omniture

JA Solar Bekalkan Loji Kuasa Solar Terapung Terbesar Dunia

JA Solar Holdings Co., Ltd.
2017-06-16 03:07 589

--Menghantar 40 MW Modul untuk Projek Bandar Huainan China

BEIJING, 16 Jun 2017 /PRNewswire/ -- JA Solar Holdings Co., Ltd. (JASO) ("JA Solar"), salah satu pengeluar produk solar terbesar dunia, hari ini mengumumkan ia membekalkan modul-modul untuk loji kuasa solar terapung paling besar di dunia.

Sistem solar PV terapung 40 MW ini dipasang di kawasan perairan akibat banjir bekas lombong arang batu di Bandar Huainan, wilayah Anhui, China. Projek solar ini dihubungkan pada Mei 2017 dan mempunyai kapasiti untuk menyediakan sebahagian besar cahaya dan penyaman udara untuk bandar berdekatan. Modul dwi-kaca mono yang digunakan dalam projek ini kesemuanya dikeluarkan oleh JA Solar.

Modul-modul JA Solar amat sesuai untuk projek seperti ini. Modul-modul tersebut telah melepasi ujian jangka panjang keandalan dan ketahanan persekitaran. Prestasi anti-PID yang cemerlang dan ketahanan terhadap kakisan menjamin prestasinya walaupun terdapatnya kelembapan di lokasi terapung. Selain itu, jaminan 12 tahun bagi bahan-bahan dan mutu kerja serta jaminan kuasa linear selama 30 tahun untuk modul-modul dwi-kaca memastikan pelanggan dapat menikmati pulangan wang yang mantap.

PV terapung ialah pasaran baru muncul yang menarik, berpotensi mencapai pertumbuhan yang pesat. Permintaan terus meningkat untuk PV terapung, khususnya di pulau-pulau, disebabkan oleh kos permukaan air umumnya lebih rendah berbanding kos di darat. Selain itu, kesan penyejukan penyejatan air membantu mengurangkan suhu modul, yang meningkatkan kecekapan modul serta mengelakkan degradasi. 

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif JA Solar En. Baofang Jin mengulas: "Kami berasa teruja dengan peluang untuk menyumbang terhadap projek terkenal ini. JA Solar akan meneruskan usahanya untuk membangunkan, menginovasi dan meningkatkan teknologi produk, yang akan membolehkan kami mengambil bahagian dalam projek-projek solar rintis yang serupa."

Source: JA Solar Holdings Co., Ltd.
Related Stocks:
NASDAQ:JASO
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities