omniture

ISN Buka Pejabat Baharu di Perth

ISN
2017-06-16 17:44 449

Berkembang di Australia untuk Terus Perkukuh Piawaian Keselamatan Tempat Kerja

DALLAS, 16 Jun 2017 /PRNewswire/ -- ISN dengan sukacitanya mengumumkan pembukaan pejabat baharu di Perth, Australia pada 1 Julai demi memenuhi peningkatan permintaan terhadap kepakaran pengurusan kontraktornya di Australia Barat dan seluruh rantau. Menerusi pejabat-pejabatnya di Sydney and Auckland, ISN telah berada di rantau Asia Pasifik selama hampir 10 tahun.

generated by system

Perluas Kehadiran ISN di Australia Barat

"Pejabat baharu kami di Perth membolehkan kami berkhidmat dengan lebih baik kepada pelanggan kami yang semakin bertambah di Australia Barat," kata Brian Callahan, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi ISN. "Sejak beberapa tahun, kami bertemu dengan banyak syarikat Australia yang ingin melindungi keselamatan pekerja di tapak kerja mereka, dan kami berharap dapat membantu mereka menambah baik proses pengurusan kontraktor mereka."

Jenny Buckley, Pengarah pejabat-pejabat ISN di Australia dan New Zealand turut berkata, "Syarikat-syarikat terkemuka masa kini memerlukan kontraktor yang selamat bagi menyokong budaya keselamatan mereka. Menerusi pengalaman kami dalam membantu Pelanggan Upahan dan juga kontraktor, kami dapat melihat amalan mana yang berhasil dan pasukan kami di Perth begitu bersemangat untuk berkongsi amalan terbaik tersebut."

Jadikan Kemalangan Sifar suatu Kenyataan

Antara tahun 2003 dan 2015, lebih 3,200 pekerja maut akibat kejadian berkaitan kerja di Australia. Walaupun bilangan kematian tahunan menurun sepanjang 15 tahun ini, peningkatan jumlah syarikat merentasi industri – khususnya tenaga, pembinaan, pengeluaran dan perlombongan – telah bekerjasama dengan ISN bagi memperkukuh amalan kesihatan, keselamatan dan persekitaran (HSE) mereka dalam usaha menjadikan kemalangan sifar sebagai suatu kenyataan. 

Latar Belakang ISN
Platform pengurusan kontraktor ISN, ISNetworld ialah salah satu penyelesaian utama yang membantu syarikat-syarikat memenuhi keperluan pengawalseliaan dan pematuhan. ISN mengumpul maklumat berhubung kesihatan dan keselamatan, perolehan, kualiti dan kawal selia daripada lebih 65,000 kontraktor dan 500 Pelanggan Upahan dalam industri-industri intensif modal di lebih 85 negara. Menggunakan ISNetworld sebagai bahagian penting dalam sistem pengurusan mereka, Pelanggan Upahan berupaya berhubung dengan kontraktor serta pembekal yang lebih selamat, lebih andal dan mampan di seluruh dunia. ISN bertindak sebagai forum untuk berkongsi amalan terbaik industri dan menanda aras sumber-sumber, menerajui usaha demi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem pengurusan kontraktor. Untuk maklumat lanjut, layari www.isn.com.

Hubungi
Brian Callahan
Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi
+1 214 303 4900 Talian Bebas Tol AS
1800 158 131 Panggilan Percuma Australia
PublicRelations@isn.com

Source: ISN
Keywords: Construction/Building Corporate Expansion Public Safety