan juga sastera dan kemanusiaan.
"Oleh kerana kami memahami kepentingan yang ditekankan oleh komuniti ilmiah terhadap Laporan Petikan Jurnal, kami terus berdedikasi untuk mengekalkan ketepatan serta keandalannya," kata Emmanuel Thiveaud, Naib Presiden, ketua analitik penyelidikan di Clarivate Analytics. "Clarivate menggunakan proses yang tekal dan adil bagi memilih jurnal berkualiti tertinggi dunia untuk dimasukkan dalam JCR."
JCR menawarkan pelbagai metrik untuk menganalisis aktiviti jurnal – bermula daripada akses terbuka kepada penarafan jurnal-jurnal terbaik mengikut bidang, seterusnya membolehkan penerbit, editor dan penyelidik lebih memahami dan menilai impak aktiviti mereka dalam menangani isu-isu seperti kesihatan global dan juga perubahan iklim melalui penyelidikan mereka.
Dengan mengambil contoh perubahan iklim: Walaupun terdapat beribu-ribu kertas penyelidikan diterbitkan mengenai perubahan iklim, kontroversi masih berlarutan. Bagi membantu menambah kejelasan berhubung apa yang didedahkan oleh data, JCR mengenal pasti lima bidang penyelidikan utama dalam perubahan iklim iaitu Sains Alam Sekitar, Meteorologi & Sains Atmosfera, Geosains-Pelbagai Bidang, Ekologi dan Geografi-Fizikal.
Selain itu, berdasarkan Purata Persentil Faktor Impak Jurnal dalam JCR, 10 jurnal terbaik dalam lima bidang ini adalah seperti berikut:
| Jurnal |
Penerbit |
Bidang |
Purata Persentil JIF* |
| 1. Nature Geoscience |
Nature Publishing Group |
Geosains-Pelbagai Bidang |
99.734 |
| 2. Nature Climate Change |
Nature Publishing Group |
Sains Alam Sekitar; Meteorologi & |
99.427 |
| 3. Energy & Environmental Science |
Royal Society of Chemistry |
Sains Alam Sekitar |
99.340 |
| 4. Trends in Ecology & Evolution |
Elsevier |
Ekologi |
99.042 |
| 5. Land Degradation & Development |
Wiley |
Sains Alam Sekitar |
98.719 |
| 6. Earth-Science Reviews |
Elsevier |
Geosains-Pelbagai Bidang |
98.670 |
| 7. Environmental Health Perspectives |
US Department of Health Education & |
Sains Alam Sekitar |
98.284 |
| 8. Bulletin of the American |
American Meteorological Society |
Meteorologi & |
98.235 |
| 9. Gondwana Research |
Elsevier |
Geosains, Pelbagai Bidang |
98.138 |
| 10. ISPRS Journal of Photogrammetry |
Elsevier |
Geografi, Fizikal |
98.102 |
| *Purata Persentil JIF membolehkan perbandingan dibuat terhadap kategori berbeza dengan menyediakan skor ternormal mengikut kedudukan jurnal. |
|||
Terbitan JCR 2017, yang mewakili data petikan 2016 untuk penulisan dalam bidang sains dan sains sosial, menyediakan 11,459 senarai jurnal dalam 236 bidang yang mewakili 81 negara. Sejumlah 132 jurnal menerima JIF pertama dalam laporan ini; 66% jurnal menyaksikan peningkatan berbanding tahun sebelumnya dalam JIF manakala 33% pula menurun. Jurnal-jurnal dengan impak tinggi ini merupakan bahagian penting dalam Web of Science, rangkaian petikan paling komprehensif yang terdiri daripada lebih 33,000 jurnal.
Faktor Impak Jurnal ialah nisbah petikan tahun lalu terhadap artikel yang diterbitkan dalam jurnal tersebut sejak dua tahun lalu. Bagi memastikan JIF kekal telus kepada komuniti penyelidikan, pada akhir tahun ini Web of Science akan menyediakan pautan terus kepada dokumen-dokumen sumber yang mewakili penyebut JIF tersebut. Selain itu, bagi penerbitan JCR tahun hadapan, pautan terus akan turut menyertakan pengangka JIF.
Sewaktu Clarivate Analytics terus menggiatkan pelaburan dalam inovasi, diperkukuh oleh pengambilalihan Publons awal bulan ini, penyiaran JCR ini turut menyediakan ciri peningkatan baharu seperti Peratusan Item Boleh Petik dan penapis baharu bagi menjadikan analisis JCR lebih mudah. Peratusan Item Boleh Petik menunjukkan peratusan kandungan jurnal yang dianggap "boleh dipetik" untuk pengiraan JIF.
JCR tersedia melalui InCites, platform berasaskan web bersepadu yang dikuasakan oleh data daripada Web of Science. Ia digunakan untuk mengukur output dan impak penyelidikan, memantau trend dan menanda aras artikel, jurnal, institusi serta penyelidik.
Selain itu, metrik Kuartil Faktor Impak Jurnal JCR akan ditambah ke dalam InCites Benchmarking & Analytics pada lewat minggu ini. Institusi-institusi yang menilai impak penyelidikan mereka boleh menggunakan kuartil jurnal untuk lebih memahami sebahagian daripada output fakulti mereka yang diterbitkan dalam jurnal-jurnal terkemuka, selain menjejaki perubahan dari semasa ke semasa.
Ketahui lebih lanjut tentang Laporan Petikan Jurnal, atribusi dan penggunaan data yang betul serta cara untuk menghantar jurnal.
Clarivate Analytics
Clarivate™ Analytics mempercepatkan kadar inovasi dengan menyediakan pandangan dan analitik yang dipercayai untuk pelanggan di seluruh dunia, yang membolehkan mereka untuk menemui, melindungi dan mengkomersialkan idea baharu dengan lebih pantas. Sebelum ini dikenali sebagai perniagaan Harta Intelek dan Sains Thomson Reuters, kami memiliki dan mengendalikan koleksi perniagaan berasaskan langganan utama yang memberi tumpuan terhadap penyelidikan saintifik dan akademik, analitik paten dan piawaian kawal selia, farmaseutikal dan kecerdasan bioteknologi, perlindungan tanda dagangan, perlindungan jenama domain dan pengurusan harta intelek. Kini, Clarivate™ Analytics merupakan sebuah syarikat bebas yang menggaji lebih 4,000 kakitangan, beroperasi di lebih 100 negara dan memiliki jenama-jenama terkenal termasuk Web of Science™, Cortellis™, Derwent™, CompuMark™, MarkMonitor® dan Techstreet™, antara lain. Untuk maklumat lanjut, sila layari clarivate.com.
Foto - http://mma.prnewswire.com/media/523019/Clarivate_Analytics_JCR_Infographic.jpg
Logo - http://mma.prnewswire.com/media/455613/clarivate_logo_for_press_release_Logo.jpg