omniture

ALTAVE dan Airstar Aerospace ganding bahu terajui pasaran aerostat tambatan

ALTAVE
2017-06-16 05:36 378

SAO JOSE DOS CAMPOS, Brazil, 16 Jun 2017 /PRNewswire/ -- ALTAVE – pembangun dan pengeluar utama Brazil bagi penyelesaian berasaskan aerostat – dan Airstar Aerospace – pereka dan pengeluar terkemuka Perancis bagi gelembung stratosfera dan tambatan, kapal udara serta perlindungan haba untuk satelit – dengan bangganya mengumumkan satu perkongsian yang bertujuan untuk menjadi pengusaha utama dalam pasaran aerostat tambatan bertaraf global.

Bagi meraikan perkongsian ini, satu sidang media dan majlis penandatanganan perjanjian bakal diadakan pada hari Rabu, 21 Jun, mulai jam 11 hingga 11:30 pagi di Pameran Udara Paris, bertempat di reruai Airstar Aerospace (astaka PACA, DEWAN 4, Reruai B78) yang turut dihadiri oleh pihak berkuasa Brazil dan Perancis.

Perkongsian perindustrian ini melibatkan pengenalan aerostat taktikal ALTAVE dan penyelesaian ISR (Peninjauan Pengawasan Risikan) dalam portfolio Airstar Aerospace, dengan pelesenan dan perakuan penyelesaian-penyelesaian ini dalam pasaran Eropah. Hasilnya, Airstar Aerospace menjadi pengedar Eropah yang eksklusif untuk ALTAVE.

Romain Chabert, pengarah urusan Airstar Aerospace mengulas: "Kami berbesar hati dapat berganding bahu dengan ALTAVE, iaitu sebuah syarikat inovatif yang memiliki teknologi canggih. ALTAVE membawakan kepakarannya dalam gelembung tambatan elips dan rantau Amerika Latin, manakala Airstar Aerospace membawakan kepakarannya ("savoir-faire") dalam gelembung bergaris arus dan pengetahuan tentang pasaran Eropah."

Pengarah pelaksanaan strategik ALTAVE Bruno Avena turut teruja dengan perkongsian ini: "Selepas berjaya mengaturkan aerostat kami untuk keselamatan Sukan Olimpik RIO2016, kami mencari sekutu yang mantap bagi mempromosikan penyelesaian kami di Eropah. Airstar Aerospace pastinya padanan terbaik, dan persetujuan mereka menjadi rakan kongsi eksklusif kami untuk Eropah sangat bermanfaat buat kami, memandangkan mereka mempunyai kredibiliti dan pengetahuan dalam peraturan serta pasaran-pasaran tempatan."

"Di Eropah, kami dapat melihat peluang kukuh untuk mengusahakan misi antikeganasan, perlindungan pangkalan dan sempadan, kem pelarian serta keselamatan awam di bandar, selain segmen aplikasi baharu, yang berjaya diperkenalkan dengan teknologi aerostat oleh ALTAVE seperti pengendali telekomunikasi, minyak dan gas, perlombongan, pertanian dan juga perhutanan. Bersama-sama Airstar Aerospace, kini kami berhasrat untuk memenuhi jangkaan pasaran ini di Eropah," jelas pengarah pemasaran & jualan ALTAVE, Leonardo Nogueira.

Ketika membuat kesimpulan, Romain Chabert dengan penuh bersemangat berkata: "Bermula daripada perbincangan pertama yang kami adakan di pameran Eurosatory tahun lalu, Airstar Aerospace dan ALTAVE mengakui keupayaan saling melengkapi bagi rangkaian produk masing-masing." Bruno Avena bersetuju: "Selain daripada strategi pembangunan produk yang komplementari, kedua-dua syarikat mempunyai ciri pematuhan nilai yang kukuh serta matlamat yang sama."

"Dengan meniti laluan Alberto Santos Dumont, kedua-dua syarikat mempunyai cita-cita untuk menerajui usaha menakluki dunia aerostat Perancis-Brazil baharu," simpul Romain Chabert.

Maklumat perhubungan media:

Amanda P. Pinha

ALTAVE

Tel: +55 (12) 3913-5900

E-mel: amanda.pinha@altave.com.br

Alice Clech

Airstar

Tel: +33 4 76 13 12 20

E-mel: a.clech@airstar-light.com

Atau layari: www.airstar.aero/en dan www.altave.com.br/en

Source: ALTAVE
Keywords: Aerospace/Defense Banking/Financial Service Transportation Corporate Expansion Trade show news