omniture

Peneraju Pemikiran Dunia Berhimpun di Hello Tomorrow Korea x Persidangan Kepimpinan Asia 2017, Seoul

Hello Tomorrow Korea
2017-06-20 00:17 788

SEOUL, Korea Selatan, 20 Jun 2017/PRNewswire/ -- Hello Tomorrow Korea (HTK) melancarkan persidangan sulungnya di Grand Walkerhill Hotel Seoul pada 3 - 4 Julai dengan kerjasama Persidangan Kepimpinan Asia (ALC) tahunan kali ke-8. Persidangan bersama itu akan menghimpunkan lebih 130 penceramah dan 2,000 peserta yang terdiri daripada pembuat dasar tertinggi, pemimpin dan usahawan daripada sektor-sektor perniagaan, teknologi dan sains bagi meneroka penyelesaian inovatif demi menangani cabaran global masa kini dengan tujuan untuk membina masa depan yang lebih baik.

Conference Theme
Conference Theme

Tema HTK tahun ini "Penumpuan Teknologi" bermatlamat untuk meneroka aspek penumpuan antara bidang dalam segmen-segmen IoT, VR, AR, AI, HI, Robotik, Teknologi Kesihatan Teknologi Nano, Industri 4.0 dan Teknologi Mampan. Bersempena dengan tema ALC iaitu "Kepimpinan Baharu dalam Era Hiper-Ketidakpastian: Menuju Kerjasama dan Kemakmuran", persidangan antarabangsa ini bertujuan untuk merangsang salah satu platform pencetus perubahan paling berkuasa dan berpengaruh di dunia.

Para penyampai ucaptama di HTK x ALC 2017 termasuk:

  • Barack Obama, Mantan Presiden Amerika Syarikat akan berucap di ALC
  • David Cameron, Mantan Perdana Menteri United Kingdom akan berucap di ALC
  • Yasuo Fukuda, Mantan Perdana Menteri Jepun
  • Bas Lansdorp, Ketua Pegawai Eksekutif Mars One
  • Bibop Gresta, Pengasas dan Pengerusi Lembaga Hyperloop Transportation Technologies
  • Mike Butcher, Editor Bebas di TechCrunch
  • Justin Yifu Lin, Dekan Kehormat Sekolah Pembangunan Kebangsaan di Peking University / Mantan Ketua Pakar Ekonomi dan Naib Presiden kanan di Bank Dunia

Senarai penuh penceramah disediakan di: http://hellotomorrow.kr/#speakers

Persidangan ini akan turut membawakan 10 finalis terbaik daripada HTK Startup Challenge. Pemenang HTK Startup Challenge akan dianugerahkan dengan Bengkel Perkomersilan Teknologi Pesat bernilai $50,000 dan pakej pelancongan ke Paris sebagai Hadiah Utama, disumbangkan oleh Cambridge Consultants dari UK, perunding teknologi yang terkemuka di dunia.

Harga-harga tiket bermula pada harga $45.00 untuk pakej permulaan kepada lebih $4000 untuk pakej VIP penuh selama dua hari. Bagi menyertai HTK x ALC 2017 dengan harga diskaun tajaan, para peserta boleh memanfaatkan kos tajaan diskaun 50% yang terhad ini: HTKSponsored dan layari http://hellotomorrow.kr. Pendaftaran di tempat persidangan/pintu masuk tidak disediakan.

Hello Tomorrow Korea

Perhubungan Media Hello Tomorrow Korea

https://www.facebook.com/HelloTomorrowKorea/

KST (Waktu Standard Korea)

@HelloTomorrowKR 

Tel: +82-2-375-4620

Hello Tomorrow Korea

Emel: press@hellotomorrow.kr

BILIK MEDIA

Muat Turun Google Drive: http://v.ht/Drive_Press-Release-Media-Assets_16June2017
Muat Turun Dropbox:
http://v.ht/Dropbox_Press-Release-Media-Assets_16June2017
Video Persidangan Youtube:
https://youtu.be/nPnK5wPBNNA

Source: Hello Tomorrow Korea
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Internet Technology