omniture

Gartner Senaraikan Acumatica dalam Kuadran Berwawasan untuk Suit Pengurusan Kewangan Teras Awan

Acumatica
2017-06-22 19:39 524

Penilaian Tumpu pada Perusahaan Bersaiz Sederhana, Besar dan Global

BELLEVUE, Washington, 22 Jun 2017 /PRNewswire/ -- Acumatica, syarikat ERP awan yang paling pesat berkembang, hari ini menerima pengiktirafan yang dikenali sebagai kuadran Berwawasan dalam Magic Quadrant Jun 2017 Gartner bagi Set Pengurusan Kewangan Teras Awan untuk Perusahaan Bersaiz Sederhana, Besar dan Global.

"Kami cukup berbangga dengan pencapaian pasukan Acumatica ini, namun lebih penting, kami merasakan ia adalah satu pengesahan sebenar kejayaan yang dapat kami lihat dalam pasaran," kata Jon Roskill, Ketua Pegawai Eksekutif Acumatica. "Kami terus menjana momentum yang tinggi sewaktu pelanggan daripada pelbagai industri menilai dan membeli produk serta penyelesaian kami."

Kriteria penilaian Kesempurnaan Visi untuk Magic Quadrant Gartner ini melibatkan Pemahaman Pasaran, Strategi Pemasaran, Strategi Jualan, Tawaran (Strategi Produk), Model Perniagaan, Strategi Vertikal/Industri, Inovasi dan Strategi Geografi. Kriteria Kebolehan Pelaksanaan memberi tumpuan pada Produk/Perkhidmatan, Pelaksanaan/Harga Jualan Berdaya Maju Keseluruhan, Sambutan Pasaran dan Rekod Prestasi, Pelaksanaan Pemasaran, Pengalaman Pelanggan dan akhir sekali, Operasi.

Acumatica terkenal dengan kepimpinan inovasi serta teknologi luar biasa, selain penyediaan keupayaan penyepaduan yang unggul. Syarikat menyuburkan keyakinan dalam kalangan pelanggan dengan menyediakan penyepaduan yang selamat, teruji dan disahkan yang diguna pakai dengan jayanya oleh ramai pelanggan dalam pelbagai industri.

Penafian Wajib:

Gartner tidak mengendors mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang disebutkan dalam penerbitan penyelidikannya, dan tidak menggalakkan pengguna teknologi memilih hanya vendor yang mendapat penarafan tertinggi atau designasi lain. Penerbitan penyelidikan Gartner menyediakan pendapat-pendapat daripada organisasi-organisasi penyelidikan Gartner dan tidak seharusnya dianggap sebagai pernyataan fakta. Gartner menafikan semua jaminan, sama ada yang tersurat atau tersirat, berhubung penyelidikan ini, termasuk mana-mana jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.

Latar Belakang Acumatica

Acumatica menyediakan perisian pengurusan perniagaan berasaskan awan yang membolehkan syarikat-syarikat bersaiz kecil dan sederhana mempertingkatkan perniagaan mereka. Dibangunkan dalam infrastruktur awan dan teknologi mudah alih serta model pelesenan bertumpukan pelanggan yang unik, Acumatica menyediakan himpunan aplikasi pengurusan perniagaan yang bersepadu sepenuhnya, seperti Kewangan, Pengagihan, CRM dan Perakaunan Projek, menerusi platform yang mantap dan anjal. Untuk maklumat lanjut, layari www.acumatica.com.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/526275/Acumatica___Logo.jpg

Source: Acumatica
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Awards