omniture

DAMAC Terpilih untuk Transformasi Pelabuhan Bersejarah USD1 Bilion Pembangunan Pelancongan Dermaga Oman

DAMAC Properties
2017-06-21 21:46 880

MUSCAT, Oman, 21 Jun 2017 /PRNewswire/ --

Perjanjian penting bangunkan semula Pelabuhan Sultan Qaboos Oman menjadi destinasi pelancongan, kediaman dan santai bersepadu   

DAMAC International dipilih oleh Kerajaan Oman untuk membangunkan Pelabuhan Sultan Qaboos menjadi destinasi tepian air bertaraf dunia dan pelbagai guna menerusi satu usaha sama dengan Omran, cabang pelaburan, pertumbuhan dan pembangunan kerajaan.

generated by system

generated by system

'Dermaga Mina Sultan Qaboos' dibangunkan semula menjadi pelabuhan pelancongan bersepadu dan destinasi gaya hidup bernilai USD 1 bilion yang menyediakan hotel, kediaman, selain kemudahan tempat makan, perniagaan dan santai.

Satu Memorandum Persefahaman ditandatangani oleh Hussain Sajwani, Pengerusi DAMAC Properties dan Tuan Yang Terutama Dr. Ali bin Masoud Al Sunaidi, Timbalan Pengerusi Majlis Tertinggi Perancangan, Menteri Perdagangan & Industri serta Pengerusi Omran, turut dihadiri oleh Tuan Yang Terutama, Dr. Ahmed Al Futaisi, Menteri Pengangkutan & Komunikasi serta ahli lembaga Omran, selain ahli-ahli lembaga Omran yang lain berserta orang-orang kenamaan utama.

"Perjanjian bersejarah ini menonjolkan visi Duli Yang Maha Mulia Sultan Qaboos bin Said untuk mengubah Oman menjadi destinasi pelancongan dan pelaburan bertaraf dunia," kata Sajwani. "Sebagai pemaju kedua terbesar di rantau ini dan memiliki rekod prestasi kukuh bagi kehadiran di peringkat antarabangsa, DAMAC berada pada kedudukan ideal sebagai rakan pembangunan bersama Omran. Sebagai sebahagian daripada komitmen projek, DAMAC akan menyumbang kepada infrastruktur jalan tempatan, meningkatkan peluang untuk SME tempatan serta warga Oman, selain mengukuhkan kedudukan ekonomi dan sosial masyarakat secara keseluruhannya."

T.Y.T. Dr. Ali Al Sunaidi, berkata, "Dermaga Mina Sultan Qaboos adalah berasaskan pusat perdagangan bersejarah yang berusia 200 tahun di Muscat dan merupakan salah satu destinasi pelancongan paling banyak dikunjungi di Oman. Pembangunan semula pelabuhan ini oleh Omran akan memupuk minat baharu dan juga tumpuan terhadap kawasan tersebut, di samping mencetuskan cadangan pelaburan yang kukuh untuk industri pelancongan, hartanah dan juga santai."

T.Y.T. Dr. Ahmed Al Futaisi mengulas, "Transformasi pelabuhan menjadi hab ekonomi dan pelancongan yang berkembang maju hasil daripada visi Tuanku untuk memindahkan aktiviti pelabuhan komersial ke Pelabuhan Sohar, membuka jalan untuk kerja-kerja pembangunan semula pelabuhan menjadi hab pelancongan bersepadu."

DAMAC dipilih oleh Omran hasil pengalamannya dalam membangunkan projek-projek kediaman dan riadah bertaraf dunia di Negara-negara Teluk dan peringkat antarabangsa. Portfolio DAMAC yang luas melibatkan pangsapuri mewah dan vila, hotel dan padang golf bertaraf antarabangsa dalam pasaran utamanya ialah UAE, Negara-negara Teluk, Levant dan United Kingdom, menjadikannya rakan kongsi ideal untuk Dermaga Pelabuhan Sultan Qaboos.

Menerusi lebih 18,500 rumah yang disiapkan dan lebih 44,000 unit rumah yang berada dalam pelbagai peringkat pembangunan, DAMAC mengukuhkan kedudukan selaku pemaju mewah yang terkemuka di Timur Tengah.

Maklumat lanjut disediakan di http://www.damacproperties.com

Nota untuk editor: DAMAC Properties telah menerajui pasaran hartanah mewah Timur Tengah sejak tahun 2002 - memberikan pengalaman hidup mewah kepada penduduk dari seluruh dunia. Mencipta nama pada tahap tertinggi bagi kehidupan bergaya, DAMAC Properties mengukuhkan kedudukannya sebagai pemaju mewah utama di rantau ini, menawarkan reka bentuk ikonik dan kualiti terbaik. Pengaruh syarikat kini melangkaui seluruh Timur Tengah menerusi projek-projek di UAE, Arab Saudi, Qatar, Jordan, Lubnan dan juga United Kingdom.

Setakat 31 Mac 2017, DAMAC Properties telah menyempurnakan hampir 18,500 kediaman. Syarikat ini mempunyai portfolio pembangunan melibatkan lebih 44,000 unit rumah pada pelbagai peringkat kemajuan dan perancangan, merangkumi lebih 13,000 bilik hotel, pangsapuri berservis dan vila hotel, yang akan diurus oleh cabang hospitalitinya, DAMAC Hotels & Resorts. Berbekalkan visi dan momentum, DAMAC Properties kini membina kehidupan mewah Timur Tengah generasi akan datang.

Maklumat lanjut disediakan di http://www.damacproperties.com atau sertai DAMAC Properties melalui Facebook, Twitter (@DAMACofficial) dan YouTube 

LATAR BELAKANG OMRAN 

Oman Tourism Development Company (OMRAN) memacu pelaburan, pertumbuhan dan pembangunan sektor-sektor pelancongan dan hartanah yang pesat berkembang di Kesultanan Oman. Kami merupakan perancang induk bagi pelancongan utama, warisan dan pembangunan bandar; menyediakan antara destinasi paling ikonik di negara ini. Projek-projek kami mewujudkan pengalaman unik yang memberi manfaat kepada perkembangan sosial dan ekonomi Kesultanan Oman. Omran memiliki portfolio pembangunan, aset hospitaliti dan usaha sama yang pelbagai, mencakupi seluruh Kesultanan Oman dan turut menyumbang terhadap peningkatan keupayaan sektor pelancongan Oman. Menerusi jalinan kerjasama dengan masyarakat setempat dan merangkumkan aspek-aspek unik melibatkan budaya dan warisan Oman, kami menerapkan nilai-nilai kemampanan dalam setiap projek di samping melindungi keindahan alam semula jadi negara ini demi generasi-generasi masa depan.

Untuk butiran lanjut sila layari omran.om 

 

Source: DAMAC Properties
Keywords: Banking/Financial Service Commercial Real Estate Construction/Building Leisure/Travel/Hotels Real Estate Travel Contracts Joint ventures New products/services