Tidak Gembira! Indeks kebahagiaan individu bujang hanya berada pada 55 mata
KUALA LUMPUR, Malaysia, 20 Jun 2017 /PRNewswire/ -- Laman Sesawang Janji Temu SweetRing hari ini mendedahkan keputusan satu tinjauan tentang tahap kebahagiaan dalam kalangan individu dewasa yang belum berkahwin di Malaysia.
Menurut tinjauan sampel yang dijalankan oleh SweetRing bagi individu bujang berusia 20-50 tahun dalam kalangan ahlinya di Malaysia, indeks kebahagiaan bagi mereka yang menyatakan bahawa mereka ingin berkahwin berada hanya pada 55 mata. Selain kebimbangan berhubung kewangan, ketidakpastian untuk menjalin hubungan yang sesuai juga muncul sebagai faktor utama bagi rasa tidak puas hati mereka. 70 peratus responden berkata mereka pernah atau sedang menjalinkan hubungan, namun tidak bersedia untuk membawa hubungan tersebut ke jinjang perkahwinan.
Berikutan satu kajian yang dijalankan tentang sepuluh faktor yang mempengaruhi tahap kebahagiaan individu bujang di Malaysia, termasuk gaji, status hubungan, status janji temu, pemilikan rumah dan kekecewaan berkaitan keadaan lalu lintas di kawasan setempat, SweetRing mendapati indeks kebahagiaan individu bujang yang ingin berkahwin hanyalah pada 55 mata. Kebanyakan responden memilih "gaji" sebagai faktor yang mempengaruhi sebahagian besar kebahagiaan mereka, diikuti dengan "status hubungan". Keputusan kajian ini turut mendedahkan bahawa 70 peratus responden masih belum berpacaran sejak tiga tahun lalu, manakala 60 peratus menyatakan mereka tidak mempunyai masa untuk berpacaran memandangkan mereka memberi tumpuan sepenuhnya terhadap kerja bagi memperbaiki kedudukan kewangan mereka.
Dengan peningkatan aplikasi janji temu yang membuatkannya jauh lebih mudah untuk bertemu orang baharu dan mencari teman janji temu, kebanyakan mereka yang ditinjau berkata mereka merasakan adanya harapan baharu terhadap masa depan mereka oleh kerana mereka telah menemui pasangan yang sesuai. Namun begitu, mereka turut menambah bahawa mereka hanya akan mempertimbangkan perkahwinan sebaik sahaja mereka mempunyai kewangan yang mencukupi.