omniture

Körber Group Ambil Alih MTC S.R.L.

Korber AG
2017-06-16 17:00 726

HAMBURG, Jerman dan LUCCA, Itali, 16 Jun 2017 /PRNewswire/ --

Kumpulan teknologi antarabangsa Körber, beribu pejabat di Hamburg, Jerman, menyempurnakan pengambilalihan MTC S.R.L, yang berpangkalan di Lucca, Itali berkuat kuasa mulai 14 Jun 2017 berikutan kelulusan daripada pihak berkuasa antitrust Jerman.

generated by system

MTC membangunkan, mengeluarkan dan menjual rangkaian mesin lipatan bertindih /  berbilang lipatan (mesin pembuat tisu) bagi produk-produk kertas tisu (tisu muka, tuala berlipat) -  dan ia dianggap peneraju teknologi global dalam bidang ini - selain rangkaian mesin pembuat napkin. Objektif pengambilalihan ialah untuk mengembangkan Bahagian Perniagaan Tisu Körber Group. Bahagian Perniagaan ini menawarkan penyelesaian hujung ke hujung untuk jentera pemprosesan dan pembungkusan dan peralatan untuk tisu tandas dan tisu dapur.

Matlamat Körber dalam pengambilalihan ini adalah untuk meluaskan penawaran mereka kepada pelanggan.

Rangkaian mesin MTC digunakan untuk melipat dan membungkus produk-produk  kertas tisu seperti tisu muka, tuala tangan, kertas tandas dan tuala. Syarikat ini mempunyai rekod prestasi yang kukuh sebagai peneraju teknologi, dengan memperkenalkan inovasi-inovasi seperti sistem lipatan bertindih dengan hanya satu laluan suapan kertas pada mesin lipatan bertindih vakum berbilang lipat miliknya.

MTC menggaji sekitar 60 pakar. Dalam Bahagian Perniagaan Tisu Körber, MTC akan bekerjasama rapat dengan Fabio Perini S.p.A. yang juga terletak di Lucca, Itali.

"Kami amat mengalu-alukan peluang untuk mengembangkan dan mengukuhkan aktiviti-aktiviti kami dalam pasaran Tisu bersama-sama dengan MTC," tegas Pengerusi Lembaga  Pengarah Eksekutif Kumpulan Körber AG, Stephan Seifert. "Menyepadukan MTC ke dalam portfolio teknologi kami menambahkan produk-produk dan penyelesaian baharu yang menarik untuk pelanggan-pelanggan kami."

"Dalam  Bahagian Perniagaan kami, MTC mendapat manfaat daripada pengetahuan teknologi kami yang luas,  pengalaman yang luas dalam pasaran Tisu dan khususnya kehadiran kami di peringkat antarabangsa," tambah Stefano Di Santo, Ketua Pegawai Eksekutif Körber Tissue. "MTC adalah padanan sempurna untuk syarikat-syarikat Tisu kami yang sedia ada, kerana ia memberi kami akses kepada segmen pasaran jentera tisu tambahan."

"Körber merupakan rakan strategik sempurna untuk kami," kata Alessandro De Matteis, Ketua Pegawai Eksekutif MTC. "Menjadi sebahagian daripada Körber Tissue adalah tambahan nilai untuk pelanggan sedia ada dan bakal pelanggan kami manakala pengambilalihan membuka perspektif antarabangsa yang baharu untuk jangka panjang bagi kami."

Latar belakang  Körber

Körber AG ialah sebuah syarikat induk bagi sebuah Kumpulan teknologi antarabangsa  dengan kakitangan seramai 11,500 di seluruh dunia. Ia terdiri daripada syarikat-syarikat teknologi terkemuka dengan kira-kira 130 tapak pengeluaran, perkhidmatan dan jualan. Di lokasi-lokasi di serata dunia Körber menggabungkan manfaat organisasi yang mempunyai kehadiran global yang memiliki kepakaran amat khusus dengan syarikat fleksibel bersaiz kecil dan sederhana yang menawarkan penyelesaian pelanggan, produk dan perkhidmatan dalam Bahagian Perniagaan Automasi, Sistem Logistik, Alatan Mesin, Sistem Pharma, Tisu dan Tembakau.

Bahagian Perniagaan Körber Tissue sinonim dengan inovasi, teknologi terkini dan penyelesaian hujung ke hujung untuk jentera pemprosesan dan pembungkusan dan peralatan untuk tisu tandas dan tuala kertas. Inovasi yang cemerlang dan orientasi pelanggan yang sistematik menjadikan Bahagian Perniagaan peneraju teknologi dan pasaran dalam sektor ini.

Latar belakang MTC S.R.L.

MTC berkepakaran dalam reka bentuk, pembangunan dan pengeluaran automatik sepenuhnya rangkaian mesin pembuatan untuk industri kertas tisu dengan pengkhususan pada mesin lipatan.

Ibu pejabat dan kemudahan pengeluaran MTC terletak di Porcari (LU), Itali. Syarikat menawarkan rangkaian pembuatan lengkap, selain mesin tunggal, penaiktarafan, alat gantian dan perkhidmatan penyelenggaraan.

Hubungi:
Henriette Viebig
Ketua Komunikasi Korporat
Körber AG
Tel. +49-40-21107-422
Mudah Alih +49-173-6696857
henriette.viebig@koerber.de

Saskia Raav
Komunikasi Korporat
Körber AG
Tel. +49-40-21107-485
Mudah Alih +49-174-1836052
saskia.raav@koerber.de

Alessandro De Matteis
Ketua Pegawai Eksekutif
MTC S.R.L.
a.dematteis@mtcitalia.com

Source: Korber AG
Keywords: Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery Paper/Forest Products/Containers Acquisitions, mergers, takeovers