omniture

Siswazah Undang-undang India Ceburi Kerjaya Guaman Antarabangsa

O.P. Jindal Global University
2017-06-22 21:31 748

SONIPAT, India, 22 Jun 2017 /PRNewswire/ --

Lebih 100 siswazah undang-undang Jindal bakal ceburi kerjaya korporat, kepeguaman dan pendidikan

Penempatan di Jindal Global Law School (JGLS) O.P. Jindal Global University (JGU) menyaksikan permintaan luar biasa terhadap peranan kepimpinan. Fakulti ini mencatatkan peningkatan 33% bagi bilangan perekrut yang terlibat dalam sesi penempatan semasa dengan lebih 81 organisasi dari dalam dan luar negara memberikan 108 tawaran kepada para mahasiswa yang bakal menamatkan pengajian.

Kemuncak pengambilan pekerja tahun ini ialah pelantikan En. Wali Zardan daripada kumpulan LL.M., yang baru-baru ini dilantik sebagai Pengarah Undang-undang untuk Kementerian Perlombongan & Petroleum Kerajaan Afghanistan. Cyril Amarchand Mangaldas, Economic Laws Practice, Shardul Amarchand Mangaldas, Khaitan & Co, Lex Favios, Trilegal, Nishith Desai Associates, Remfry & Sagar, Inttl Advocare, Advaita Legal, Pricewater House Cooper, HCL, Clutch Group dan Thomson Reuters merupakan beberapa organisasi utama lain yang memberikan tawaran kepada kumpulan mahasiswa yang bakal mendapat ijazah ini.

Selain menjadi pilihan firma-firma undang-undang terkemuka India, para siswazah JGLS turut direkrut oleh firma undang-undang antarabangsa. Herbert Smith Freehills yang berpangkalan di London menawarkan kontrak latihan kepada salah seorang mahasiswa yang bakal menamatkan pengajian tahun ini manakala firma undang-undang AS, White & Case ialah satu lagi firma undang-undang antarabangsa terkemuka yang telah menggaji siswazah JGLS pada suatu ketika dahulu.

Naib Canselor Pengasas JGU, Profesor (Dr.) C. Raj Kumar, berkata, "Kami menjangkakan beberapa firma undang-undang tempatan dan antarabangsa lain akan menggaji kumpulan mahasiswa kami yang akan menamatkan pengajian pada masa depan memandangkan sebilangan firma undang-undang telah menandatangani MoU dengan universiti kami untuk menawarkan latihan amali kepada mahasiswa kami. JGLS berbangga dapat memudahkan pelbagai peluang profesional untuk para siswazahnya. Peluang-peluang ini tidak terhad kepada firma undang-undang korporat sahaja, malah turut melibatkan jawatan peguam dalaman di syarikat dan perusahaan perniagaan, firma perunding, bank pelaburan, badan pemikir, institusi penyelidikan, pertubuhan bukan kerajaan, pertubuhan antara kerajaan, agensi kerajaan, amalan perundangan di firma guaman serta kerani kehakiman bersama hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Agung India. Latihan amali menjadi laluan paling digemari untuk mengambil mahasiswa undang-undang oleh firma undang-undang India serta antarabangsa, dan kami akan terus memberi tumpuan untuk memperluas jaringan ini."

Meskipun sejumlah besar mahasiswa yang bakal menamatkan pengajian memilih laluan korporat, sebilangan besar mahasiswa yang bakal mendapat ijazah ini turut memilih untuk menceburi kerjaya dalam bidang penyelidikan dasar. Mahasiswa juga telah mendapat jawatan di Lamp Fellowship, Gandhi Fellowship, Teach for India, The Legist Foundation, CUTS International dan CSO. 

Maklumat Perhubungan Media:
Cik Kakul Rizvi
krizvi@jgu.edu.in

Sumber: O.P. Jindal Global University

Source: O.P. Jindal Global University
Keywords: Education Workforce Management/Human Resources