omniture

NCH Asia Pasang Basikal untuk Rumah Kanak-kanak Pertapis

NCH Corporation
2017-06-20 23:18 545

Aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat  

SINGAPURA, 20 Jun 2017 /PRNewswire/ -- Tanggal 6 Jun lalu, lebih 200 kakitangan dan ahli keluarga NCH Asia berhimpun di Singapore Flyer dan memasang basikal untuk Rumah Kanak-kanak Pertapis di Singapura. Mereka telah menjadi sukarelawan dengan pelbagai organisasi di seluruh Asia pada masa lalu, dan mengambil peluang ini untuk menyumbang semula kepada masyarakat Singapura semasa kunjungan Persidangan NCH Asia tahunan. NCH Corporation ialah sebuah perniagaan yang dikendalikan oleh keluarga, dipacu oleh nilai-nilai keluarga tradisional dan berusaha memainkan peranannya demi menjamin kualiti hidup untuk keluarga dan masyarakat mereka.

NCH Asia employees and family members built 30 bicycles for the Pertapis Children’s Home in Singapore.
NCH Asia employees and family members built 30 bicycles for the Pertapis Children’s Home in Singapore.

Bagi memasang basikal, peserta dibahagikan mengikut kumpulan dan diberikan semua peralatan yang diperlukan untuk memasang basikal kanak-kanak dan basikal remaja. Menurut Ku Lee, Pengarah Negara NCH Singapura, "Bekerja bersama-sama sebagai sebuah pasukan dan memasang basikal-basikal ini merupakan sesuatu yang menakjubkan. Saya berpendapat para peserta sungguh seronok kerana berpeluang mengambil bahagian dalam suatu aktiviti yang dapat menyumbang semula kepada masyarakat dan memberi manfaat kepada kanak-kanak."

Beberapa hari selepas acara tersebut, satu kumpulan kakitangan NCH dan ahli-ahli keluarga yang terpilih mengunjungi Pertapis untuk menyampaikan 30 buah basikal secara rasmi kepada sekumpulan kanak-kanak di rumah kebajikan tersebut. Rumah Kanak-kanak Pertapis berupaya menjaga 80 kanak-kanak bermula daripada umur 4 hingga 16 tahun. Visi mereka adalah untuk mendidik kanak-kanak masa kini demi masa depan yang lebih baik dan misi mereka pula adalah untuk menyediakan pendidikan dan khidmat sosial yang berkualiti dengan menggalakkan benefisiari untuk berusaha seiring dengan pihak berkepentingan kami agar menjadi satu komuniti yang cemerlang. Nilai-nilai teras mereka merangkumi kejujuran, keyakinan, ketabahan, ketahanan dan berkhidmat untuk komuniti turut dikongsi oleh NCH Asia.

Kanak-kanak Pertapis mengukir senyuman penuh kegembiraan di wajah mereka sewaktu mereka menaiki basikal dan menunggangnya di sekitar halaman. Malah beberapa kakitangan NCH juga turut menyertai mereka dan berlumba bersama kanak-kanak. Salah seorang kakitangan ini ialah Stephen Scahill, Pengurus Negara NCH Australia yang berkata, "Inilah aktiviti pembinaan pasukan terbaik yang pernah kami lakukan setakat ini. Mengambil bahagian dalam suatu aktiviti yang akan dapat membantu masyarakat setempat secara kecil-kecilan merupakan satu pengalaman yang hebat." Pandangan tersebut turut disokong oleh seluruh rantau.

Sumber: Pertapis Education & Welfare Centre. (2016). Pertapis Children's Home. Diperoleh daripada http://pertapis.org.sg/pertapis-childrens-home/

Latar Belakang NCH

NCH telah menjadi peneraju dunia bagi produk dan perkhidmatan penyelenggaraan perindustrian dan komersial sejak tahun 1919. Penyelesaian terunggul kami memaksimumkan kecekapan dan memastikan kemudahan serta peralatan beroperasi dalam keadaan optimum pada kos yang rendah.

NCH diharapkan oleh syarikat-syarikat di lebih 60 negara untuk menyelesaikan masalah penyelenggaraan menerusi produk dan perkhidmatan yang paling inovatif dan berkesan. Rangkaian produknya terdiri daripada penyelenggaraan saluran dan HVAC termaju kepada pelinciran khusus, pembersihan industri dan komponen, serta rawatan air.

NCH menggaji lebih 8,000 kakitangan dengan pejabat-pejabat cawangan serta kilang pengeluarannya berada di lima benua. NCH Asia beroperasi di 15 negara termasuk: Australia, China, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Korea, Macau, Malaysia, New Zealand, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam.

Hubungi:

Mandy How
marketing.singapore@nch.com
+60379600580

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/524919/NCH_Corporation_Pertapis_Childrens_Home.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/459814/NCH_Logo.jpg

Source: NCH Corporation
Keywords: Construction/Building Education Health Care/Hospital HVAC Children-related news Corporate Social Responsibility Not for profit Small Business Services